Seminit Bersama teme Abdullah (and everything in between)



LENGTHY BEBELAN AHEAD


 Assalamualaikum, good day dearest! Lama rasanya tak bercerita dekat sini. Asyik buat reviu buku aje. Tapi itulah, posting kalini pun masih lagi dalam bubble buku? Well, memang ini aje hobi aku yang kekal dari lepas diploma dulu. Readers/bookworms/bookstagrammers/booktoks mesti tahukan last week merupakan penutup 'hari raya' kita, PBAKL. Cerita harini, bukan momen-momen aku di sana (will write about this soon) tapi lebih menjurus kepada individu aka penulis yang kali terakhir meet and greetnya adalah 6 tahun lepas; teme Abdullah. Since aku rasa aku nak bebel banyak, aku pecahkan kepada beberapa subsections supaya senang korang nak skip mana yang korang taknak tahu. Dan kenapa seminit? Bacalah. Jangan kecam saya plishhh


 1. Pertama kali kenal teme? Buku dia?

Pertama kali kenal nama teme Abdullah ni mungkin masa sekolah menengah. Masa tu mungkin nak SPM atau tahun sebelumnya (yakin hanya dua tahun ni sebab duduk asrama masatu) sebab aku tahu dia daripada kawan yang bookworm yang memang follow dunia buku. Tapi masatu aku tak ambil tahu sangat pasal dia dan dunia buku ni, maklumlah nak SPM. Have to have my priority straight! Tapi balik rumah main Twitter and maybe start follow twitter dia (teme) jugak masatu. Semua sebab dia suka post inspirational words yang kena dengan jiwa aku. Blog dia aku tak follow kot? Sebab masa ni blog aku sendiri bersawang. Lepas SPM baru aktif sikiiit.


Fast foward dua, tiga tahun lepas tu. 2018. Masa ni aku dah last year diploma. Agak aktif blogging yang takde niche. Aku tulis apa aku nak. Join contests, giveaways, segments, semualah. Mid 2018 tu, ada sorang blogger, S.K buat giveaway buku baru teme and aku join. Lepastu start final semester and aku tak check blog sangat. Bukak semula masa stress week, hujung 2018. Lahhh rupanya dah dekat setengah tahun kot announce aku menang giveaway tu🤣😂 And memang rezeki aku agak, penganjur taklah letakkan masa untuk aku respond, and right away aku emel dia.



Alhamdulillah, tahun 2019 aku terima buku-buku teme Abdullah. Almost setahun ya ambil masa dari join giveaway sampai hadiah nak sampai ke tangan. Tiga buah buku yang aku terima adalah Arkitek Jalanan, Impian Jalanan dan Empayar. Awal to mid Januari 2019 adalah minggu exam. Tapi kepuasan maksimum membaca aku adalah masa aku sepatutnya study, aku baca buku-buku baru aku. Aku start dengan Arkitek Jalanan sebab blurb belakang tu menarik dan membuatkan aku berfikir. Aku selalu tafsirkan phrase 'belajar kerana Allah' tu something along the line of belajar supaya ilmu yang kau dapat tu kau boleh guna, amalkan dan ajarkan kepada agama Allah. Jadi aku nak sangat tahu apa yang penulis ni cuba sampaikan. Dan aku jatuh cinta dengan isinya, ceritanya, right away (please don't ask apa yang teme lampirkan berkenaan dengan phrase tu, aku dah tak ingat dan takde note kat mana-mana). Habis satu paper, aku buka Impian Jalanan pulak, self-reward kononnya. Suka juga! Empayar, kita hold sampai habis paper.


Februari 2019. Balik je ke negeri asal, aku terus buka Empayar. Lahh, makin tergolek aku dengan penulisan teme Abdullah. Cerita Empayar jauh berbeza dengan siri Jalanan yang aku baca lebih dulu. Walaupun plot biasa tapi latar tempat dan masa tu jauh berbeza. And since aku guna blog ni untuk share review K-dramas, movies, aku pun decide, why not tambah lagi satu dimension; book review. Secara rasminya, Empayar memulakan tirai aku sebagai pengulas buku (TEKAN SINI UNTUK BACA REVIEW EMPAYAR 2019 DAN 2022). Mulanya sangat ragu-ragu dengan diri sendiri. What ifs tu sentiasalah dalam kepala. Tapi lepas tekad, aku lunggah (langgar) je. Whatever happens, happens. Masa tu jugak aku suka baca reviu-reviu buku yang ditulis blogger lain macam  Kak Siqah, Kak Ika, dan Kak Sha, jadi aku kuatkan hati dan buat. Tak ada apa pun yang jadi haha. Overthinking aje lebih.


