Akademia Bahagian 1 by Hanimism

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Akademia

Penulis: Hanimism

Mukasurat: 100

Genre: Komik, Misteri, Akademik

Penerbit: Blink Books

Terbitan: 2023

ISBN: 9789672865414

Related title(s): Akademia Bahagian 2

Blurb:

Dani As-Shariff, ahli keluarga pemilik Akademik As-Shariff, dikelilingi oleh individu-individu yang menyimpan dendam terhadapnya. Lebih-lebih lagi selepas aksinya melaporkan pembunuh kucing bersiri di akademi.


Kes sabotaj terhadap karya cerpen Dani menggesa Adzrin, adik angkat Dani yang mencari kebenaran tentang keluarganya, dan Adilia, gadis berprejudis yang dihuni rasa bersalah terhadap Dani, dalam mencari dalang kepada sabotaj itu.


Semakin jauh penyiasatan, semakin jauh kebenaran yang dijumpai di dalam dunia akademia mereka.


Aku mula ikut penulis komik ni sejak terjumpa fanart Ejen Iman dengan Ejen Chris (dari animasi Ejen Ali) dekat IG dan bila penulis mula share pasal komik ni, aku memang tak sabar nak dapatkan. Lagi-lagi dengan watak Adzrin dengan Adilia ni cute gila!


Bahagian satu bermula dengan kejadian Dani As-Sharif melaporkan pelaku yang bertindak membunuh kucing-kucing di akademi. Dari situ, macam-macam kejadian terjadi di akademi melibatkan Dani. Sebagai ahli keluarga pemilik akademi, Dani sering dipandang serong. Tak kurang juga yang menganggap dia menyalahgunakan kedudukannya demi kepentingan diri.


Dalam buku bahagian satu ni lebih fokus kepada 'kerjasama' antara Adilia yang mulanya prejudis kepada Dani dengan Adzrin, adik angkat Dani untuk merungkai misteri disebalik orang yang membuat onar kepada Dani. Adzrin ni appear unbothered tau tapi sebenarnya dia caring juga hahaha. Adilia pula memang bersungguh nak cari tahu sebab rasa bersalah dia pada Dani.


Jalan cerita ringkas dan mudah untuk aku ikut. Watak-watak lain dalam Akademia ni pun mudah untuk dibezakan. Dan of course semuanya comel-comel belaka! Watak Adzrin nampak paling cute, Dani memang hensem la cite diaaaa, Adilia pun alahai omeinyaaa. Cerita enjoyable and memang aku baca kurang sejam nak habiskan walaupun dalam bahagian 1 ni agak susah nak teka siapa pelaku yang buat jahat dekat Dani.


-thes

Post a Comment

1 Comments