Tuesday 21 February 2023

# bookreview # comic

Komik Karier: Psikologis Imran - Ketakutan Influencer Muda Menghadapi Tanggapan Followers by Lembayung, Nenek Hani & Haikalkus

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Psikologis Imran - Ketakutan Influencer Muda Menghadapi Tanggapan Followers

Penulis: Lembayung

Pelukis: Nenek Hani, Haikalkus

Penasihat Kandungan: Aiman Psikologi

Mukasurat: 125

Genre: Kesihatan Mental, Komik, Fiksyen, Kerjaya

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459606

Related title(s): Komik Karier - Doktor Johari, Komik Karier - Cikgu Akbar

Blurb:

Imran merupakan seorang pegawai psikologis klinikal berpengalaman. Tidak cuma berdedikasi, sikapnya yang ceria dan tenang juga membuatkan staf dan klien menyukainya. Suatu hati, Imran telah dirujuk seorang klien bernama Katrina Damia, seorang gadis pempengaruh (influencer) kecantikan yang terkenal.


"Sampai satu tahap, saya tak boleh tidur malam. Saya menangis bila fikir kenapa ada yang benci sangat dengan saya."


Oleh sebab kerisauan melampau yang dialami Damia, Imran telah mengatur pelan terapi khusus untuknya. Pada awalnya, sesi terapi berjalan lancar, namun pada suatu hari Damia tidak lagi menghadirkan diri. Lebih merisaukan, Damia sebenarnya telah didagnosis mengalami Anxiety Disorder.


Apakah yang menyebabkan Damia tiba-tiba berhenti? Mampukah Imran meyakinkan kliennya agar meneruskan sesi terapi?


Another successful comic from Iman Pub! Yeay! Aku suka dengan jalan cerita dalam komik ni, jelas dan mudah untuk diikuti. Tema mental health yang diketengahkan juga sangat relevant dengan situasi sekarang yang sangat ramai influencers. Aku tak pasti macam mana mereka cope bila segala gerak-geri diperhatikan public. Sedikit sebanyak, kisah Damia ni beri insight kepada aku tentang kehidupan mereka yang bergelar infuencer.


Walaupun topik mental health bagi sesetengah orang mungkin nampak agak berat dan tak sesuai, bagi aku penceritaan dalam komik ni masih lagi ringan dan dengan adanya selingan-selingan babak yang humorous, gerenti tak rasa berat pun. Lagi pula, aku rasakan dengan komik orang akan lebih tertarik untuk belajar dan ambil peduli tentang mental health ni. Jadi, ianya satu usaha yang baik.


Selingan bahagian ilmu yang berkongsikan carta organisasi dalam bidang psikologi, laluan untuk menyambung pelajaran dalam bidang psikologi dan gerak kerja psikologis pun ada dikongsi dalam komik ni. Dapat la sekejap aku berangan jadi psikologis haha. 


Antara tiga hero dalam Komik Karier, aku rasa watak Imran ni paling cute. Haih, comel sungguh la dia, adakah kerana cermin mata tu? Hehe. Perwatakan dia yang ceria tu pun terserlah sangat disebalik lukisan. Maka, berjayalah team pelukis menggambarkan emosi Imran ni. Yang tak beli lagi, jom beli komik ni, baca in one sitting je! 


p/s: harap-harap Imran dah pulangkan la Taufiq punya handkerchief. Berbulan-bulan dah ni tak pulangkan haha.


-thes

No comments:

Post a Comment