Friday 24 May 2024

# bookreview # fiction

#Ghost 2: The Redemption by Zura Rahman

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: #Ghost 2: The Redemption

Penulis: Zura Rahamn

Mukasurat: 515

Genre: Aksi, Romantik, Drama

Penerbit: ZR Publishing

Terbitan: 2023

ISBN: 9789671881002

Related title(s): #Ghost, Viper, Citiboy, Maddoc

Blurb:

Ghost, lelaki misteri itu kembali lagi.

Kali ini bekas komando yang merupakan ahli tim elit Alpha itu perlu menyelamatkan isterinya dalam jendela waktu tidak lebih dari 14 jam!

***

Setelah Kimi Rafael a.k.a Ghost mengambil keputusan untuk kembali ke dalam hidup Dr Daryn Areena, dia hanya khuatirkan kerjayanya yang akan membahayakan nyawa wanita itu. Sedikitpun tidak terlintas tentang kisah silam isterinya.


Tiga tahun usia perkahwinan, semuanya dirasakan sempurna. Sehinggalah Ghost menghidu bahwa isterinya sering berjumpa dengan seorang usahawan sarang burung walet yang kacak, kaya dan berjaya, ketika dia sedang sibuk menyelesaikan misi penting lagi rahsia di Filipina.


Kedatangan Jeff bersama cinta mengakar setia, yang bersulam dendam dan obsesi.


"We may have crossed path, but we are not meant to be together," - DARYN AREENA

"I'm back to reclaim what is rightfully mine. If I can't have you, no one can. No one will!" - JEFF


Untuk menghalang Ghost dari campur tangan, dia telah dihantar ke luar negara untuk melakukan pelbagai misi dan latihan.


"Best man wins. And the game has just begun." - JEFF

"Over my dead body." - GHOST


Pada waktu yang sama, tanpa pengetahuannya juga, Alpha Team diarahkan supaya melindungi Daryn Areena dari ancaman seorang penjenayah yang bergelar Boss. Daryn Areena yang tersepit di tengah-tengah permainan yang berbahaya, menjadi percaturan.


Tidak tenang hati, Ghost telah pulang ke Malaysia. Dia terpaksa keluar dari sarangnya demi isteri tercinta. Misinya, untuk melindungi isterinya.


"Aku tahu siapa kau." - JEFF

"Siapa aku, tak penting bagi kau." - GHOST


Berjayakah dia? Yang paling utama, adakah rahsianya masih kemas tersimpul rapi?


Habis baca yang pertama haruslah move on terus ke buku kedua ni. Pertama sekali, gojes sungguh cover buku ni. Nampak garang dan misteri sebagaimana seorang Ghost. Warna hitam dia sangatlah macho dipandangan aku.


Buku kedua ni membawa kita ke kisah perkahwinan Kimi dan Arin bersama putera hati mereka, baby Aidan. Setiap perhubungan akan ada ujiannya, dan buat mereka hadir dalam bentuk Jeff, bekas tunang Arin yang hadir untuk merebut Arin semula. Kesibukan Kimi dijadikan alasan oleh Arin melayan Jeff. Jujur kata, aku anti dengan Arin dalam buku kedua ni haha. Buku first boleh terima lagila, yang ni aku eeee rasa nak hempuk je dia hahaha. Kimi tetaplah Kimi. Tenang dan calculative. Tapi masih susah untuk bawa bincang. Bagi aku, dalam hal ni dua-dua salah. Arin yang membuka peluang untuk Jeff mencelah dalam hidup mereka dan Kimi yang kurang beri perhatian yang zahir pada Arin. Juga sifat dia yang tak seromantik Jeff menjauhkan hubungan mereka suami isteri.


Aku lebih gemar buku kedua ni berbanding yang pertama. Selain persoalan yang timbul di buku pertama terjawab, watak-watak team Alpha juga lagi nampak berkembang. Terutamanya best buddy Ghost, Jed. Watak dia sempoi, ceria dan sangatlah playful. Cuma kalau sampai seru dia bagi nasihat tu, hah terasa meleleh la tahi telinga. Silap pula aku tinggalkan buku-buku Alpha series dekat rumah, kalau tak boleh jumpa Jed, Zaf dan Maddoc terus huhu. Kisah perkenalan Jed dan Kimi pun ada dalam buku kedua ni, menambah bayang akan siapa sebenarnya Kimi. Brotherhood team Alpha yang muncul sesekali menceriakan aku yang tengah stress dengan konflik Kimi-Arin.


Babak aksi dan thriller sangatlah mendebarkan semuanya. Especially babak yang melibatkan baby Aidan. Ahh, aku tak boleh duduk diam masa babak tu. Walaupun dah tahu and boleh agak siapa villain dalam buku kedua ni, sikit pun tak kurangkan debaran dalam setiap babak aksi. Plot twist betul identiti Jeff tu, sikit pun aku tak expect.


Tak sabar nak baca buku seterusnya dalam series ni sebab aku rasa hooked sangat! Lagi-lagi dengan Kimi punya identiti sebagai Ghost ni masih lagi misteri walaupun dah dua buku berlalu. Pastu dengan ayah Arin yang ragu-ragu dengan kerja Kimi, adakah akan terbongkar atau Kimi berjaya sorokkan lagi? Arghhh, excited yaaa! Those yang suka baca novel aksi, thriller, romance, boleh la baca cerita ni.



-thes

1 comment:

  1. Yang no 2 ini tak baca lagi.. Harapnya penulis keluarkan dalam versi ebook.. huhuhu..

    ReplyDelete