Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Akademia Bahagian 2
Penulis: Hanimism
Mukasurat: 100
Genre: Komik, Misteri, Penyiasatan
Penerbit: Blink Books
Terbitan: 2023
ISBN: 9789672865421
Related title(s): Akademia Bahagian 1
Blurb:
Reputasi Dani kian tercemar kerana kes pembunuhan kucing yang masih belum selesai. Persoalan kian menambah apabila potret di perpustakaan telah diconteng oleh seseorang, sepertimana yang terjadi kepada karya cerpen miliknya.
Demi merungkai misteri kes sabotaj Dani dan sekali gus membersihkan nama pelajar tersebut, Adzrin, adik angkat Danni, dan Adilia, gadis yang ingin menebus kesalahannya, meneruskan kerjasama mereka.
Semakin jauh penyiasatan, semakin jauh kebenaran yang dijumpai di dalam dunia akademia mereka.
Sambungan ni ceritanya lebih fokus kepada siapa dalang yang nak menjatuhkan Dani. Mulanya, memang susah untuk teka siapa sebab semua macam ada beef dengan Dani. Kalau tak kerana Adilia mengumpul dan sebut satu-satu kejadian yang jadi dengan apa yang pernah berlaku masa abang Dani sekolah dekat akademi tu, aku pun takkan dapat teka pelaku yang sebenar. And honestly, aku suka dengan cara penulis susun setiap babak leading up to the revelation of the culprit. Build the tension to max sampailah puff, dia! Gituu.
Selain tu, ada juga kisah disebalik seorang Adzrin. Macam mana dia boleh terjebak masuk dalam keluarga As-Shariff dan menjadi adik angkat kepada Dani (taktahu kenapa aku selalu rasa Adzrin ni abang bukan adik). And oh mann, sedih pulak kisahnya tu.
Babak yang mencuit hati pun ada juga. Ragam si John dengan rumetnya, Dean. Duk gaduh lepastu sebut-sebut nama sebenar masing-masing yang klasik. Sumpah aku terhibur. Dan kalau tak kerana dorang gaduh ni, aku memang akan terus assume nama Dean memang Dean dan John tu mungkin Johan (jangan tanya kenapa aku pun tak tahu). Lastly, Dani saaaangatlah caring ya tuan-tuan, puan-puan. Baik pun iya, hensem pun hensem haih.
Anyway, kalau nak buat bacaan santai, komik Akademia ni memang sesuai sebab jalan cerita jelas, lukisannya cantik, ada plot menarik, dan paling penting (at least untuk aku) tak banyak siri. Mudah dan cepat habis. Tak payah tunggu-tunggu untuk kisah seterusnya.
-thes
0 Comments