Hatiku Untuk Dia by Rose Harissa

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Hatiku Untuk Dia

Penulis: Rose Harissa

Mukasurat: 1025

Genre: Romantik, Keluarga, Drama

Penerbit: Penulisan2u

Terbitan: 2018

ISBN: 9789672102410

Blurb:

Lapan tahun Reza hidup bersendirian setelah papa dan mamanya meniggal dunia. Kehadiran Uwais dan Qaira, anak hasil perkahwinan kedua arwah papanya buat hidup Reza kucar-kacir. Reza yang tidak pernah mahu mengenali adik-adiknya itu dituduh tidak cakna oleh rakannya dan lepas tangan kerana sering pulang lewat ke rumah. Kematian Alfan, kembarnya membuatkan Reza terasa kosong walaupun perangai kedua-duanya bagai langit dan bumi.


"Aku bukan macam Alfan yang cool! Yang boleh relaks dan senyum sepanjang masa!" - REZA

"Za! Alfan dah lama meninggal, kut! Dah lapan tahun pun. Yang kau sampai sekarang asyik bandingkan diri kau dengan dia lagi kenapa?" - AKID


Kesedihan dan kesepian Reza tiada sipaa yang peduli. Kawan-kawannya juga menjauh. Sehinggalah kemunculan Elviana, PA Uwais dan Qaira yang memberi sedikit perhatian kepada Reza. Sikap positif Elviana banyak membantu Reza menangani kerenah Uwais dan Qaira yang baru menerjah alam remaja.


"Awak kena jadi idola Uwais! Awak kena tunjukkan kepada dia perangai dan kelakuan yang dia rasa lebih cool dari apa yang dia sedang cuba jadi sekarang!" - ELVIANA


Kematangan dan sikap berterus terang Elviana membuatkan Reza jatuh sayang kepada gadis itu. Dia tahu Elviana juga ada rasa yang sama dtapi sayangnya, gadis itu sudah bertunang.


"Aku tak ada masa cari perempuan, Vi. Tak terbuka pun hati ni. Bila kau datang, baru aku ada rasa nak bagi hari aku pada kau." - REZA

"Maknanya... Awak pun suka saya?" - ELVIANA

"Sayang. Kalau setakat suka, aku boleh pandang kau sebelah mata lagi. Masalahnya, bila hati dah mula sayang, itu yang buat aku tak boleh abaikan kau." REZA


Kedudukan Qaira dan Uwais sebagai artis, membuka ruang netizens mengorek kisah silam di sebalik kematian Alfan. Bermacam dugaan harus Reza tempuhi. Musibah mula menimpa. Satu per satu rahsia terbongkar. Pengorbanan Reza akhirnya membuat Qaira dan Uwais meraung keinsafan. Mereka sekeluarga difitnah cuba menyebarkan HIV. Ketika netizens mengecam, para sahabat menyisih, Elviana tetap setia di sisi Reza walaupun dia sendiri menghidup SLE.


"Ya Allah... Atas semua pengorbanan dan kasih sayang yang Reza berikan padaku, izinkan aku membuat dia bahagia sampai hujung nyawaku..." - ELVIANA


Mampukah Reza menghadapi orang sekeliling yang mengeji? Dapatkah Reza dan Elviana berbahagia? Ini kisah tentang kesetiaan, pengorbanan dan sejauh mana kau mampu bertahan bila diuji Tuhan.


Fuh... Mana aku nak mula ni? Hmm... Jujurnya, aku takde expectation yang tinggi pun untuk novel ni dan aku beli pun sebab dia pakej deal yang aku rasa murah dengan buku yang aku nak. Tapi, setelah aku baca dan hayati (terlebih hayati pun ada jugak ni) aku jatuh hati sangat-sangat dengan cerita ni.


Hatiku Untuk Dia, bukan cerita cinta tipikal dan bukan juga penulisan yang kosong. Dalam santainya berisi. Reza, selepas kematian kembarnya Alfan, dia lebih gemar mengasingkan diri daripada kawan se-bandnya dulu. Dan dia juga anti dengan dunia hiburan kerana pada dia, dunia itu mendatangkan lebih banyak buruk daripada baiknya. Kedatangan Akid membawa Uwais dan Qaira, si adik kembar berlainan ibu menambahkan lagi tanggungjawab Reza. Status Uwais dan Qaira sebagai BBNU - budak-budak baru nak up (aku sebenarnya sampai sekarang tak faham dengan terma ni) dalam dunia nyanyian menambah rengsa Reza.


Kerana Reza yang jarang di rumah dan label tak cakna yang sedia menari atas kepalanya, khidmat PA diperlukan untuk si adik kembarnya. Dengan segala mak nenek syarat yang Reza tetapkan, Elviana diambil bekerja. Bila nak dapat jumpa si heroin? Lepas 100 mukasurat baru jumpa. 


Apa yang aku boleh cakap pasal dua watak utama ni is that they're made for each other. They complete one another. Aku sangat-sangat-sangat suka dengan watak Reza. Hard yet soft. Dan dia punya straightforward tu waduhhhh, gawat mas! Sengih seanjang masaaaa. Vi pulak sentiasa ada untuk Reza, to support him, to melt him, to talk him through. Even masa Reza berkasar dengan Qai and Uwais, Vi tetap cuba faham Reza and not just take what people said of him. And for that, I'm glad.


Qaira and Uwais of course penyeri novel ni. Walaupun ada babak yang depa menimbulkan geram aku, they're still cute! Aku paling suka babak-babak yang Qai and Uwais rasa kagum/teruja/gembira bila Reza tunjuk some care/appreciation untuk dorang. Terasa comel sangat!


Macam yang aku cakap tadi, novel ni ada isi dan isinya padat sangat-sangat. Banyak perkongsian  dan pengajaran daripada penulis terutama berkaitan dengan dunia pemuzik, tentang penyakit lupus, tentang HIV, persahabatan, kekeluargaan, dan tentunya cinta. Seronok sangat bila dapat membaca sambil belajar. Emosi masa baca, tak payah cakap la, rollercoaster habis! Lagi-lagi bila sampai bab hujung-hujung, haih. Susah betul ya nak move on.


Untuk buku setebal 1000++ mukasurat ni, aku boleh habis dalam masa sehari lebih, memang best la gamaknya kot. Mungkin sebab, 'What comes from the heart, touch the heart' kot. First time ni aku baca tulisan Rose Harissa, so silala share karya penulis yang mana patut aku explore lagi sebab aku tengah in love gila ni.








-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. best buku ni. walaupun tebal banyak isi dan rasa berbaloi la spend duit dan masa :)

    banyak novel Rose Harissa yg best, banyak juga my favourite sampai tak tahu nak suggest yang mana..haha

    ReplyDelete
  2. Aduh.. Asyik bertangguh je nak baca novel ini.. Nak kena cari juga nie..

    ReplyDelete