Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Raid Arjuna
Penulis: Rose Harissa
Mukasurat: 659
Genre: Romantik, Aksi, Misteri, Drama
Penerbit: Penulisan2u
Terbitan: 2018
ISBN: 9789672102656
Blurb:
"Hasil bedah siasat mendapati Tuan Gilbert meninggal kerana kehilangan darah lapan jam selepas ditikam"
"Aku rasa... Bonda kau dah hilang."
Longlai dan terduduk Raid Arjuna saat fakta tentang kedua-dua ibu bapanya dibentangkan di depan matanya.
Degil, kerana sikap itu.. Hidup Raid Arjuna dihantui rasa bersalah berpanjangan selepas satu insiden terancang telah melibatkan dirinya dan dia menjadi tunjang masalah tersebut. Penculikan. Pembunuhan ayahnya, Tuan Gilbert. Kehilangan bondanya, Engku Marsitah tanpa jejak serta seluruh harta keluarga dirampas, akhirnya seorang Raid Arjuna yang lembik dan tidak pernah kenal apa itu erti susah mencabar diri untuk menuntut keadilan dengan caranya yang tersendiri.
Saat tanggungjawab berat ditimpakan ke pundaknya, Raid berhenti jadi anak manja. Selama 15 tahun, Raid bangkit memperlihatkan sikap tangguh berdepan musuh-musuh keluarganya dalam gelanggang korporat. Bagi kakistokrasi, Raid adalah ancaman kerana melatih kader-kadernya sendiri termasuk Yasmin Qawla Azwar. Hubungan platonic yang terbina atas dasar kemanusiaan.
"Zaman orang berpistol, kau masih ke hulu ke hilir dengan kerambit. Kau perasan kebal macam pendekar jawa Taming Sari, eh?" - YASMIN
"Apa pun Yasmin, jangan terburu-buru, okey? Perkara ni bukan main-main. Siapa pun, mereka dan apa pun gelaran mereka, pokoknya mereka ada di luar sana. Mereka boleh bunuh orang sesuka hati dan tak ada sesiapa berani melakukan apa pun untuk menghentikan mereka." - RAID ARJUNA
Tapi pengal peribadinya, Noah dan Gambit menyedari sesuatu... Fizikal luaran Raid mungkin kalis pukulan tapi sekeping hati Raid menjadi rapuh hanya kerana Asyanur!
"Syarikat orang pun aku boleh rampas, inikan pula Asyanur yang belum jadi isteri kau!" - RAID ARJUNA
Musuh kembali mahu mencelakakannya dan dia harus melindungi Asyanur daripada terekna tempias. Satu per satu rahsia lebih hitam terkuak.
"Terima kasih Raid Arjuna... Awak betul-betul jaga saya dengan nyawa awak." - ASYANUR
Ini kisah tentang kesaterian putih, pengorbanan melawan kuasa manusia, kecintaan dan kesetiaan serta sejauh mana manusia sanggup berubah melawan pengkhianatan serta kerakusan.
"Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya!" - RAID ARJUNA
Aku kenal Raid dalam Nefertiti karya Lily Haslina Nasir. Orangnya sangat misteri dengan kebolehan bersilat yang tinggi dan sentiasa dengan kerambit. Dan novel ini, merupakan kisahnya, dari seorang anak manja kepada seorang anak jantan perkasa. Misinya untuk menuntut bela kematian bapanya, Gilbert dan mencari bondanya diteruskan walaupun ancaman muncul dari pelbagai arah.
Permulaan kisah sangat menyesakkan dada aku. Dari satu babak saspens ke satu babak saspens, permulaan yang akan mendewasakan Raid dengan mengejut. Sungguhlah menyeksa jiwa betul. Perwatakan Raid yang dewasa adalah kerana masa silamnya yang menyakitkan. Untuk dia ke tahap yang dia berada dewasanya, bukanlah mudah.Aku sangat-sangat jatuh hati ya dengan perwatakan Raid ni. Pelindung, tegas, lembut, tenang, rasional, dan tak lupa juga dia seorang yang sangat-sangat puitis! Lagi-lagi kalau tengah marah, gosh whatttt???
Asyanur pula seorang gadis yang merasa kehilangan dari seawal usianya lima tahun. Dijaga rapi oleh umi Ummu Maziah, dia membesar menjadi anak gadis yang matang. Perkenalan pertama dengan Raid adalah saat dia menyelamatkan Raid. Ya, dia selamatkan Raid, bukan sebaliknya. Raid dah terkaku tergamam tengok bidadari bersilat. Watak Asyanur jauh lebih matang berbanding usianya. Sejenis tak cepat melatah dan melulu tapi bijak berhenti untuk memerhati dan menilai sendiri. Aku sangat suka dengan watak Asyanur ni.
Raid Arjuna membawakan kisah yang padat dengan babak-babak aksi dan juga momen-momen saspen. Misteri disebalik kehilangan bonda Raid. Diseimbangkan pula dengan babak-babak kelakar lagi pecah perut, especially bila Noah and Gambit mula nak menyakat Raid. Tak kurang juga babak romantik dan puitis. Lengkap, all in one.
Watak-watak sampingan, memang sangat efektif, especially Noah. Watak dia memang either menceriakan kelam dalam cerita ataupun menjadi penyelamat. Tapi yang pastinya dia akan sentiasa ada dengan Raid. And aku sangat-sangat kagum dengan watak Noah and Gambit ni. Asal-asal cuma pengawal peribadi yang diupah menjaga Raid, tapi after everything, mereka masih care dengan Raid, buatkan aku tertanya-tanya, agaknya sekarang ada lagi ke eh manusia macam ni? Ada juga cameo Yasmin Qawlah Azwar, heroin dari novel Nefertiti karya Lily Haslina Nasir dan menceritakan serba sedikit (very tiny bit) tentang kisahnya.
Penceritaan padat dengan istilah bisnes dan juga 'helah-helah' Raid untuk merealisasikan misinya. Sungguh, aku terpegun dengan konsep wang dinar yang digunakan Raid, walaupun agak samar-samar, tapi terasa sangat wow! Plot twist dalam usaha Raid menyingkap kebenaran, sangatlah 🤯🤯🤯
Susah ya nak berpisah dengan Raid dan Asyanur ni. Ceritanya terlalu memikat dan terus mengikat aku. Book hangover orang kata, nak move on ke kisah yang lain, memang mengambil waktu. Aku sangat sarankan korang untuk dapatkan and baca cerita ni. Best teruk!
-thes
2 Comments
buku Rose Harissa memang best, berbaloi baca.
ReplyDeleteSetuju dengan tiaraaa! Setakat yang su baca, smua best!
Delete