Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Akad
Penulis: Rose Harissa
Mukasurat: 356
Genre: Romantik, Keluarga, Drama, Bacaan Dewasa
Penerbit: Idea Kreatif
Terbitan: 2023
ISBN: 9789672803300
Blurb:
Indra Nazarie, pernah terluka dan dikhianati. Kehancuran rumah tangganya buat dia tak terfikir untuk berkahwin lagi. Hidupnya hanya fokus pada kerja dan anak-anak sahaja
Ciara Erina, lahir dalam dulang emas. Satu-satunya anak tungal Tan Sri Chairil. Meniti usia 19 tahun, dia jatuh cinta pandang pertama pada Indra.
"Oh, my goodness! Dia ahjussi berupa bentuk oppa!" - CIARA
Jarak usia 21 tahun tak jadi isu buat Ciara. Yang penting, dia mahukan Indra. Selama ini dia dikejar lelaki, sekarang dia pula mengejar Indra.
"Jangan fikir yang aneh-anah, Ciara Elina. Kamu bukan level uncle." - INDRA
Kerana ditolak mentah-mentah, Ciara paksa Tan Sri Chairil pinang Indra untuknya. Tak kisah walau guna cara kotor sekali pun. Yang penting, dia dapat Indra. Dan ugutan Tan Sri buat Indra terpaksa jua melafazkan akad tanpa rasa cinta.
Hidup sebumbung dengan Ciara buat iman Indra selalu goyah. Nakalnya Ciara menggoda memang selalu buat dia menggelabah.
"Rilekslah, Ci tak makan abang. Ci nak gigit jer!" - CIARA
"Astaga, Ciara... Jangan goda abang macam ni. Kat sini tak sesuai. Gempar satu rumah nanti." - INDRA
Mengenali Ciara Elina dari sisi lain, Indra akui itu berbeza dari tanggapannya. Ciara berjaya membuka kembali pintu hatinya yang sudah ditutup lama dulu.
Tapi, mampukah Ciara membuatkan Indra lupa trauma dengan bekas isterinya yang dulu?
Akad merupakan sebuah naskhah yang ringan dari segi jalan cerita tapi berat dari segi isu yang diketengahkan. As what cover depan dah tertulis, bacaan dewasa. Dewasanya dari segi nature cerita ni, isu yang dibawakan dan keseluruhan bacaanlah senang cerita. Pendapat aku sendiri, pembaca perlu berfikiran terbuka untuk terima isu yang dibawakan sebab isu ni tak ramai yang mampu bawa dan ceritakan tanpa disalah ertikan dan terpesong. Lagipun, ini juga satu bentuk ilmu yang tabu dibicarakan secara terbuka. Kudos, kak Rose.
Ciara Elina, aku tak tahu mana nak mula dengan heroin yang satu ni. Lain macam sungguh perangai dia haha. Manja, sudah tentu! Dan dengan dia punya boyfriend keliling pinggang, aduhai! Kebetulan yang mengenalkan dia dengan ahjussi berupa oppa membuatkan dia ayal. Senangnya anak Tan Sri yang satu jatuh cinta! Mati akal aku dengan keletah dia untuk menggoda Indra supaya melihat dia sebagai seorang perempuan.
Indra Nazarie. Si ahjussi berupa oppa yang menjadi igauan Ciara ni merupakan duda anak dua. Selepas kegagalan rumah tangga pertama, Indra terus campakkan perkahwinan jauh daripada hidupnya. Rutin sehariannya hanya untuk kerja dan anak. Kehadiran Ciara, sangat mengganggu gugat pendirian Indra, apatah lagi apabila dia terima desakan daripada bapa gadis itu.
Pernikahan yang tidak dirancang Indra dan dinanti Ciara, penuh dengan keletah Ciara yang tak sudah-sudah menggoda Indra. Terhibur gila bila si Indra ni selalu mati akal dengan kerenah isteri mudanya. Muda, si Ciara ni, sangat matang bila menyelesaikan hal rumah tangga. Dia tak cepat melatah bila urusan rumah tangganya diusik. Selidik dan berbincang adalah cara dia. Cara dia melayan anak-anak tirinya pun sangatlah comel, especially dengan Hana! Indra juga menerima perkahwinan kedua yang bukan pintanya itu. Takde drama, 'aku akan buat kau menyesal kahwin dengan aku'. Dia matang dalam menyelesaikan masalah, well, he is older and wiser, and pengalaman pertama berrumah tangga banyak mengajar dia.
Konflik berat antara dua watak utama ni takde sangat walaupun bekas isteri Indra cuba porak perandakan marriage dorang. Aku pun tak faham dengan si Mila ni. Perangai hauk betul ish. Anyway, Akad ni merupakan kisah singkat Indra-Ciara yang penuh dengan ilmu rumah tangga, hubungan suami isteri terutamanya. Ending yang terlebih comel dengan baby Najmi tu aduhaiii, cute sungguh!
-thes
0 Comments