2. Ya, semua salah teme.

Lepas khatam tiga buku-buku teme Abdullah yang aku dapat tu, mulalah aku baca balik novel-novel lama akak aku dulu. Hujung 2019, aku contact penulis Hana Ilhami (aku memang minat novel-novel dia sejak sekolah menengah) di FB untuk beli semua buku dia yang ada dekat pasaran masa tu sebab dah bosan nak ulang baca novel-novel akak. Yeap, my love for reading was reignited because of teme Abdullah's book. Jujurnya, kalau orang kata aku akan ada TBR yang lebih lima buah buku dulu aku akan kata orang tu over. Well, look at me now.



Since dah kenal teme, dah start follow twitter IMAN Publication, aku pun memang up-to-date la dengan berita-berita buku teme Abdullah. March 2020, pre-order buku baru teme. Selamat Tinggal Purnama. Box set. Tak fikir apa dah memang join je terus. Then, COVID happened, lockdown happened. Hahaha cabaran ya untuk aku as first timer join pre order buku. Julai ke Ogos baru buku tu sampai rumah. Ingat lagi moment buku tu sampai. 


Aku tengah masak kat dapur tiba-tiba anak buah aku jerit dari pintu depan, "Mama! Ada barang sampai untuk mama!". Aku pelik sebab masatu aku memang takde online shopping sangat. Tak teringat pun pasal buku ni. Bila tengok sender address baru excited gila. Dekat dapur tu jugak aku unboxing hahaha. And the rest, is history. Dari Mac 2020 sampailah Jun 2024 ni, tak terkira dah berapa kali aku join pre-order buku and membeli buku. Lagi-lagi lepas buat account IG @itsthesuraya tu (supposed to be IG for blogs tapi....). Makin rancaklah cerita dia. Semua ni, salah teme Abdullah. Siapa suruh tulis buku best-best? Kan aku dah terjebak😒😒


3. Cerita Meet & Greet teme Abdullah 2024 pt. 1

Bahagian pertama bertemu spek to spek dengan teme adalah di PWTC, 1 Jun 2024. What a way to start a month. Rezeki sangat dapat tiket masa ni walaupun aku memang redo habis kalau tak dapat. Aku dengan Y (member rapat) memang tak berhenti la whatsapp each other masa hari nak beli tiket tu. Conversation kitorang haruslah, 



"Weh kau dapat ke tak?!",  
"wei waiting line lagi tiga minit!", 
"Suuu sold out lagiii!, 
"Y, session petang je boleh niiiii, caneeeee" dan seangkatan dengannya. 


Sampailah tiba-tiba aku lepas untuk proceed to payment. Terkejut and bersyukur jugaklah masa tu sebab boleh and dapat session pagi yang memang aku nak (senang nak plan waktu solat and lunch). And lagi-lagi happy bila dapat confirmation ticket. Rasa nak jerit kuat-kuat aje tapi takut orang ingat ada kes histeria pulak. Tapi bila aku tanya Y, dia tak lepas. Ahhh sedih jugaklah and kalau boleh aku taknak pergi sendiri haha. Kitonyo pemalu teruk. At the same time rasa okay jugak kalau Y takde, at least kalau aku terbuat benda pelik-pelik depan teme nanti takdelah saksi yang aku kenal kat situ HAHAHAHA (wait for it).


1 Jun 2024. Plan dengan Y (yes, dia ikut ke PBAKL juga sebab memang dah plan nak beli buku 1hb ni) nak naik bas yang pukul 8 am. Sejam perjalanan at least dalam pukul 9 dah boleh register and jalan-jalan cari buku sementara tunggu turn tu. Eh sekali budak yang nama Suraya ni tidur balik lepas subuh. Hahaha. In my defense, dua malam sebelum tu aku tidur pukul 5 pagi. Khamis malam jumaat tidur pukul 5 pagi sebab veeery last minute tukar variables untuk research paper yang kena submit Jumaat tu (worth it sebab mark tinggi and lecturer suka dengan paper kitorang siap suruh write to newspaper😭😭😭). 


