Biar Sembuh Luka Semalam by Aidil Ghazali

 Assalamualaikum, good day dearest!


Tajuk: Biar Sembuh Luka Semalam

Penulis: Aidil Ghazali

Mukasurat: 406

Genre: Keluarga, Fiksyen, Makanan

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2022

ISBN: 9789672459460

Blurb:

"Setiap orang ada sebab dan alasan masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua."


Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak.


Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut.


Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing.


Ketika semakin buntu, Haris, seorang cef pastri dari Perancis cuba menawarkan bantuan. Kemunculannya memberi sinar harapan kepada Bakeri Jalan Tiung. Namun tidak pada Nita, kerana kepulangan Haris hanya menoreh luka lama.


Semakin dia cuba menghindar, semakin itula dia harus memutuskan. Sehinggalah dia tersedar bahawa kesilapan bukan untuk ditakuti, tetapi didepani dengan berani.


Buku ni membawa kisah Nita, seorang yang hilang identiti setelah salah membuat keputusan. Keputusannya yang membawa kepada kesusahan orang lain. Orang yang dia sayang. Dan juga kisah Haris yang kembali menuntut kemaafan setelah sekian lama menghilangkan diri di perantauan.


Jalan ceritanya mula dengan kadar yang sangat perlahan bagi aku. Agak sukar sebenarnya untuk aku dapatkan pace pembacaan dengan jalan cerita yang alah sopan ni. But once Haris dah balik Malaysia, dan secara kebetulan terjumpa semula dengan Nita, boom, jalan cerita semakin menarik! Aku sangat tertanya-tanya, salah besar mana yang si Haris ni buat sampai Nita jadi marah sangat dengan dia walaupun masa dah berlalu lama.


Tak dapat aku nak nafikan yang aku agak annoyed dengan watak Nita. Tapi dalam masa sama, aku kesian dengan dia. Hanya kerana satu keputusan yang salah, dia menghukum dan menyeksa diri sendiri. Malangnya, sikap dia tu membuatkan orang lain turut sama sakitnya. Ahh, payah sungguh. Nasiblah ada Suriani yang sentiasa membebel dan mengingatkan dan Haris yang sering cuba mengembalikan Nita yang lalu.


Kerana buku ni, aku craving segala jenis roti dan pastry. Ada ke patut share dengan kita, si penggemar roti cara membakar macam-macam jenis roti haih. Mahu tak terliur kawan ni? Haih. Dan jangan taktahu, buku ni juga banyak gunakan term dalam bahasa Perancis, sebab Haris melanjutkan pelajaran dekat sana. Lebih lagi, kisah roti dan roti dan Perancis memang sinonim, kan? 


Overall, aku enjoy membaca buku ni walaupun permulaannya perlahan. Mungkin aku belum terbiasa dengan penulisan penulis yang serious talk, bagi aku sopan sangat. Itu yang membuatkan aku rasa janggal sikit. Lebih lagi dialog antara Nita dengan abahnya.






-thes

Post a Comment

0 Comments