Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Akad
Penulis: Jules
Mukasurat: 677
Genre: Romantik, Fantasi, Keluarga
Penerbit: Fajar Pakeer
Terbitan: 2020
ISBN: 9789838221023
Blurb:
Evian vs grape sparkling juice menemukan kembali Railynn dan Marc di My Angel Cafe, sejak pertemuan pertama mereka 14 tahun lalu. Kini, gadis yang digelarnya My Angel benar-benar ada di hadapannya.
Marc tekad menawan Railynn. Bermacam cara dilakukan bagi mengukuhkan janji, sumpah dan akad yang dimeterai termasuklah mengekori Railynn hingga Marc mendapat jolokan male-escort.
"I sudah bersumpah... berjanji... berakad..." - MARC
"Awak faham maksud perkataan-perkataan tu atau awak suka-suka menyebutnya? Awak yang keluar daripada hubungan kita!" - RAILYNN
Railynn, selepas kejadian hitam yang memberi parut mendalam terhadap dirinya, dia nekad untuk bersendirian. Apalagi selalu ada bayangan yang sering menghantui dirinya seolah-olah menjemput deja vu yang pernah dirasai pada masa lalu.
Kesumat seseorang yang mencuba menjahanamkan hidupnya juga mula memutarbalikkan perasaannya kepada Marc.
"Arghhh! Aku belum puas dengan kau Railynn! Kau akan kuratah hidup-hidup! Kau hak aku!!!" - FATAH
Railynn cuba menyelamatkan dirinya melalui petunjuk, namun bayangan kelam masih mengekori rapat seolah-olah enggan melepaskan apa yang telah ditakdirkan untuknya.
Mungkinkah sesuatu terjadi pada Railynn di masa lampaunya sehingga dia tau apa yang terjadi pada masa kini?
Apakah ini sumpahan pada dirinya sehingga sukar membezakan antara fantasi dan realiti? Atau dia sekadar berhalusinasi bahawa suratan tidak akan mampu mengubah apa-apa...
Akad yang tercipta dengan segala bentuk keindahan, pudar kerana ada dusta yang tersembunyi hingga merenggut nurani dan menghilang di sebalik ilusi.
Ever confused when reading? Aku, selalu sangat. Novel ni, pun berjaya membuatkan otak aku rasa nak meletop untuk mencerna setiap watak dan setiap babak. Mulanya, aku rasa baaaaaanyak sangat watak sampaikan aku tak tahu who is who. Dan ya, memang banyak watak tapi dengan gelaran, nicknames yang watak-watak ni bagi to one another, pun menyebabkan aku confuse. Pening juga aku nak fikir siapa bash brothers? The Twins? Smoochie Poo? Kakak? Sweetie Pie? My Angel? Abe? Eh, kalau nak aku list out, aku pun tak ingat haha.
But never give up my friend. Sebab Akad, adalah satu cerita yang akan buat kau rasa macam kau ada satu keluarga baru. One that welcomed you without much questions and accept you as you are. Serious, aku obses dengan cerita ni, jalan ceritanya, wataknya, semuanya memang tiptop! Railynn, watak utama yang tak terhenti membuatkan aku tertanya-tanya tentang dia dan rahsianya. Tentang apa yang jadi setahun lalu, tentang apa yang membuatkan dia... unik, lain daripada yang lain.
Marc. Aku paling tertanya-tanya nama dia ni. Mamat Tokyo-London celup ...Scottish was it? Haha, maaf aku lupa dia celup apa anyway, aku ingatkan dia ni mat saleh. Manalah tau, boleh dapat hero London mari kee. Tapi dia memang London pun, dengan nama, dengan gaya, dengan percakapan, memang London habis. His persistency untuk goda balik angel dia, gosh, I hate him. Lepastu, I love him! Rupanya bersebab kenapa dia lepas laku bila dengan Lynn.
Terawang-awangan sungguh ya dengan cerita cinta honey-sayang ni. Tak tahulah kenapa kena terlebih madu sangat ni, penat tau nak tersengih je. Dengan Marc yang sentiasa menarik dan Lynn yang sentiasa menolak, dan selepas tu sama-sama melekat. Sangat. Sweet. Cukuplah. Tapi takkkk, penuh juga dengan babak-babak yang mencuit hati, especially bila Ash dan Marc bergabung. Lagi havoc kalau The Twins ada! Tak tertahan langsung dengan perangai masing-masing. Side characters memang sangat menyinar lagi memeriahkan tapi tak keterlaluan sehingga menyerabutkan.
Dari segi penulisan, aku kena admit yang aku memang ambil masa jugak walaupun banyak juga dah jumpa penulis yang suka tulis macam ni. Gaya yang babak bertukar ke masa lalu dengan tiba-tiba. Haha, lost sekejap, baca balik oh baru dapat. Ha, macam itulah. Genre romantik tiba-tiba bertukar sedih dan fantasi. Erk, aku pun kaku kepelikan. Nasib baiklah ending sangat memuaskan hati.
Tapi, macam yang aku cakap, aku obses dengan cerita ni. Best. Gila. Aku harap sangat akan ada sambungan kedua yang menceritakan Ash dengan Kakak pulak. Dengan perangai Ash yang sentiasa gila tu, teringin jugak nak tengok dia mengayat adik Marc ni. Dapat pulak bapak Marc ni tegas orangnya haaa, mesti seronok! Anyway, korang semua kena baca novel ni. Best teruk!
-thes
0 Comments