Assalamualaikum, good day dearest! Lama ya aku diam daripada review buku. Maklumla, tengah maraton membaca, menonton, so that aku boleh draft and schedule review. Takde la aku mula kelas nanti sunyi je blog ni hehe.
Tajuk: King Haidar
Penulis: Anjell
Mukasurat: 823
Genre: Romantik, Saspens, Aksi
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2022
ISBN: 9789674691912
Blurb:
Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya.
Tiap kali ini Suria tahu Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar!
King! Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Pesonanya jauh lebih gelap daripada tu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertark pada Haidar.
"You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet." - SURIA ADREANA
Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus kacau-bilau setelah itu. Ada harga yang harus dibayar. Dia kini menjadi buruan seseorang yang dipanggil Ghost X.
"Let's make a deal. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan beritahu awak saya siapa." - RAJA HAIDAR
Tawaran yang sungguh menarik! Sungguh... Sungguh... Suria tertarik dengannya. Namun, perkahwinan dengan Haidar bukanlah satu penyelesaian. Rupa-rupanya, itu adalah satu permulaan!
Rahsia demi rahsia. Kejutan demi kejutan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan ada nyawa yang dipertaruhkan.
"Do you trust me, little sun?" - RAJA HAIDAR
Ya! Hanya Haidar yang dia percaya dengan nyawanya. Dalam menyelesaikan semuanya, mampukah kemenangan menjadi milik mereka?
So, wish come true! Kita dapat kisah Suria and Haidar pulak lepas jumpa depa dalam 'Dia Tetap Sempurna'. As always, penulisan Anjell ni memang menggunakan pendekat 1st POV (aku tak pasti samada dia pernah guna 3rd POV ke tidak) heroin and in this case, it is Suria. Lebih kurang dengan watak Dara, si Suria ni pun boleh tahan masuk airnya jugak. Aku rasa dia lebih sikit la masuk air nak banding dengan Dara. Dia punya monolog tu, kalau tak hiperbola yang gila-gila, memang tak sah. Kalau tak buat aku ketawa memang tak sah weh.
Watak Suria ni bukan setakat kelakar masuk air je, she's also a strong gurl. Professional. Tough. Keras kepala. Sarcastic. Badass. Savage. Eh, banyak la nak describe dia ni. A bit of everything. Aku suka dengan watak dia, lagi-lagi dia yang don't give a crap to what people did to take her down. Sangat-sangat admirable. Girl crush gila dengan si Suria ni.
Haidar. Raja Haidar. Aku ingat dia ni sweet-and-savory-type of guy je. Rupanya dia juga ada sisi lain. A tougher, rougher one. And... mysterious man with dimple. Haidar yang aku sangka mamat mulut manis rupanya punya identiti lain. King! Ya, dia adalah King. Satu identiti yang sangat menyesakkan fikiran aku. Siapa dia yang sebenarnya dan apa yang dia nakkan daripada Suria. Kalau Haidar sentiasa mencairkan hati aku dengan kata-kata manis dia, King pulak tak habis-habis menyakitkan hati. Rasa nak tumbuk je. Dan kerana identitinya sebagai King, kehidupan aman damai Suria jadi huru-hara. Asyik dikejar dan sentiasa dalam bahaya.
Plot cerita sangat menarik. Aku suka dengan setiap elemen kejutan yang aku terima selepas satu per satu perkara dijelaskan. Tentang rahsia King. Tentang Suria yang sering diburu, semuanya bersangkut paut. Identiti si jahat pun sangat tak terduga. Watak sampingan pun sangat function, especially bodyguard tak berbayar Suria, Hans and tak lupa jugak model kita, Atisha. Aku suka betul dua watak ni. Ni kalau ada cerita untuk dorang pulak eh memang aku beli kot.
Satu perkara yang menyebabkan aku agak susah untuk habiskan novel ni is that plot progression sangatlah perlahan. Kadang-kadang aku rasa nak DNF je tambah pulak aku rasa banyak sangat filler scenes yang membuatkan cerita a bit draggy. Tapi sebab level curiousity aku lagi tinggi daripada level DNF aku, so aku terima jela. Dan kadang-kadang monolog Suria yang tak kena masa pun buat aku rasa macam taktahu nak rasa apa. Like, scene tengah high tension/thrilling ni tiba-tiba monolog dia cakap something yang kelakar. Terus tak jadi aku nak feel babak tu.
All in all, ceritanya best kalau minus point last. Boleh la kalau nak repeat baca time betul-betul bosan. But for me, I prefer Eskandar Arasyah and Dara Nailufar over Suria Andreana and Raja Haidar.
-thes
1 Comments
dah baca....best! suka cara penulisan Anjell.. dah baca a few jugak novel dia
ReplyDelete