Qalif: Watak Cinta Terindah by Dila Dyna

Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Qalif: Watak Cinta Terindah

Penulis: Dila Dyna

Mukasurat: 621

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: Suara Hati

Terbitan: 2019

ISBN: 9789672300007

Blurb:

"Kahwin dengan I, El." - QALIF MIKAEL


Usai lamaran diucap, sejarah hitam memadam gelap impian cintanya. Empat tahun terperangkap dalam kenangan lalu, pintu hati ditutup serapatnya. Kepulangannya mempertemukan dia dengan serang gadis. Gadis yang tanpa dijangka bakal mengubah 360 paksi cintanya!


"Excuse me, miss! Awak tak nampak ke  saya nak masuk parking ni tadi?!" - QALIF MIKAEL

"Excuse me, saudara. You ada bagi signal ke tadi? Signal stick dalam kereta tu bukan untuk hiasan aje tau. Cabut je kalau tak pandai guna!" - KAYLA HUSNA


Penyatuan dua keluarga memaksa kedua-duanya hidup di bawah satu bumbung. Mula memutik cinta yang sekain lama tertandus. Namun belum sempat kembang menjadi bunga, kelopak sudah layu menyembah bumi.


"Berambus! I tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut you! Mulai saat ni... you dengan I dah takde apa-apa lagi Qalif! Ambil balik cincin you i!" - KAYLA HUSNA

"Sesekali I takkan terima apa yang you dah buat pada mama, Kayla. mencintai you... adalah perkara paling bodoh yang pernah I buat seumur hidup I!" - QALIF MIKAEL


Biarpun Qalif adalah watak cinta terindah dalam hidup Kayla, the damaged has been done! Kerana kebodohannya, kini dia mengemis sebuah kemaafan. Akankah Qalif kembali sekali lagi sebagai watak terindah daam hidupnya, atau beku cinta itu kini tiada lagi pencairannya?


I read this a while ago so the review might not give the best justice to the story. Pertemuan pertama di airport, masing-masing bagi bad impression to each other. Pertemuan kedua, masih lagi bad impression. Tapi kali ketiga menemukan mereka sebagai sebuah keluarga. Siapa sangka, mamat rude yang dia marahkan tiba-tiba menjadi abang tirinya.


Kayla dan Qalif pantang saja bertemu mata, ada je perkara yang nak digaduhkan. Ada saja topik yang didebatkan. Demi mengeratkan hubungan keluarga yang baru nak terbina, Dato' Hussein menjemput Qalif tinggal dengan mereka sementara rumahnya siap. Demi keluarga, Elena dan Qalif mengalihkan perbezaan mereka. Hubungan yang dulunya seperti anjing dengan kucing lama-lama mulai rapat. 


Aku suka jalan cerita novel ni yang agak banyak konflik tapi tak membebankan. Penulisan yang santai yang mampu aku ikut. Watak-wataknya pun likeable enough. Paling penting, aku suka interaction antara Qalif dengan Kayla. Serious cute dua orang ni. Mulanya, masing-masing nak deny their interest towards one another pastu pastu haa kan dah tak boleh berenggang. Buut! Ada banyak cabran untuk mereka dua ni and sumpah towars the ending tu memang lega gila wei dengan dorang punya ending tu sebab banyak sangat yang jadi!


One thing about this novel is that, ceritanya tak meleret walaupun banyak konflik. Mungkin sebab pace cerita tu sendiri yang agak laju jadi takde masa untuk aku rasa leweh and malas untuk melayan perasaan. Another bonus is, walaupun ada 'other woman drama' and 'other man drama', kedua-duanya bukan watak jahat kejam yang sanggup seludup pistol untuk tembak hero/heroin. Quite the opposite sebab both sangat baik (and got their own version of hea).


Overall, aku enjoy baca novel ni and perhaps will read it again one day and give justice to this review. Till then.


-thes

Post a Comment

0 Comments