Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Tuan Editor Garang
Penulis: Rinsya Chasiani
Mukasurat: 444
Genre: Romantik, Drama
Penerbit: RC Publication
Terbitan: 2021
ISBN: 9789672813040
Blurb:
Jawdan Raffiq ketua editor di SightWorld Group. Sikapnya yang perfectionist dalam bekerja selalu menimbulkan tekanan kepada staf bawahan. Kerana dia seorang yang cerewet, staf lain menggelarkan lelaki itu sebagai Tuan Editor Garang.
"Muda lagi tapi tu lah... EQ dia rendah. Tak ada perasaan weh. Dia sembur orang ikut kepala dia aje. Kalau kau bertahan bekerja dengan dia, aku salute gila!" - Naemah
Walaupun Naemah memberi amaran berkali-kali, Misya Khalida tetap kekal dengan pendiriannya. Dia memohon kerja di SightWorld Group untuk jawatan yang paling digeruni, personal assistant untuk 'Tuan Jo'.
"Tak ada orang yang berani jadi PA dia. Dulu ada yang sampai letak jawatan sebab tak tahan. Tuan Jo tu okey. Cuma Misya kena alert dan berhati-hati jangan buat silap berkali-kali...." - Kak Nour
"Buat kerja you elok-elok. I tak nak dengar alasan dari you. You buat silap, you betulkan silap you. Jangan sampai I yang kena betulkan kesalahan you!" - Tuan Jo
Bagaimana Misya mahu bertahan dengan lelaku itu? Harapkan saja muka kacak, tapi lelaki seperti Jawdan, mana pernah memikirkan orang lain.
MUNGKIN TERKANDUNG SPOILER
Kali pertama aku mencuba membaca karya dari RC publication dan juga penulis ni. Jujurnya, aku expect cerita TEG ni lebih kepada lovey and sweet, yang ringan tanpa menyentuh isu yang berat. Tapi, aku salah, oh how wrong of me.
Novel ni membawa kisah sebuah penyesalan akan kesilapan lalu dan juga kemaafan. Setiap pilihan yang kita ambil, setiap tindakan yang kita lakukan, semuanya akan ada akibat dan penyudahannya. Kepada kita sendiri dan juga orang di sekeliling kita. Disebabkan penyesalan itu, Misya nekad bekerja sebagai PA kepada ketua editor di SightWorld. Ketua editor yang banyak kali rakan merangkap sepupunya katakan garang dan beku.
Jawdan Raffiq. Walaupun penulis ada jelaskan sebutan namanya sebagai Jouden bukannya Jaudan, dalam minda aku tetaplah melekat Jaudan. Anyway, Jawdan ni orangnya serious semasa bekerja (tapi setiap masa pun dia serius hm), merupakan seorang editor dan juga seorang kartunis dan tak mesra alam. First meet dengan si Misya, terketar-ketar member sebab takut. Disebalik seriusnya seorang Jawdan, ada tanggungjawab berat yang dia pikul. Menjaga adiknya Jeeyan yang self-harm bukanlah mudah. Apatah lagi bila adiknya berada di dunia sendiri.
Bohonglah kalau aku kata aku tak terkesan dengan kisah silam Misya yang langsung tak indah. Disebabkan perbuatan buli dia, ada insan yang menanggung sakit bertahun-tahun. Isu buli yang penulis ketengahkan agak sukar untuk aku terima sebab Misya adalah pembuli dan bukannya mangsa buli. Tapi disebabkan kesungguhan Misya untuk memohon maaf dan penyesalan dia pun tampak ikhlas, aku rasa dia patut diberi peluang kedua. Kalau Naemah yang jadi heroin aku rasa aku akan DNF buku ni, takpun habiskan baca lepastu frust sorang-sorang.
Jawdan dan Misya, aku suka dengan interaksi mereka yang perlahan-lahan mula rapat, percayakan sesama sendiri dan akhirnya nikah. Reaksi Jawdan lepas tahu masa lalu Misya tu sangatlah humane. At least, lepastu dia cuba untuk betulkan keadaan semula. Yang menggeramkan aku adalah watak Naemah ni yang memandai buat keputusan untuk Misya. Walhal, dia tahu Misya rindukan Jawdan. Sumpah aku tak boleh nak terima watak Naemah ni, dari awal lagi.
Walaupun akhirnya Jawdan dengan Misya ni happy ending (of course!), aku tetap terkilan Jeeyan tak dapat justice dia. Sangatlah geram bila penulis 'lepaskan' Aidil atas alasan mental illness. Walaupun dah diterangkan dan secara logik akal, memang susah untuk menang. Mungkin terlalu realistik cerita ni membuatkan aku marah haha. Kalau dalam dunia fiksyen, sepatutnya Aidil takkan ada mental illness yang akan meng'excuse'kan dia daripada dihukum undang-undang. Dia sepatutnya dihukum atas segala salah dia. Dan sepatutnya Jeeyan sembuh daripada penyakitnya. Tapi, tak semua yang kita nak, kita akan dapat, kan? Overall, a good story to read.
-thes
0 Comments