Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: S-K-Y
Penulis: Fiy Suri
Mukasurat: 331
Genre: Romantik, Keluarga, Slice of life
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: 2020
ISBN: 9789832423980
Blurb:
Pekak. Socially anxious. Anak yatim.
Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.
Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi.
"Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Sky rasa helpless... I feel like I don't know myself anymore..."
Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari?
Naskhah pertama dari penulis yang aku baca dan ianya saaaaangat best! Ceritanya ringkas tapi cukup padat. Buku ni membawakan kisah healing journey seorang Syakirah aka Sky, seorang yang mempunyai masalah social anxiety dari kecik disebabkan kelainan dirinya. Selepas kematian ibu, Sky hanya ada abang dia, Jet sahaja. Saudara mara yang lain semuanya menjauhkan diri. Dalam diri Sky, terlalu banyak parut dan luka yang dia simpan bertahun lama.
Perjalanan healing Sky bermula selepas dia berkenalan dengan Qid. Waqid aka Qid merupakan seorang interior designer dan juga sahabat baik kepada Jet. Disebabkan lukisan-lukisan Sky dalam sebuah buku menarik perhatiannya, Qid ajak Sky berkolaborasi untuk terbitan sebuah buku. Buku yang mengisahkan sahabatnya Umar. Qid dan Sky, banyak perbezaan tapi banyak juga persamaan mereka.
Pace cerita bermula agak perlahan dan datar. As the story goes, semakin banyak yang berlaku dan macam-macam juga yang terjadi. Dari satu perkara ke satu perkara. Aku suka cara penulis mengaitkan Qid dan Sky, walaupun agak klise tapi ianya efektif untuk jalan cerita ni.
Topik yang penulis ketengahkan juga satu topik yang menarik dan agak jarang dilihat dalam penulisan kreatif. Ada, tapi bukan topik kebiasaan yang kita baca. Especially isu komuniti pekak dan perspektif masyarakat terhadap mereka. Watak Sky yang terselit pelbagai isu kesihatan mental on top of her hearing impairment sangat membuka mata aku.
Selain membuka kesedaran aku, buku ni jugak banyak bermain dengan emosi aku. Kenapalah penulis buat watak Sky ni sakit sangat waduhh. Penat tahu nak kesiankan dia yang sentiasa hard on herself. But then, I love how she works hard to heal herself. Dia kuat untuk mengubah diri dia to accept herself as she is. Serious, kalau aku Sky, aku tak rasa aku akan sekuat dia. Satu watak yang boleh dijadikan teladan.
Buku ni memang best untuk dibaca sebagai bahan bacaan santai. Konflik yang berat tapi tak membebankan, err, buat-buat faham jelah. Yang paling aku suka berkenaan naskhah ini (selain jalan ceritanya) adalah quotes yang ditinggalkan dekat penghujung bab. Sebagai pengumpul quote, I just have to love that extra touch. Overall, a lovely story and aku totally suka!
p/s: 5 Oktober siap draf, 5 November baru post hahaha
-thes
0 Comments