Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita
Penulis: Sara Aisya
Mukasurat: 766
Genre: Romantik, Fiksyen,
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2012
ISBN: 9789670246147
Related title(s): Pembuka Hati
Blurb:
Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – DAHLIA“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - AARIZ DANIAL“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – SYAFIQ
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
Novel ni novel lama dan juga novel pertama penulis. Juga merupakan novel penulis yang pertama yang aku baca. Novel ni juga merupakan antara novel yang terawal yang menambat hati aku untuk ke dunia membaca. Ha, faham tak agaknya tu? Hehe. Sejak pertama kali aku baca novel ni, dah berulang-ulang kali jugak aku baca. Setahun mesti ada sekali aku baca. Macam tula aku punya suka dengan cerita dalam novel ni.
Mengisahkan Dahlia yang berkahwin dengan Aariz atas aturan keluarga. Err, supposedly Dahlia dan Syafiq tapi surprise surprise, Aariz yang menyandang gelaran suami kepada seorang Dahlia Darius. Turns out, Aariz is the best husband for her. Why so? Well, walaupun dengan bersetuju untuk kahwin dengan Dahlia menggantikan Syafiq, Aariz melanggar sumpahnya sendiri, he's still a gentleman. Takde pun nak tarik-tarik muka, cakap marah-marah, dingin dengan Dahlia. He, in fact, is sooooo sooooo gentle and soft and nakal ahhh comellah Aariz niiii. I freaking love every time dia menyakat Dahlia. Ish, I is kenot. Plus, plus, dia sangat natural ya dengan Lia, and a romantic tooooooo!
Tapi, disebalik ketenangan seorang Aariz rupanya hasil sebuah taufan. Gosh, aku serius tak expect dia punya 'asal' and everything that came with. Sangatlah menyakitkan ya. Never expect him to be that conscious of something that wasn't even his fault. Ahhh, saya sedih untuk awak Aariz! Dan nasib baiklah Dahlia isterinya, because she is so strong dan tak cepat nak melatah. She investigate, she evaluate then she decide. She's one hella cute and hilarious character too! Omei angat iye niii. Saya sangat in love tau dengan dua ketul ni.
Novel ni nicely done. Tak tiba-tiba tak terlalu meleret. Tamat dengan HEA untuk semua watak (Syafiq... for now). Untuk yang macam malas je nak baca novel, aku sarankan, bacalah jugak sebab best gila! Hahaha. Tapi kalau tak mau hm pi jelah tengok adaptasi dramanya. Tajuk yang sama, pelakon aku tak ingat siapa sebab tak pernah tengok. Kalau risau jalan cerita lain dengan novel, aku rasa macam pernah came across post IG penulis kata jalan ceritanya hampir (80%-90%) sama. Jadi, silalah.
-thes
4 Comments
novel terpaling favouriteeee siap baca dia punya sambungan lagi tauu. Perghhh memang terbaik novel, adaptasi semua wowza! Memang suka gila jalan cerita, garapan watak, karakter, bahasa dan semualah.
ReplyDeleteReally recommended lah untuk sinarkan balik sengih sorang time baca novel. Terpaling gedik kita akan gelak...tapi ada satu part tu, menangis lencun jugak...sedih ya amat....
betul tu AO!!!! part sedih tu memanglahhh mengganggu perasaan bethooolll! Sambungan pun su baca dah, review otw hehehe
DeleteAntara ingat tak ingat dah novel ni. Not into penulisan Sara Aisha really. Hehe
ReplyDeletehahahha, fahammm lain org lain taste!
Delete