Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Pembuka Hati
Penulis: Sara Aisha
Mukasurat: 566
Genre: Romantik, Fiksyen
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2015
ISBN: 9789670246994
Related title(s): Jodoh Itu Milik Kita
Blurb:
“Saya selalu fikir cinta bukan untuk saya. Tapi kenapa saya rasa dalam hati saya... Ada awak?”TUAN SYAFIQ TUAN HAIKAL… Dia cuma inginkan kehidupan yang tenang tanpa kekusutan. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Nur Adra yang kasar, keras dan degil membuatkan Syafiq buntu sendiri. Saat dia ingin menjadi lelaki yang lebih baik, kenapa gadis itu tidak habis-habis mencabar ego lelakinya?“Kau memang suka berlagak baik, kan?”- Nur Adra“Baik? Huh! For your information, istilah ‘baik’ tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Jadi, jangan sesekali cuba cabar kesabaran aku!” - Syafiq
NUR ADRA… Hatinya kosong. Jiwanya mati. Baginya, kehidupan ialah lebih kejam daripada sebuah kematian. Kemunculan lelaki bernama Syafiq itu pula, tambah mengacau-bilaukan keadaan. Ke mana sahaja dia pergi, akan ada wajah tenang Syafiq. Dan sungguh! Dia benci akan ketenangan itu. Ketenangan yang seakan-akan mengejek seluruh perjalanan hidupnya.“Awak ni… Perempuan jenis apa sebenarnya?” - Syafiq“Dia… Lelaki yang mampu membaca kau, Nur Adra.” - AdraKemunculan bersahaja Nizam membuatkan Adra terperangkap dalam percaturan antara lelaki itu dan bapanya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengambil keputusan paling drastik dalam hidupnya.“Tuan Syafiq Tuan Haikal, will you… Marry me?” - Nur Adra“Awak takkan mampu bayangkan saya ini manusia jenis apa. Lelaki jenis apa. Kalau awak tahu, Ara… Awak takkan mahu jatuh ke tangan saya.”- Syafiq
Tatkala kehidupan mereka semakin berselirat, Syafiq kian tertanya-tanya. Mampukah dia membuka pintu hati Adra? Atau mungkinkah Adra akan terus hanyut dan tenggelam dalam kegelapan yang semakin membunuh jiwanya?
Nur Adra. Nama yang dia benci. Nama yang bukan lagi miliknya. Adra... seorang yang keras, jauh beza dia dengan Dahlia. Dia seorang yang pemarah, baran, suka menengking, pendendam dan seangkatan dengannya. Well, sounds familiar? Dia sama seperti Syafiq, empat tahun lalu. Syafiq yang baru, lebih tenang, lebih toleransi, lebih baik. Dan dia nampak Adra.
Setenang Syafiq yang baru, dia tetap kalah dengan Adra. Adra bring the worst part of him. Tapi tanpa dia sedar, dia makin jatuh hati dengan gadis keras ni. Maigod, ingatkan Aariz je yang gentleman, Syafiq pun walaweiii, boleh tahaaannn, but in his own way of course (tapi ada satu part tu rasa nak hempuk je Syafiq ni bongok bethol. Nasib baik Dahlia dah tolong tampar). Kehadiran Adra ke dalam keluarga Tuan Haikal rupanya sedikit sebanyak membuka kisah lama yang satu itu, kisah yang melukakan ramai pihak especially Aariz. Serious sediiiiih gila dengan hidup seorang Adra, her pain that changed her ahhhh, aku tak boleh lahhhh. Sedihnya! Bapak dia pun waduh waduhhhh, geram betul dengan watak orang tua yang satu ni.
Sambungan JIMK ni juga ada selit selit kisah Dahlia-Aariz juga, their lives dengan si kembar Adam Azfar yang comel, baby Dee juga. Juga final closure untuk Aariz and his nightmare. Overall, kisah keluarga Tuan Syafiq ni bernoktah dalam buku ni. Aku sangat enjoy baca buku ni, thoroughly cuma endingnya aku rasa macam a bit rushed. But still, a good resolution for this book. I laike beri mash!
-thes
3 Comments
Walau pun novel ni takde adaptasi, tapi tak tahu kenapa still imagine Syazwan Zulkifli sebagai Syafiq....haish...sengih sorang lagi...heheheh
ReplyDeletesuka novel Jodoh Itu Milik Kita tapi buku ni tak tahu kenapa tak rasa nak baca walaupun ada relate dengan JIMK.
ReplyDeletehahhaha fahammm... maybe sebb dlm JIMK Syafiq tu takde vibe hero langsung haha
Delete