Patah Untuk Tumbuh by Faraa Musa

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Patah Untuk Tumbuh

Penulis: Faraa Musa

Mukasurat: 195

Genre: Peningkatan diri, Non-Fiction

Penerbit: Whitecoat

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672705161

Blurb:

Ternyata beberapa tahun/bulan/hari kebelakangan ini cukup berat, ya? Telah banyak hal yang kita korbankan mulai dari ketenangan fikiran dan perasaan sehingga segala harapan dan keinginan yang selama ini kita idam-idamkan.


Didewasakan oleh keadaan dan takdir bukanlah hal yang buruk, kerana dengan itu kita tahu sedih hanya sementara dan dari patah kita belajar untuk tumbuh. Hakikatnya, kita semua sedang sembuh dan tumbuh dari luka masing-masing. 


Buku ini bukan tentang hal-hal hebat yang kompleks, dan tidak jiga mengisi pembaca dengan idea-idea baru yang gah. Cukuplah penulisan sederhana dari buku ini daat menjadi penenang, penguat serta peneman ketika kalian menjalani hari-hari yang berat. Buku ini sebagai tempat teduh buat kalian sembuh dan bertumbuh. Buat kalian menyedari bahawa kita memang perlu patah, untuk tumbuh.


Semoga lekas sembuh dan bertumbuh sesungguhnya!


Sekian lama tak membaca buku bukan fiksyen apatah lagi buku self-development macam ni. Jadi, dari mana harus aku mulakan?


Pertama, aku suka dengan penulisan ni. Bahasa yang mudah faham, ayat tidak berpusing-pusing yang membuatkan aku rasa tak payah develop diri. Just nice. Sesetengah bahagian berjaya menyentuh hati aku, ada bahagian yang seolah menempelak aku, membuatkan aku terkeliru, ada bahagian yang membakar semangat aku untuk terus berusaha dan bertumbuh. 


Dan tidak dinafikan, sebahagian besar tajuk/bab dalam buku ni berjaya membuatkan aku lemas dengan kata-katanya. Antara bab yang aku suka; 'Menjadi Dewasa', 'Ketidaktahuan Membuahkan Kemahuan,' 'Berehat, Bukan Berhenti' dan 'Ketahuilah Kamu Cukup'. 


Kritikan aku untuk buku ni cuma ada satu. Aku agak terkilan bila tengok layout isi dalam buku ni. Banyak sangat pembaziran. Kan lebih elok kalau dipenuhkan? Aku memang tak berapa gemar bila nampak ruang kosong dalam buku macam ni, ruang atas dan bawah tu banyak yang kosong dan boleh isi lagi tapi tak mengapalah. Mungkin pihak publisher sengaja letakkan ruang sebegitu so that mereka yang suka annotate akan ada ruang untuk mencatat. Yang penting, kandungannya bermanfaat. Tahniah ya kepada penulis!

-thes

Post a Comment

0 Comments