Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Rumah Tak Mesti Bahagia
Penulis: Arif Zulkifli
Mukasurat: 317
Genre: Kekeluargaan, Slice of life
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: 2023
ISBN: 9789672459798
Cetus amaran: ganggu seksual, suicidal
Blurb:
Abi Umi ni tak pernah faham Ain!
Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Namun setiap kali Ain suarakan keinginannya, semua ditentang.
Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat.
"Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain."
Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham?
***
Keadaan berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya.
Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?
Ahmad Ain, membesarnya sebagai anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang menitikberatkan hal agama. Abinya seorang yang serius dan kurang bercakap apatah lagi nak bergurau manakala uminya seorang yang ceria. Kerana itu, Ain rasa terperangkap dan asing dalam rumahnya sendiri. Dengan abi dan uminya yang sentiasa sibuk dengan urusan masjid, Ain tidak pernah menjadi keutamaan mereka, bahkan kata-kata Ain langsung tak didengari.
Pak Yazid, penghuni Laman Harmoni yang grumpy. Ditinggalkan di Laman Harmoni setelah kematian isterinya, Melati. Hari-harinya dihabiskan di tepi kolam ikan buatan dan mengelak interaksi dengan semua orang. Di teman kolam itu, bertemankan Pak Rahmat yang selalunya tidur, Pak Yazid mengimbau setiap kenangannya bersama Melati.
Aku habiskan novel ni dalam masa sehari je sebab ceritanya berjaya mengikat perhatian aku. Sangat susah untuk aku letak novel ni ke tepi. Watak Ain bagi aku sangat likeable despite apa yang dia struggle, dia tak jadikan tu alasan untuk bitter dengan semua orang. Dan rahsia yang dia simpan, aku expect what but still aku suka dengan usaha dan tekad dia. Kerana kesungguhan dia, dia berjaya rapat Pak Yazid. Malah, dengan seluruh penghuni Laman Harmoni. Kisah Pak Yazid dan Melati pula sangat bittersweet dan menyakitkan di sesetengah bahagian. Siapa yang salah ketika anak mengabaikan ibu bapanya? And yes, I cried hard. Dengan adanya Ain, kekosongan dalam hidupnya mula terisi.
Pertama kali aku membaca karya penulis dan aku jatuh cinta dengan penulisannya. Cara beliau memperkenalkan setiap watak sangat menarik perhatian aku. Penyusunan babak pun mudah untuk aku ikut. Tema yang dibawa walaupun agak berat tapi mudah untuk aku hadam. Satu je yang aku agak kecewa, lepas umi abi tahu rahsia Ain, ianya habis disitu. Takde thought process dari abi dan tak tahu hasil pujukan umi. Apa pun, tahniah penulis!
-thes
3 Comments
lama dah cuti dari membaca novel.
ReplyDeletehahaha cari yg nipis-nipis kak... tak boleh sangat, baca komik je senang😝
DeleteBuku idaman.. baca review ini lagi rasa macam nak beli.. huhuhu..
ReplyDelete