Jumaat 31 Mei tu masing-masing ada program yang start as early as 8 am and last until 5pm. Bayangkanlah aku punya barai tu macam mana. Jangan tanyalah aku consume berapa banyak kopi, walaupun tak berkesan pun dekat aku haha. Balik tu memang lelap sampai maghrib then teringat hadiah untuk teme tak siap lagi. Haha boleh je aku tak sambung tapi macam tak best pulak sebab dah berniat nak bagi and bendanya tinggal around 40% je lagi nak siap. So yeah, pulling another all nighters till 4 am. Lambat settle sebab aku uruskan diri and finalise assignment dulu, pukul 10 baru start embroidering. Settle tu memang cramp lah tangan ni duk pegang jarum. Gambar takde sebab well, suraya ni pelupa jadi dia tak sempat pun ambil gambar. Sketch design pun tak jumpa dah dekat mana uhuk. Just know that aku buat bookmark design logo teme bersama few flowers and leaves and motif yang berkaitan dengan buku-buku dia. Cuma finishing tak berapa lawa sebab aku dah penat gila haha.



Lepas subuh memang tak teringat nak contact Y untuk tunda sikit masa gerak haha. 8.30 am baru aku jaga balik and contact dia. Apa lagi, membebel la kak sorang tu. Lepas breakfast, pukul 10 am baru gerak keluar. Dalam 11.20 am lebih baru jejak PWTC. Tak pandang kiri kanan dah terus naik level 5. Lepas scan QR apa semua, kak IMAN bagi wristband and cakap,



"Nanti sampai masa colour wristband awak ni, boleh la start beratur,"

"Warna saya ni pukul berapa?" tanya sebab takde tulis masa

"Pukul 11.30 nanti" balas Kak IMAN lepas tengok board belakang

"Oh, saya dah boleh beratur la ni?" sambil tengok jam tangan

"Sekarang pukul berapa?"

"11.27 pagi. Hahaha"

"Oh, boleh dah la. Hahaha"

"Okay kak, terima kasih!" senyum dan teruskan perjalanan



Lepas tinggalkan Y, aku pun pergilah beratur. Oh panjang ya barisan. Berapa lama tunggu turn? Dekat pukul 2 baru aku keluar dari dewan lepas jumpa teme. So, yeah. Agak lama tapi tak terasa sangat sebab aku main phone (sejenis highly concsious untuk membaca dekat public walaupun orang depan, orang belakang elok je membaca).



Jujurnya, aku nervous gila nak jumpa teme. Even untuk 30 saat. Dewan tu pulak boleh tahan sejuk. Hujung jari memang makin sejuklah dengan nervousnya lagi. Masa tengah beratur tu, eh nampak familiiar face! Terus hilang nervous aku. Siapa? Of courselah bukan teme haha. Akak cameraman, aka Kak IMAN  yang ambil video promotion ps aku haritu. Lepas bagi phone dekat Kak IMAN, maka teruslah kaki ni bergerak ke meja signing teme. Dialog wajib teme bila jumpa fans;



"Assalamualaikum, terima kasih sudi datang"


Aku pulak haruslah melayu, bagi salam jugak baru jawab salam teme. Terus letak buku; Bayang Sofea & Signature Jalanan (sebab dua ni je yang ada dekat uni and dua-dua belum baca) and pandang teme sign. Masa dia capai buku SJ barulah aku cakap nak mintak dia wish birthday kawan (yang sebenarnya stranger kenal dari telegram ps IMAN haha). Masa nilah aku stuck dengan nama yang sorang lagi (she's Indonesian), rasa nak nangis masa tu hahaha lagi-lagi teme pandang tunggu nama kawan aku tapi nasib baik sel-sel otak berhubung dengan cepat kalau tak aku mintak phone dekat Kak IMAN balik sebab nak check nama😂😭



Done wish video, Kak IMAN pun panggil, "Suraya gambar". Ehhhhhhh. Akak ingat nama sayaaa?!! Mulanya aku ingat aku salah dengar so lepas ambil gambar aku terus thanked her, teme and turun stage. Masa ambil beg, aku duduk sekejap and buka balik video tu and YESSSS SHE DID SAY MY NAME!! Weh, terharu teruk masa tu haha. Keluar dewan terus cari Y, gerak Sunway Putra untuk cari makan. Sambil tunggu order sambil aku bercerita jumpa teme and pasal Kak IMAN ingat nama aku. Komen Y, "Kenapa hang macam lagi excited kak tu ingat hang daripada hang jumpa teme?". Terdiam aku hahaha tapi mungkin jugak? Orang ingat nama kita, of course excited! Dan aku akan terus ingat akak tu. Dan satu lagi soalan Y yang aku rasa orang wajib tanya;


"Hang dah jumpa teme tu, hang rasa dia hensem ke dak?"


