Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Khilafku Memeluk Jiwa
Penulis: Jules
Mukasurat: 580
Genre: Romantik, Aksi, Persahabatan
Penerbit: Fajar Pakeer
Terbitan: 2022
ISBN: 9789838221733
Related title(s): Akad
Blurb:
Alkisah Qaseh, gadis happy-go-lucky, cemerkap dan seringkali dihakimi sebagai anak bongsu, walau pada hakiki dia tidak sama sekali berkiblatkan kemewahan.
Dia pendengar setia sekali gus penyelesai masalah. Hobinya meringankan beban mangsa yang ditindas pasangan mereka. Acapkali badai menimpa, dialah srikandi abad ke-21, alfu ke-3.
Peribahasa berpantang maut sebelum ajal dijulang tinggi saat kecelakaan melingkari situasi. Akibatnya, Qaseh dimurkai ayahanda ekoran mempertaruhkan nyawanya.
"Saya sudah punyai segala-galanya. Giliran saya pula untuk memberinya semula pada yang memerlukan. Saya seorang yang simple. Ringkas. Cukup sekadar bersederhana." - Qaseh
Ceritera cinta Qaseh tidak kesampaian tatkala jejaka yang diminati, crushnya, telah menghilangkan diri. Masa yang berlalu, mengeratkan hubungan dengan sahabat baik abangnya, Ian.
"Bagaimana nak teruskan kehidupan dengan jiwa yang dah mati?" - Qaseh
Tanpa diduga, sekonyong-konyong makhluk berbula muncul dengan niat sukar ditafsir.
"Gelilah jambang awak! Berbulu panjnag kusut-masai serabai sana-sini. Makhluk berbulu! Sebijik seekor bear!" - Qaseh
"Sebijik atau seekor?" - Dali
Si Crush mengenakan prank berganda-ganda, manakala Si Gentleman setia menghiburkannya saat pilu merundung jiwa.
"I will do anything to make you happy. Bahagia. Ceria sentiasa. Tiada lagi duka. I even take a bullet for you, Qaseh." - Ian
Apakah muslihat dalam tindak-tanduk Dali? Wujudkah rahsia di sebalik sifat budiman Ian?
Mampukah Qaseh menyulam cinta pada yang hak?
Realitinya, tidak semua yang pancaindera saksikan adalah wujud. Tidak semua pengetahuan yang mafhum adalah benar.
Selepas Akad, aku ingat aku akan dapat cerita kakak, Qaira dengan Ash, tapi rupanya kisah adik, Qaseh yang keluar dulu. Qaseh Nur Keiko, si adik bongsu penegak keadilan dan pembela nasib wanita yang menjadi mangsa lelaki hidung belang. Tak cukup setakat itu, Qaseh juga seorang yang tinggi ehsan dan sentiasa ada untuk memberikan bantuan. Kepada yang menerima bantuan daripada Qaseh, beruntunglah mereka tetapi untuk keluarga Qaseh, keberanian dan kebajikan yang Qaseh tunjukkan merisaukan mereka.
Tiga tahun setelah pertemuan dengan insan bernama Darren Li aka Dali, Qaseh masih menanti walau tanpa khabar diterima. Kerinduan kepada si crush disimpan rapi tanpa sesiapa tahu. Dek geramkan si dia yang menghilang dan menyepi, habis segala novel cinta milik kakak kembarnya, Qaira dicampak. ke luar rumah sampai terkena the bash brother. Tidur yang kerana keletihan terganggu dek kerana si makhluk berbulu. Terus melekat gelaran baru buat si crush, bear busuk!
Darren Li, Dali. Sejak hadir dalam Akad, wataknya misteri dan tetaplah misteri di permulaan cerita. Tiga tahun dia melihat dari jauh. Setelah kerjanya selesai, dia muncul untuk mendapatkan gadis daripada Mat Skema, Ian yang gentleman. Macam-macam prank yang dia buat untuk dapatkan attention Qaseh. Sungguhla nakal hero nan satu ni. But he had his moments. Oh boy, he did. Babak dia racing atas highway untuk jauh dari ancaman lepastu masuk pasaraya, serious it engraved on my mind constantly. That proposal! Aku pun swoon haih.
Ian, seorang gentleman merangkap best friend Marc dan Ash. Pemilik hotel terkemuka dan dia juga sentiasa ada untuk Qaseh. Saingan yang membuatkan Dali tergugat apatah lagi tiga tahun ketiadaannya mendekatkan Qaseh dan Ian. He is a gentleman and a prince charming. Walaupun sering dilayan kasar oleh Dali, dia tetap tenang. Well he's a man, of course ada masa dia provoke Dali but sangat jarang. And tbh, Ian ni lebih green berbanding Dali.
Kisah Qaseh-Dali-Ian ni pada separuh pertama sangat penuh dengan babak yang mencuit hati, yang mendebarkan, yang sweet, yang informatif tapi masuk saja sebahagian kedua, brace yourself for surprises because I did not. Dali yang misteri, one by one layernya terserlah menunjukkan dia yang sebenar. Walaupun aku bengan juga dengan cara dia 'lindung' Qaseh, but he make up for it. Dan Ian, oh Ian. I cried for you. I bleed when you did. Sungguh tak tersangka walaupun I did see it coming.
Watak sampingan pun sangat memainkan peranan dalam menceriakan lagi kisah Qaseh ni. Especially Amar, bodyguard Qaseh yang selalu dalam terpaksa mengikut perintah si Princess. Mulut dia membebel pun boleh tahan juga tapi itulah, Qaseh pulak memang keras kepala jadi dia bebel, nasihat ke apa memang tak jalanlah. Lagi seorang, Hajah Rahmah, mak Dali. Watak dia rasanya paling kelakar antara semua, kerlasss mokcik yang sorang ni. Kalah kita youuu.
Penceritaan santai sebagaimana Akad dan paling penting ceritanya sangat best! Babak aksi yang aku tak sangka saaangat nerve-wrecking. Nak lagi dengan satu lagi rahsia tentang Railynn terbuka, memang wow gila! Cerita ni memang cukup segala rasa; sedih, marah, happy, sweet eh semuanyalah! A bit warning, mulut Dali ni agak loose so expect censored explicit language. All and all, cerita ni best!
Thanks kak Jules sebab bagi buku ni dekat su♥♥ Tak sabar nak tunggu kisah Ash-Qaira pulak! (dan Ian kalau ada hehehe)
-thes
0 Comments