Assalamualaikum, good day semua~ Dah lama sangat aku tinggalkan blog ni rasanya hehe. Sedar-sedar tinggal beberapa hari je lagi nak habis bulan Disember dan nak masuk tahun baru. So, sebelum berakhirnya tahun 2022 ni, kena la buat satu dua entry untuk blog ni. Dan untuk entry pertama bulan Disember ni, kita buka dengan reviu filem animasi tempatan. Kalau sempat aku tulis entry lain, kalau tak, welcome new year jelah. Hujung-hujung sem macam ni masih busy TT.
Kejadiannya yang membuatkan aku tengok movie Mechamato ni satu je, sebab aku taknak tengok horror movie haha. Ceritanya, kawan aku nak tengok horror film tapi aku pulak bukannya jenis yang tengok horror apalagi tengok dekat wayang, memang takla. So kitorang pun pecah la 2 group, yang tengok horror dan yang tengok animation dan aku sah-sah la masuk group kedua.
Jujurnya, aku tahu kewujudan siri animasi Mechamato ni masa aku tengok youtube video Mtas Production tengah review trailer Ejen Ali musim ke-3 (rasanyala) and masa tu ada jugak yang mention animasi Mechamato yang aku ingat animasi Jepun so aku tak ambil kisah sangat. Dalam pada tu, pelik juga la kenapa pi compare dengan animasi Jepun and now tahulah aku yang Mechamato ni animasi dari Malaysia. Jadi, aku tengok movie ni tanpa sebarang pengetahuan selain nama hero, Amato, bestfriendnya, Pian dan Mechabot. Oh, dan fakta bahawa Amato ni ayah kepada Boboiboy - based on apa yang kawan aku bagitahu la.
Title: Mechamato Movie
Runtime: 116 minutes
Genre: Comedy, Animation, Robot
Director: Nizam Razak
Writer: Nizam Razak
Released year: 2022
Language: Malay
Casts: Adzlan Nazir, Armand Ezra, Fadhli Mohd Rawi
Plot:
After a mysterious spaceship crash landed on Earth, a boy named Amato came across a powerful robot named MechaBot. By outsmarting MechaBot and becoming its master, Amato can now utilize MechaBot's unique ability to Mechanize everyday objects into high-tech devices. Unknown to him, MechaBot is being hunted by a cybernetic alien called Grakakus who will do whatever it takes to acquire MechaBot for his own evil plans. (cr: IMDB)
Trailer:
Mulanya, aku agak impress dengan opening scene - Amato tengah berlatih silat dengan guru silatnya Tok Sah dan diselang-selikan dengan babak pertarungan antara robot-robot dalam penjara di angkasa lepas. Terus rasa macam gempak gila!
Memandangkan movie ni merupakan prequel kepada siri animasi, takde masalah bagi aku untuk faham jalan ceritanya walaupun tanpa tengok sebarang episod dari siri tersebut (aku baru mula nak berjinak dengan siri ni). Cerita yang mudah untuk follow tambah pulak dengan humor yang sesuai dengan anak-anak (yang dah layak jadi mak anak ni pun terhibur weh), babak aksi antara si robot jahat dan Mechamato memang loooooveee gila!
Aku serious tak expect apa-apa untuk movie ni, tengok pun kena paksa dengan member hehe tapi aku sangat enjoy! Hilang la stress dua minggu haha. Benda first yang menambat hati aku sebenarnya si Pian, bestfriend Amato. Aku suka dengan suara dia yang comel lepastu dengan pelat r dia lagi. Ahhh, comel habissssss!
Dah lama tak menulis review ni agak janggal pulak aku rasa, tambah lagi aku tengok dekat pawagam, terus takde idea apa lagi nak komen hehe. Yang aku tahu, cerita ni memang worth the money la. Oh ya, aku suka dengan latar tempat - Melaka yang menonjolkan tempat di Malaysia dan juga elemen-elemen tradisi (buka tradisi tapi aku tengah tak jumpa word yang sesuai) macam beca, dan juga silat yang memang aku rasa takde pun dalam Boboiboy.
Jadi, kalau kalian ada masa, pergilah tengok movie ni. Dijamin terhibur sekeluarga!
For more movie reviews, please visit 'Movie Reviews' on the menu tab !
-thes
2 Comments
Nak tengok belom tertengok lagi.. hehe
ReplyDeleteMemang best gila.. Kalau ikutkan akak, memang nak gi tengok lagi tapi kekangan jarak..
ReplyDelete