Kaf by Elvroseth

 Assalamualaikum, good day dearest!





Tajuk: Kaf 

Penulis: Elvroseth

Mukasurat: 650

Genre: Medical Romance, Misteri

Penerbit: Evanotes Publication

Terbitan: 2023

Related title(s): Hijaiyah Musim 2 (coming soon)...

ISBN: 9786299796602

Blurb:

'When a devil falls in love, it's the most hauntingly beautiful thing ever. And you sould be terrified for he will go to the depth of hell for her.'


Itu Kaf, si doktor yang manis.

Itu juga Izrail, Putera Maut yang aneh.

Ini kisah yang manis... dan aneh.


PBAKL haritu, novel ni antara novel yang membuat kekacauan dek kerana limited stok. Alhamdulillah, aku sempatlah grab sebuah (memang boleh beli sebuah je pun huhu). Lepas beberapa bulan, barulah aku berjaya memulakan bacaan, itupun nak menghabiskan mengambil masa dekat sebulan jugalah sebab aku dah mula kelas apa semua, memang sorry jelah nak habiskan bacaan cepat.


"Tanwin bertemu Ba', hukumnya iqlab." Masuk ke dunia Hijaiyah, rupanya Iqlab juga satu watak. Bercakap tentang penamaan watak, aku impressed dengan cara penulis menamakan mereka. Gabungan huruf jawi dengan nama surah. Menarik gila konsep dia. Empayar Hijaiyah yang menjadi latar tempat, and let me tell you, the worldbuilding is soooo well explained sampaikan aku rasa macam aku pun ada dekat Hijaiyah, especially Hijaiyah Medical School. Cumanya aku ambil masa sikit untuk betul-betul fahamkan tampuk pemerintahan dan perwarisan takhta empayar gemilang ni sebab infonya diselit-selit.


Mim Maryam. Watak utama yang hidup dengan penuh kesakitan walaupun dirinya taklah seteruk yang dia fikir. Kerana disisih keluarga, Mim think the worst of herself. Insecurities, overthinking, introverted, she seeks for her parents love, approval and acknowledgement. Hidup dibayangi ahli keluarga yang berjaya sangat menyeksanya walaupun dia taklah seteruk apa yang mereka katakan. Sehinggalah... Kaf.


Kaf Ar-Ra'd. Munculnya dalam hidup seorang Mim sangat tiba-tiba dan tanpa sebab. Honestly, he gave me a massive stalker vibe at first and not to mention, dia sangatlah pushy and freaky. To me, seorang Kaf bukanlah a walking green flag nor he is red. Macam hidup yang tak selalunya hitam putih, Kaf juga begitu. Insan yang berada dalam lingkaran kelabu yang tindakan dan kelakuannya bergantung kepada situasi. Bak kata Mim, "Kaf yang aneh, Kaf yang manis". Aku suka cara penulis gambarkan dua sisi Kaf ni. Kaf yang aneh, sangatlah menakutkan dan mengerikan. Kaf yang manis pula sangatlah menggoda seorang Mim.


However, aku tak berapa feel chemistry antara Mim dengan Kaf ni.... Terasa agak forced bagi aku and honestly, aku tak kisah sangat pun pasal kisah cinta mereka ni haha. Aku lebih tertarik dengan dual indentity setiap watak di sekeliling Mim. Geng Unmistakable Glukose Satan (UGS), setiap satu dari mereka muncul dalam hidup Mim berperingkat dan mengisi kekosongan dalam hidup seorang Mim. Ba', kawan perempuan yang tak berhenti cuba untuk rapat dengannya, Jim, jejaka perasan hensem yang sentiasa berbalah dengan Ba', Sod, si tenang dan pelindung Mim, Ghain, si chaotic yang sentiasa menyakat Mim, Alif, yang sentiasa mengantuk dan pelindung Sod dan Syin... yang terakhir muncul dalam kumpulan mereka. Setiap dari mereka, punyai satu sisi lain yang disorokkan daripada orang lain. Ada rahsia yang mereka simpan dan ada misi yang mereka perlu selesaikan.


Aku suka dengan susunan plot cerita ni dan bagaimana penulis perlahan-lahan dedahkan identiti mereka. And as usual, ada yang predictable tapi ada juga yang babak yang membuatkan aku whaaaaat seketika. Dan sehingga habis pun aku masih lagi tertanya-tanya siapa sebenarnya yang menjadi penggerak Izrail and the gang, either memang Dr. Halaqah tu ataupun ada yang lebih berkuasa? Dan apa motif dia nak menggulingkan kerajaan Hijaiyah yang sedia ada.


Walaupun banyak reviews yang aku baca dekat IG, takde satu pun yang bagi bayangan yang endingnya... dia mati. But then again, aku rasa macam ada surprise yang menunggu kita dalam musim kedua nanti. Anyway, aku agak kecewa sikit sebab leading up to ending, aku rasa sangat rushed. Tak cukup dengan aku nak habiskan bacaan dengan cepat rupanya endingnya pun rushing juga lol. 


One thing yang aku tak expect is the amount of medical things yang diexplain dalam novel ni. Boleh kata 60% melibatkan perubatan dan kehidupan di HMS. Dan tak dinafikan juga, bila ada watak yang melawak atau bersarkastik atau apa saja yang melibatkan medical term, aku tercengang sebab tak faham. Kalau rajin, aku googlelah kalau tak aku buat-buat faham. Since aku dah terinvested dengan dunia Hijaiyah ni, susahlah sikit nak back out, so I really couldn't wait for the next book. Hopefully banyaklah yang akan terjawab.


-thes

Post a Comment

0 Comments