Ya Maulana by Hana Ilhami

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Ya Maulana

Penulis: Hana Ilhami

Mukasurat: 1021

Genre: Kekeluargaan, Drama, Islamik, Romantik

Penerbit: Karyaseni

Terbitan: 2013

ISBN: 9789670246512

Blurb:

MAULANA IQBAL. Dunianya hanya Darul  Ulum At Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.


ADRA LIYANA, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skirt masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.


"Cik Rariru nak jumpa saya?" - MAULANA IQBAL

"Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!" - ADRA LIYANA

"Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali." - MAULANA IQBAL


Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut si Maulana. Rencana jahat mula diatur...


"Tolong I! Dia... Dia... cuba buat benda tak baik kepada I..." - ADRA LIYANA

"Allahuabkar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni." - MAULANA IQBAL

"Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni." - IMAM HUSSIN


Aduhai, ya maulana! Rencana jahat Adra akhirnya memakan diri. Mana mungkin dia sanggup bersuamikan si Maulana kampung yang sudah beristeri itt! Perlukah dia menukar wataknya kepada 'Adra Liyana' yang sebenar?


Ketika umpat dan keji penduduk kampng mula tersebar mampukah Kampung Pulau Sayak itu menjadi pusat tarbiah untuk si gadis ranggi?


Kembali lagi dengan review novel Hana Ilhami! Woot. Ni novel favorite aku. Aku tak tahu la dah berapa kali aku duk ulang baca. Ni jugak la novel yang aku buka tiap kali nak naikkan mood membaca. Walaupun tebal tapi aku suka.


Tahun 2010-2014 dulu memang banyak cerita kahwin paksa, dan novel ni pun aku macam kahwin paksa jugak tapi special sikit la. Hehe. Adra (nama manja Rara tapi jumpa Firdaus jadi Rariru), gadis bandar masuk kampung dengan agenda sendiri. Untuk menundukkan Iqbal si pemilik Darul Ulum supaya mengikut cakapnya! Pembangunan ekonomi yang dirancang Tan Sri Haniff, papa si Adra tak selaras dengan pembangunan rohani yang nak diterapkan oleh Iqbal.


Kerana terburu-buru membuat keputusan, senjata makan tuan. Adra dan Iqbal disatukan. Err, si gadis bandar yang degil lagi seksi, hidupnya mewah di bandar menjadi isteri seorang maulana yang duduknya di kampung dan hidupnya sederhana? Mampukah? Well, character development Adra ni memang sangat best, dari seorang yang degil dan kuat melawan kepada seorang yang rasional dan patuh. Mungkin sebab watak Iqbal tu sendiri seorang yang sangat penyabar (mula-mula kenal Adra takla penyabar mana pun huhu) dan bijak membentuk. Lemah lembut je maulana yang satu melayan kerenah isteri dia yang keras kepala ni. Tapi tegas dia masih ada, bukannya lembut mengikut apa aja yang si Adra nak. Ha, mungkin sebab tu serasi sangat dua watak ni.


Novel ni watak sampingan memang penting sebab tema kekeluargaan yang dibawa. Lagipun, krisis pun krisis keluarga. Bagi aku krisis ni tak berat pun, tapi sebab bersangkut paut dengan kisah 20 tahun lalu dia jadi panjang la untuk dedah satu persatu rahsia. Tapi tak melerat la yang penting. Watak sampingan favorite aku of course la Rafiqi dengan Sumayyah. Comel amat ya anak-anak. Kadang tu aku rasa aku repeat novel ni sebab nak jumpa depa dua ni ja. Hehe.


Novel tebal tapi light read bagi aku (ke sebab aku dah banyak kali baca jadi aku rasa light?). Lagipun apa nak kisah tebal kalau ada isi. Seronok pun seronok, ilmu pun dapat.




-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. baca sinopsis macam tgk telemovie la. menarik

    ReplyDelete
  2. Sha pun suka buku ini.. Suka pada perubahan watak Adra tu..

    ReplyDelete