Lelaki Berpaksi Dendam by Sara Aisha

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Lelaki Berpaksi Dendam 

Penulis: Sara Aisha

Mukasurat: 769

Genre: Romantik, Drama

Penerbit: SA Publication

Terbitan: 2023

ISBN: 9789671771464

Related title(s): Dendam Bersulam Cinta

Cetus amaran: penderaan mental, mention of child abuse

Blurb:

DENDAM BERSULAM CINTA VERSI AMSYAR

"Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat." 


Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putuskan ke atas dia yang bernama Nurul Jannah. Hanya kehancuran. Dengan kedua-dua tanganku sendiri, aku akan tamatkan kebahagiaan dia yang selama ini. Biar dia juga mengerti apa itu penderitaan.


"Jannah... dia tidak bersalah."


Kata mereka, dia tidak bersalah. Tetapi, bagaimana pula dengan aku? Pada saat aku tidur kelaparan, dia tidur kekenyangan. Pada saat aku meraung derita, dia bergelak ketawa. Padahal, seluruh kehidupan Nurul Jannah yang bahagia itu adalah kerana penderitaan aku.


"Kau kena balas dendam!"


Seluruh hidup aku, itu yang telah terngiang-ngiang di telingaku. Itu yang telah dipaksa-paksa ke dalam otakku. Jadi, tidak kira apa-apa pun yang berlaku, aku perlu lunaskan dendam ini. Aku perlu buat mereka bayar balik atas segala-galanya.


Namun...


"Kau sayangkan Jannah. Kau cintakan dia."


Aku telah tersilap perkiraan! Aku gagal mematikan perasaanku. Dan kerana itu... semakin aku menyakiti Jannah, semakin aku sendiri yang merasa sakitnya. Air mata Jannah...umpama racun di hatiku. Raungan Jannah... umpama belati yang menyiat-nyiat jiwaku. 


Jadi benarlah kata orang...

"While seeking revenge, dig two graves. One for yourself."


Tahun 2024 kak Sara hadiahkan sebuah cerita yang aku tak expect pun cerita dia. 2020 menyaksikan kisah cinta dan dendam Jannah dan Amsyar dari pov Jannah. 2024 pula daripada pov Amsyar. 


Dia anak Adam. Membesarnya dia dengan janji kepada mak untuk membalas dendam kepada Dato' Johari yang telah menghancurkan keluarga mereka. Dia anak Johari. Kebahagian dan keceriannya menjelakkan Amsyar. Lantas rancangan diatur, anak Johari perlu sakit untuk dendamnya terbalas. Bermula dengan pertemuan yang disengajakan di Chiang Mai, Amsyar memulakan rancangannya untuk membalas dendam dengan mendekati Jannah. Setiap pergerakkan dan perbuatannya hanyalah dengan satu tujuan. Sangat calculated dan terperinci.


Since buku ni include a bit prequel, during and sequel, overlapping scenes dengan DBC tu tak dapat dielakkan. Tapi bagi aku setiap babak tu berbeza dengan babak-babak dalam DBC sebab diceritakan dari pov Amsyar. Rasanya lain. Setiap kali Jannah tersakiti dalam DBC, aku pun rasa sedih dan sakit tu, tapi babak yang sama dalam LBD membuatkan aku geram dan marahkan Amsyar. At the same time, aku kesiankan dia yang trapped in the past.


Seperti yang penulis tegaskan, buku ni bukanlah untuk justify tindakan Amsyar. Cuma nak ceritakan pihak dia. Membesar dengan kesakitan bukanlah alasan untuk seseorang itu mempergunakan dan menyakiti orang lain. Remember, don't be like the people that hurts you. Be better than them. That's how you should get your revenge. But of course, cakap senanglah. Kalau aku di tempat Amsyar, I don't know what will happen to me.


Ending dalam DBC aku rasa agak open - walaupun of course semua akan assume happy ending tapi dalam LBD ni memang dah close tak leh nak open. Bahagia sebahagianya. And I love this ending so much. Tiga tahun tempoh masa perpisahan mereka mendewasakan dan mematangkan mereka, mengajar mereka untuk mencari, memahami dan menyayangi diri sendiri, especially Amsyar, so that they could be better for each other.


To those yang pernah baca DBC dan tak kisah baca babak-babak yang berulang, jalan cerita yang sama, silalah dapatkan buku ni. Tapi those yang tak suka, this book might not be for you. Kepada yang tak pernah lagi baca DBC dan LBD, choose wisely korang jenis yang macam mana. Sekian pesanan khidmat masyarakat.


-thes

Post a Comment

2 Comments