Tuesday 5 December 2023

# bookreview # malay

Hikayat Alam Melayu by Awan Wafdan

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Hikayat Alam Melayu 

Penulis: Awan Wafdan

Mukasurat: 220

Genre: Non-fiction, Folklore, Sejarah

Penerbit: Bibliolit

Terbitan: 2023

ISBN: 9789670040431

Blurb:

"DAULAT TANAH INI DATANG DARIPADA ANAK RAJA YANG LAHIR DI BAWAH LAUT."


Suatu ketika dahulu...

Ada raksasa yang melata Alam Melayu. Ada janji yang menjadi kemegahan tanah. Ada sumpah setia yang membawa petaka.

Di Alam Melayu ini, ada kerajaan yang hancur yang diserang geroda. Ada kisah cinta antara dua darjat yang membawa bala.

Alam Melayu ini kaya dengan kisah lagenda dan lipur lara. Rakaman kepintaran dan budaya masyarakat lampau, baik golongan diraja, rakyat jelata, mahupun hamba sahaya. Masing-masing ada kisah yang dicatatkan. Disuratkan dalam manuskrip diraja dari zaman dahulu kala Dikalangkan oleh Penglipur Lara, lalu diturunkan kepada pewarisnya. Cerita warisan itu masih  bertahan sehingga milenial ini.

Hikayat Alam Melayu: Kronika dan Lipur Lara Nusantara menghimpunkan cerita-cerita agung untuk menyampaikan pesan-pesan lama kepada generasi baru. Diceritakan semula dengan memprosakan puisi - untuk mengekalkan nuansa zamannya.


Buku ni merupakan kompilasi 20 buah kisah diraja Nusantara dan juga cerita rakyat. Jujurnya, tak banyak kisah raja yang aku tahu jadi buku ni sort of a quick history lesson untuk aku. Untuk cerita rakyat pula, ada juga yang aku tak pernah dengar dan ada cerita yang aku memang dah lupa macam mana kisahnya. Jadi, bila dikumpulkan dalam satu naskhah macam ni, senang dan seronok untuk dibaca.


Kisah dalam kronika diraja nampak seperti disusun mengikut zaman; daripada kisah Raja Suran Turun Ke Laut sehinggalah bagaimana anakandanya bertiga membesar dan kembali ke daratan dan akhirnya menjadi pemerintah di tanah Nusantara. Ada cerita yang membuatkan aku rasa bangga, ada cerita yang agak menyeramkan, dan semestinya ada cerita yang menyakitkan. Semua ni cerita yang memberikan teladan kepada pembaca. Tajuk yang aku suka antaranya adalah Puteri Alitaptap, Bidasari dan Ikan Emas, Ken Tambuhan dan Ulek Mayang.


Seperti yang penulis yang dikatakan penulis di bahagian pendahuluan, better ada kamus dekat sebelah semasa baca naskhah ni. Memang banyak perkataan-perkataan baru (atau lebih tepat lagi lama) yang aku dapat. Walaupun agak mengganggu fokus aku untuk membaca sebab kena berhenti untuk cari maksud perkataan-perkataan 'baru' tu, tapi penggunaannya memberi feel yang lebih lagi.


Overall, buku ni best untuk dibaca dan aku sangat sarankan semua orang untuk baca!


-thes

No comments:

Post a Comment