Seronok ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023

 Assalamualaikum, good day dearest! Rasanya dah lama aku tak menulis pengalaman dan cerita. Selalunya review, review dan review je. Itupun dah limited pada review buku. K-drama, movie semua aku tengok sorang, seronok sorang haha. Nak kata takde masa, ya tapi taklah sentiasa, tapi macam ini jugalah.



Kalini, aku nak share pengalaman aku pergi ke PBAS/SIBF 2023 yang berlangsung dari 1 Disember sampailah 10 Disember. Aku pergi sehari je, pada hari pertama. Dalam pada pergi tu, aku buat jugalah khidmat personal shopper walaupun tak berapa masyuk (agak down juga sebenarnya huhu). Memandangkan ni first time (last year ingat nak pergi tapi my penakut side overwhelmed my adventurous side) nak jejak MBSA Shah Alam tu, aku pun geraklah awal daripada tempat aku. Malam sebelum tu memang dah dok hafal segala route and transit point. Kot la tersalah enn.


Seawal 7 pagi, aku dah keluar. Nak pergi kelas 8.30 pagi pun, 8.25 baru keluar tau. Haaa nampak tak semangatnya tuu. Lagipun, aku kejar bas untuk ke LRT. Boleh je guna Grab ke apa tapi we student, we broke, so we save. Sampai LRT, aku amik one day pass yang berharga RM5, ngamlah tu walaupun guna untuk LRT dan bas rapid tu je. Then transit dekat KL Sentral ke KTM Komuter line Port Klang. Sebab lain aku keluar awal, aku takut kena sidai dengan KTM. Tapi alhamdulillah rezeki, dalam 5-10 aku tunggu dekat platform, KTM terus sampai. Boleh jadi sebab hari bekerja kot, so memang on time? Aku pun tak tahula. Dalam KTM, breakfast dulu dengan roti and air kotak yang aku bawak (jimat!).


Sampai stesen Batu 3, terus keluar and tunggu bas Smart Selangor. Aku memang sebolehnya nak jimatkan kos transport dan makan sebab takut over-budget. Lagipun, memang service bas ni free cuma kena alert jelah untuk tekan bell. Nasib baik, bas yang aku naik tu, drivernya okay taklah bawa laju gila sampai yang duduk pun terpaksa imbang badan dekat selekoh. Cumanyaaa, haa cumanya, aku terlepas satu stop. Kalau ikutkan aku dah tekan loceng dah dekat area pusat zakat tu. Tapi entahla pakcik tu tak perasan ke apa so terlajak la satu stop. Itu pun sebab ada makcik tu tekan bell, aku turun jelah sekali haha, kalau ikut rasa hati nak aja aku tunggu satu round lagi tapi kang aku yang awkward dengan pakcik tu. Maka, menapaklah sejauh 300-400 meter dengan luggagenya (ya aku bawak luggage 20' untuk memudahkan urusan transit).


Serius, nampak je bangunan MBSA tu aku terus excited nak mampus. First time ennn. Lepas tu mulalah sesi terjah satu-satu booth yang ada, sambil usya promotion and update dekat channel PS tele aku. Pastu slow-slow la mengurangkan wishlist aku dan membeli buku customer semua. Banyak kali jugaklah aku sesat dalam bangunan tu hahaha. Nak cari lift/tangga untuk ke tingkat 2 pun lama jugak aku pusing-pusing sebab dekat satu tempat je. Nasib baik jumpa sebab tingkat 2 ada Manes punya booth, kalau tak kesianlah sapa yang guna service ps aku. Aku sampai lebih kurang pukul 10 pagi, berjalan mengusya dekat main hall tu adalah dalam 2 jam jugak. Pastu penat duk la dekat sofa yang ada dekat sebelah luar main hall tu sambil scroll phone mencari area food truck dan khemah putih yang menempatkan few more booths yang aku nak singgah.


Sambil tu tengok story bookstagrammers yang lain juga, then aku ternampak story hanis, one of bookstagrammers yang aku follow and quite often juga berbalas DM. Oh rupanya dia dah dekat SIBF juga. Aku pun balas la story dia. Sambil tu jalan mencari khemah putih sebab dah lapar teruk. Dan finally, jumpa! Sebelum pi food truck, usya dulu buku-buku Iman Pub. Tengah usya tu abang aku pulak call, katanya nak jumpa sekejap dah alang-alang aku dekat area rumah dia. So, aku pun ons jelah, mana tau dapat pau seratus dua ke hahahha. Plan nak balik pukul 2 tu aku tunda la sampai dia habis kerja dalam pukul 4 centu.


Dekat foodtruck, aku beli shawarma je. Hat lain-lain tu tak nampak menyelerakan pun dimata aku. Beli air kopi dekat air balang pun manis leting! Tapi dah aku duduk depan vendor tu, aku cover-cover la sikit. Dan masa ni jugalah aku dapat jumpa dengan si Hanis bookstagrammers tu. First time ya aku buat kawan online sampai ke realiti. Quite an experience jugala. Banyak juga kitorang borak, macam-macam benda macam dah kenal lama. Nasib baik jugalah dia jenis yang senang nak bercerita sebab aku ni jenis pendiam sikit and susah nak connect dengan stranger. Hatta masa  jumpa Nur Izzah Hani PBAKL dulu nak minta sign pun aku kunci mulut. Sumpah tak reti nak borak. Awkward jugala time tu huhu. Kitorang duduk dekat foodtruck tu sampai pukul 2.30 macam tu kot. Pastu aku ke Iman and Hanis katanya nak pi jumpa penulis dekat Manes. Settle beli belah dekat Iman, aku singgah Al-Qawwiy pulak, last booth (dalam plan) untuk buku kak Zura Rahman yang dalam wishlist. Walaupun aku agak kecewa takde diskaun tapi okaylah sebab memang dah plan nak beli ennn. Eh pastu tersinggah Prolog pulak dekat sebelah tu hahaha.


Dalam pukul 3 lebih aku cari surau pulak. Nasib la memang ada cuma nak wuduk kena pi toilet pulak. Tapi selesa la suraunya. Sempatlah lelap mata sekejap. Tengah rehat-rehat tu tetiba abang aku cancel pulak nak jumpa sebab dia ada kerja urgent ke apatah waduhh. Aku baru plan nak pau dia hahaha. Lepas bertapa sekejap dekat surau tu aku terus siap, turun cari makan malam then terus keluar daripada MBSA. Kebetulan jumpa balik dengan Hanis, teruslah book Grab ke KTM, baliklah dengan dia. Kitorang pisah dekat KL Sentral since dia akan amik MRT dan aku ke LRT. Time sampai KL Sentral dalam pukul 6 lebih, memang tengah rush hour orang balik kerja. Aku pi bertapa jap dekat surau lepas Asar terus tunggu Maghrib. Time ni macam terfikir-fikir nak tunggu Isya' tapi aku dah barai teruk maka aku pun cancel. Lepas solat terus pi Chatime beli matcha latte pastu balik terus.


Penat tu of course, tapi worth it. Since yang order dengan aku semua dari u aku je takdelah proses membungkus dan mengepos, so kurang sikitlah beban. Cumanya, being suraya of course suraya lupa nak ambil gambar delivery orders. Haih. Sokaylah. Anyway nilah buku-buku yang aku beli sepanjang sehari dekat MBSA tu. Alhamdulillah 15 buku ni masih bawah budget yang aku letak.





-thes

Post a Comment

1 Comments

  1. Seronoknya kalau dapat borong buku kat sana. Cuya tak pernah gi pesta buku besar gini

    ReplyDelete