Jawapan aku? Entah. Aku tak sempat pun nak pandang dia. Haha. Bukanlah tak pandang langsung tapi untuk 30 saat tu, aku takde masa nak telek, nak teliti, nak fikir dia hensem ke tak. Aku tak pandang dia overall, aku pandang spek dia ja. Haha. Dengan nak mengingat nama sis tu lagi, otak aku overloaded dengan rest yang tak cukup lagi. Tapi suara dia sedap. Y puas hati and sambung makan.



 Settle urusan dekat Sunway, kitorang pun rushed balik ke PWTC untuk Y shopping dan aku cari buku customer. And here, the unexpected happened. Hujan. Lebat gila-gila. Laluan jejantas dari Sunway ke PWTC packed. Yang nak pergi, yang nak balik. Kau literally boleh gerak ke depan selangkah-selangkah ikut movement orang depan. Tapi untuk buang masa saja dalam Sunway Putra tu bukan pilihan sebab kitorang dah stuck dekat tengah, maka gigihlah ikut traffic walaupun dua-dua sangatlah anti tempat crowded.



Sampai je depan PWTC, ada sorang akak tu direct kami semua ke entrance Seri Pacific yang selamatlah daripada kena hujan. Kak, saya respect akak sebab ulang-ulang instruction yang sama dengan suara yang kuat and jelas. So, selamat dah. Tak bersesak sangat. Tak kena hujan, sampailah lebih kurang 30 meter away from entrance. Laluan tu banjir. Banjir yang kalau kau jalan je, kasut confirm masuk air. Nasib kami baik untuk lima langkah pertama sebab ada insan baik hati yang letak piring pasu bunga (google lah sendiri apa ni) secara terbalik yang membolehkan kami meniti tanpa kasut masuk air. 



First lima langkah jelah sebab langkah keenam dan ketujuh piring tu takde dah😭😭😭 Terasa macam kena scam masa tu weiiii hahaha. Ni okay lagi. Aku memang redo dah kasut masuk air, stokin basah. Yang tak dijangkanya langkah keenam bukan je banjirkan kasut dan stokin tapi seluar sampai paras paha😭😭😭 Tak faham? AKU TERJATUHHHH HAHAHHAHAHA. Y masatu depan aku dan kebetulan dia pandang belakang masa aku terjatuh tu, terus dia ketawa hahahahha bukan nak tolonggg! Sampai depan entrance PWTC sebelah hotel tu dia gelakkan aku wei. Siap bagi feedback yang tak diminta,


"Aku pusing nak tengok hang okay ke dak. EH SEKALI MEMBER TENGAH BERENANG"😭😭😂😂


Aku takleh nak kata apa sebab aku pun rasa benda tu kelakar. Aihhh kenangan. Sementara tunggu nak mengeringkan kasut dan kaki daengan aku nak menghilangkan rasa sakit sebab jatuh, kitorang lepak surau  alang-alang dah Asar. Sambil tu tunggu Maghrib terus. Lepastu baru gerak beli buku and balik terus. Takde nak add on plan lain dah. Haha. Nasib baiklah Y memang dari awal takmau walk-in jumpa teme. Kalau tak mesti dia lagi kecewa. Inilah kenangan day 1 jumpa teme Abdullah yang penuh dengan memori.

do i look pregnant in this angle?


4. Cerita Meet & Greet teme Abdullah 2024 pt. 2

Kali kedua jumpa teme Abdullah spek to spek adalah masa Meet & Greet ketiga di Bookxcess KL East Mall, 3 Jun 2024. Kalini, aku dapat tiket jugak. This one memang unexpected and rezeki je. Macam mana aku boleh dapat? Well, last day PBAKL, 2nd June 2024, sehari lepas jumpa teme, aku pergi PWTC lagi sekali untuk settlekan remaining PS order. Since colourful sangat hari bertemu teme semalam, aku gerak keluar lewat sikit. Sambil tunggu bas, aku bukalah IG. First thing yang popped up dekat feed aku adalah posting account Bookxcess pasal meet & greet teme. Masalahnya aku pun tak tahu aku follow bookxcess😂😂Masa aku buka link gform tu, post tu dah 20 minit di-upload. Tapi aku masih lepas untuk isi. Lepas je isi terus whatsapp Y tapi one tick. Aku call. Lahh rupanya member dah isi terus lepas baca spam messages aku.



