Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Kala Runtuh Seluruhnya
Penulis: Fiy Suri
Mukasurat: 419
Genre: Persahabatan, Slice of life, Healing
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: 2021
ISBN: 978967245919
Blurb:
"...I'm sorry, but I'm afraid you can never do snowboarding again."
Hud terduduk.
Akibat kemalangan yang menimpa, minat dan kecintaannya pada meluncur salji - bahkan seluruh hidupnya, punah! Tak pernah dia sangka, atlet Olimpik sepertinya terpaksa bersara seawal usia 25 tahun.
Sikap Hud terus berubah menjadi dingin, sehinggalah pertemuannya dengan keluarga Our Time memberikan cahaya yang baharu dalam hidupnya. Terutamanya kehadiran Inara, barista girang yang juga menghidap 'invisible illness' sepertinya.
Namun ketika Hud mula sedia berdepan dengan kenyataan, dia sekali lagi diuji hebat dengan kehilangan. Kali ini jiwanya langsung mati.
"Allah has not abandoned you."
Hanya ada satu perkara yang boleh buat Hud terus berjalan, berlari dan mengejar impian lagi - iaitu PERCAYA.
"Do I trust Him?"
Lepas habis baca S-K-Y, serious aku memang tak sabar untuk baca buku ni pula. And well hellooooooo, I just looooves this book so much. Ceritanya, wataknya, suasananya, ish semualah aku suka!
Masih lagi mengenengahkan topik healing, naskhah kalini penulis bawakan kisah Hud, seorang snowboarder yang 'dipaksa' bersara lebih awal di kemuncak kerjayanya kerana satu kemalangan. Hilang punca di negara yang menjadi saksi kemuncak dan kejatuhan kerjayanya, Hud akhirnya pulang ke Malaysia. Di Malaysia, Hud secara tak sengaja terjumpa kafe Our Times yang perlahan-lahan menjadi rutin buatnya. Sehinggalah dia ditawarkan bekerja di kafe tersebut.
Our Times. Sebuah kafe yang dalam minda aku mempunyai suasana yang sangat tenang (for lack of better word srsly). Berkenalan dengan keluarga Our Times sangat menghiburkan Hud, and me of course. Kyle, pemilik kafe yang penuh dengan harmless pranks, Mizan yang banyak celoteh, Inara yang penuh dengan nasihat dan Najwa yang macam chipsmore, kejap ada kejap takde hehe. Setiap watak membawa peranan masing-masing dan semuanya membuatkan karya ni lebih menarik dan susah untuk aku berhenti membaca.
Aku sangkakan kecederaan Hud kerana kemalangannya semasa bertanding tapi rupanya lebih dari itu. Invisible illness. Kerana invisible illness yang tak pernah dia tahu menghalang dia meneruskan kerjaya sebagai seorang snowboarder. Melalui keluarga Our Times, Hud perlahan-lahan belajar untuk menerima hakikat diri. Dia mulai sedar yang setiap seorang dari mereka yang tersenyum dan ketawa dan sentiasa ceria, punya cerita sendiri, punya kisah duka sendiri. Dan dengan sokongan mereka, Hud kembali mencari dirinya.
Tapi bukan semudah itu untuk Hud. Oh how much I hope it will be easy. Serious, karya penulis yang ini sangat-sangat banyak bermain dengan emosi ya. From hopeful to sadness to happiness to being sad again (not in this order) arghh, kenapa takde yang warn aku that it will be rollercoaster ride reading this? Sesungguhnya, perjalanan untuk moving on tu bukan mudah apatah lagi bila berdepan dengan kehilangan yang tiba-tiba. Tapi, aku bangga dengan Hud kerana bangkit dan menjadi lebih baik.
Overall, aku lebih suka dan terkesan dengan karya kedua penulis berbanding karya pertamanya. It was a very great read for me. Dan sepanjang membaca, aku sangatlah teringin matcha latte. Semua salah Inara yang suka sangat minum matcha latte. All in all, it was a great story and have a big impact and lessons. Cumanya kalaulah ending Inara dan Hud tu ada lebiiiih sikit mungkin lagi best. Haha, aku agak tak puas dengan interaksi mereka selepas semuanya.
p/s: agak-agak ada Kyle ada cerita sendiri tak? Haha, watak dia sangatlah hero material (taknaklah mention dia banyak dalam kisah Hud, kang tersalah hero pulak hehe)
-thes
0 Comments