Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Partner In Love
Penulis: Sophia
Mukasurat: 358
Genre: Romantik, Drama, Misteri, Pengembaraan
Penerbit: Prolog Media
Terbitan: 2022
ISBN: 9789672569343
Blurb:
Khalisa gadis janitor yang bukan biasa-biasa.
Rayyan pula seorang doktor yang diselebungi dengan misteri keluarga.
Kedua-duanya punya ego dan prinsip yang ingin dipertahankan. Namun kerana sebuah rubik's cube, mereka bertemu.
Satu kejadian telah mendekatkan mereka.
Satu persoalan telah merapatkan mereka.
Dan kerana satu janji, kedua-duanya saling terikat dalam keterpaksaan.
Khalisa setuju untuk membantu Rayyan mencari sebuah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh keluarga Rayyan.
Rayyan pula terpaksa menerima bantuan itu kerana itulah permintaan terakhir arwah ayahnya.
Mereka merentas dunia, menjelajah zon masa demi mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Namun, semakin dalam mereka menggali rahsia yang lama terkubur, semakin rumit dirasakan.
"You crack the code, I'll get the answer..."
Sungguh... aku tak sangka begini. Buku ni merupakan buku pertama yang aku baca dari Prolog Media. Dah lama sebenarnya aku nak beli buku ni, niat jela pastu asyiklah terlupa. SIBF haritu ternampak, teruslah ambil huhu.
Khalisa merupakan yatim piatu yang bekerja sebagai janitor di hospital. Rayyan pula doktor dekat hospital tu. Persamaan mereka adalah Ariffin. Lelaki tua yang duduk di wad VIP. Kerana Ariffin, Lisa dan Rayyan bertemu dan kerana janji mereka, mereka bersatu untuk menghabiskan game terakhir yang Ariffin tinggalkan.
Aku sangkakan cerita ni biasa-biasa saja. Mungkin babak sweet lebih sikit sebab tajuknya. Tapi salahnya aku... Tak sangka rahsia keluarga Rayyan tu sangatlah susah untuk dirungkai, dengan segala klu dan petunjuk yang Ariffin tinggalkan. Jauh betul penghujungnya. Dan kerana penulis bijak bermain kata, aku susah nak letakkan buku. I crave more and more.
Khalisa, walaupun dia hanyalah seorang janitor, otak dia sangatlah bergeliga. Setiap klu, dialah yang berjaya selesaikan. Pemikiran dia tajam dan peka dengan detail. Rayyan juga tak kurang hebat, maklumlah, bapaknya mastermind game yang mereka lalui. Setiap penyelesaian yang Lisa bagi, dia akan dapatkan jawapan yang tepat.
Game yang diatur Ariffin ni bukan setakat menjelajah Malaysia je sampai ke luar negara dia atur. Di setiap negara tu, walaupun tak semuanya dapat jugalah kita dibawa berjalan. Dan di setiap tempat tu, mereka pasti berjumpa dengan sesuatu dari kisah silam Ariffin dan Shayleigh, isterinya. Makin banyaklah tanda tanya tentang ibu Rayyan yang belum memunculkan diri. Setiap satu insan dari masa lalu Ariffin punya pendirian tersendiri berkenaan Shayleigh. Tapi, bab menyelesaikan klu ni aku serahkan 100% dekat Lisa dengan Rayyan. Malas nak fikir hahaha.
Fav character haruslah Khalisa yang menjadi peneman dan pelindung Rayyan. Walaupun dia boleh je tarik diri, tapi dia tetap nak habiskan permainan. Rayyan pulak aku rasa biasa-biasa saja wataknya. Yang menggeramkan aku bila dia mula berprasangka dengan Khalisa. Eeee nak je ketuk si Rayyan ni.
All and all, buku ni seronok sangat dibaca. Ceritanya tak panjang sehingga melalut tapi cukup panjang untuk aku berpuas hati. Good first experience from Prolog.
-thes
0 Comments