Balik dari PBAKL, aku text Y lagi. Cakap nak let go ticket, lahh kena marah pulak sebab dia nak aku teman. Dan bagus jugak aku teman sebab seorang Y saaaaangatlah gelabah ya in an unfamiliar situation. Apa jadi? Well, masa beratur tunggu teme sampai dia okay lagi. Tenang. Aku yang nervous. Sampai dia kata, "Lekla suuu jumpa teme jee bukan jumpa jimin. Hang kan jumpa dia dah dua hari lepas" sambil gelak-gelak. Tapi, bila teme dah sampai and line dah mula gerak, dia punya obvious nervous, sis depan dia pun sengih gelak haha. Makin dekat turn kitorang, makin dia banyak cakap. Makin dia berdrama, "weh tak naklah jumpa teme. Aku nak balik". Kena jeling dengan aku barulah dia senyap hahaha. Dah macam mak marah anak pun ada.



Sampai turn dia (Y dulu baru turn aku), aku tengok dia okay je, boleh cakap dia punya request etc. Then lepas bergambar, tiba-tiba dia kalut nak ambil phone dari Kak IMAN (akak yang ingat sayaaaaa) eh ter-eye contact dengan aku, tak jadi pulak (sebab kitorang agree untuk guna satu phone je). Dan kekalutan dia tu sampai semua yang dekat depan tu including teme gelak. Aku apa lagi, memang gelakkan dialahhhh hahahhaha. Silap aku satu je, tak teringat nak record guna phone sendiri (IN CASE YANG BACA NI ADA RECORD KEJADIAN, DM IG SAYA PRETTY PLEASEEEE). Kalau tak dah ada blackmail birthday material. Signal okay not okay (either dia cakap ke tidak request wish adik dia nak SPM ) yang kitorang setuju tu pun dia tak buat. Aihh, nasib baiklah ada reliable friend macam suraya ni *tepukbahusendiri.  Inilah sebab dia tak bagi aku letgo ticket aku.



Sepanjang aku jalan ke meja teme, memang aku gelak je hahahaha. Tapi, sebagai kawan yang baik, aku sampaikanlah apa yang Y sempat cakap dekat teme tapi tak kesampaian. Then aku mintak teme cakap something dekat aku dengan batchmates yang akan habis degree bulan July ni. Teme tanya dah habis FYP ke belum. Dalam kepala aku:

"Course kitorang takde mandatory coursework, no FYP, internship pun optional, itu pun kalau buat yada yada yada" panjanglah cerita sebenarnya and confirm 30 secs given tu tak cukup untuk khatamkan bab ni. Nasib baik mulut aku bijak terus balas,

"Not yet. Julai ni baru settle." In a way, betullah sebab paper last aku 1st July ni and mid-July untuk certain batchmates yang aku kenal rapat.


BAGI LALUAN BANG TEME NAK KASI NASIHAT


Lepas bergambar, amik phone, thanked teme and Kak & Bang IMAN, terus cari Y dan sambung gelakkan dia. Habis gelakkan dia, kitorang terus ke surau untuk asar and then emart24, mencari makan (walaupun niat nak jimat haha). Sebab tak pernah makan dekat emart24 ni, kitorang cuba tteokbokki cheese dengan hotteok cinnamon peanut, yang aku dengan yakin order hotteok hazelnut😭😂😂 Abang cashier tu pandang aku dengan senyuman mengejek ulang order aku balik. What a way to destroy confidence aku bang hahaha. Terus tukar red bean. Masa tulah baru dia oh awak nak cinnamon peanut ke. Aaaaa kenapa tak betulkan awal-awal, tak payahlah kenakan sayaaaaaaa. Y kat sebelah semestinya gelakkan aku. Balas dendam. Arghhh.


