Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Ekspres Jupiter
Penulis: Riley Fizan
Mukasurat: 281
Genre: Fantasi, Slice of life
Penerbit: K-Lit
Terbitan: 2023
ISBN: 9789672858164
Blurb:
"Selamat datang ke Ekspres Jupiter."
Tidak kira berapa juta wang yang anda ada, selagi tidak dijemut anda tidak akan dapat menaiki bas ini. Teja bertuah kerana menerima undangan itu. Undangan yang hadir bersama ribut kejutan yang menyentak, juga mengubah cara dia memandang hidup.
Pada hujung kembaranya, Teja mahu menjadi orang yang mempu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter.
Dia hanya mahu menjadi lebih kuat!
"Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ekspres Jupiter."
Teja, seorang gadis pertengah 20-an kembali berlatih sukan gimnastik selepas meninggalkannya bertahun dulu. Harapannya, gimnas akan membantunya sebagaimana satu ketika dulu. Namun, berhadapan dengan jurulatih-jurulatih yang prejudis dengan kebolehannya, ahli kumpulan yang tak senang dengan kehadirannya dan Jimmy, jiran dari kampung membuatkan Teja sesak. Satu kejadian yang hampir membunuhnya telah menemukan Teja dengan Ekspres Jupiter.
Saat diambang maut, Ekspres Jupiter, sebuah bas terbang telah muncul menyelamatkannya. Bas yang dikendalikan oleh Kapten Hilzan dan Arazni, pembantunya. Hanya insan terpilih saja berpeluang menaiki Ekspres Jupiter.
Permulaan cerita mendatar dan perlahan. Dengan reading slump aku, memang banyak kali aku letak buku ni. Agak susah untuk aku 'masuk' ke dalam cerita Teja. Hatta kemunculan Ekspres Jupiter bersama Hilzan dan Aranzi pun tak mampu nak menarik minat aku. Sehinggalah aku decide untuk DNF dulu. Tak lama pun, dalam dua minggu baru aku buka semula dan barulah aku ada mood untuk ikut cerita ni dengan lebih baik.
Novel ni bukan saja berkisarkan tentang pengharapan tapi juga tentang growing pains, broken family, peluang, dan pengkhianatan. Aside from monotonous start, perjalanan kisah Teja dan Ekspres Jupiter lepastu penuh dengan pelbagai babak yang mencetuskan pelbagai emosi. Debaran tentang siapa yang mahukan Ekspres Jupiter sehingga berkali-kali datang menyerang, sedih 'dengar' growing pains Teja, bengang dengan si influencer tak bertauliah, berbunga sikit kerana prihatin Jimmy dan misteri tentang Kapten Hilzan. Aku menunggu juga kisah di sebalik seorang Hilzan tapi tiada. Agak kecewa jugala sebab tak tahu datang dari mana dia dan macam mana dia boleh jadi kapten Ekspres Jupiter.
Setting tempat di Sabah jadi ada juga dialek Sabah yang diguna tapi tak sampai aku tak faham. Quite an experience, sebab first time baca cerita yang guna dialek Sabah. Yang aku selalu jumpa utara dengan Kelantan je.
Bila ikut Teja 'mencari' peluang dan harapan untuk diri sendiri, aku pun terikut bahagia dengan pilihan yang dia buat dan sama hilang beban bila dia sampai ke destinasi dia. Terasa seolah aku pun heal dengan pilihan yang dia buat tu. Walaupun Hilzan tetaplah rahsia sampai ke hujung, dia cool. Aku approve! Jimmy... Annoying dalam sweet. Ke terbalik? Anyway, dia sentiasa ada untuk Teja walaupun tercross batas bila berprasangka. Overall, cerita ni unik dan seronok bagi aku.
-thes
1 Comments
Bestlah buku dia.. Sha suka cover buku ini..
ReplyDelete