Sambil-sambil makan tu, kami discuss la apa yang jadi yang membuatkan dia gelabah tak bertempat. Rupanya buku Y jatuh atas meja masa nak bagi dekat teme. Dah buku jatuh, mestilah dia cuak, teme pulak tak membantu bila dia rushed Y dengan "cepat, cepat, cepat". Makin kalutlah dia ni. Hahahaha. Aku cakap,

"Tah-tah teme saja nak kenakan hang. Dia nampak hang nervous pastu buku jatuh pulak, sajalah dia nak kenakan hang. Hahahah. Takpelah, hang dah ceriakan 10 saat dalam hari dia harini."

Dia balas balik, 
"Hang pulak dah ceriakan hari abang emart dengan order benda yang takdak. Tapi aku expect ja teme tu jenis gila-gila lepas tengok gambar dia panjat kerusi tinjau fans kat luar tingkap Popular tu." HAHAHAHA



Kitorang sampai uni dalam 7.30 pm. Aku balik ke bilik aku, Y to hers. Aku nak mandi tapi shower penuh jadi aku masuk bilik semula. Second time aku pergi, dah pukul 8 masa tu shower still full. Since ada masa sebelum masuk isya', aku nak masuk bilik semula. Tapi aku, tanpa sedar locked pintu sebelum keluar. Dan aku tak ada kunci. Phone pun dalam bilik. Hahahahahaha. Dah la penat, rasa nak nangis kat situ. Roommate sorang je ada, itupun balik rumah dan aku taktahu dia balik uni bila. Nasib baiklah ada jiran bilik yang baik gila pinjamkan aku phone dia untuk aku call felo, ambilkan kunci daripada felo dekat office since aku tak proper nak turun sendiri, tumpangkan aku dekat bilik dia untuk aku Maghrib. Felo on duty masatu pun baik-baik je, memahami sangat walaupun 50 kali aku mintak maaf sepanjang 10 minit aku jumpa dia untuk pulangkan kunci.



So, day 2 meeting teme Abdullah specs to specs still eventful. Selama ni tak pernah aku lupa bawa kunci kalau keluar bilik, jumpa teme terus lupa haha. Dan dua kali jumpa teme, dua kali jugalah aku lupa nak tinggalkan pesanan paling penting.


teme tak ready but I am so who cares


Teme, if you're reading this (how and why should you, but im still hopeful you are reading), sampaikan salam saya pada Ahmad. Sibuk menyampaikan pesanan orang sampai lupa nak sampaikan pesanan sendiri. Oh ya, Y demam ya 2 hari lepas jumpa teme hahahahaha. Dia kata sebab kami berhujan 1hb haritu, tapi aku tetap kata sebab dia kalut depan teme hahaha.


5. Akhir kata

Semalam marked the last day of teme Abdullah's Meet & Greet. Kepada awak yang dapat jumpa teme secara live, tahniah! Perjuangan  merebut tiket yang hebat! Aku ingat nak menempel jugak dekat KLCC  park lepas asar tapi memikirkan crowd dekat KLCC tu waktu-waktu weekend, malaslah. Healing dekat bukit uni ni jelah.



Buat yang tak berkesempatan langsung untuk jumpa teme secara berdepan, mungkin meet & greet seterusnya korang dapat pergi. Mungkin rezeki kalian jumpa teme dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang? Who knows, kan? And pretty please kecewa macam mana sekali pun, elakkanlah guna kata-kata kesat, rude, unladylike even you are not a lady. Expressing yourself is good but not when you're using such words, yang nak kesiankan ni auto padan mukakan.



Buat team IMAN Publication, terima kasih organized meet & greet yang teratur and smooth, especially team yang menguruskan teme from one place to another, bro IMAN yang sentiasa di sebelah teme mengecap (ejaan betul mengecop, boleh refer DBP online) meet & greet, kak IMAN yang brief participants, yang ambilkan gambar and videos untuk kami semua, yang handle registrations, semuanyalah! On side note, hopefully team IMAN boleh ambil feedback daripada peminat-peminat teme untuk further improvements meet & greet akan datang, if any. 



Buat team bookstores; Popular IOI, Bookxcess KL East, MPH TRX dan Kinokuniya KLCC, terima kasih sebab sediakan ruang, tenaga kerja dan masa untuk meet & greet ni. While I can't speak for all events, I'm sure semua yang berkunjung puas hati dengan pengurusan because I did. Team Bookxcess rocked! If not, mohon terima segala suggestions and feedbacks dengan lapang hati. Kot yang bagi suggestion tu biadap, block je. Hahaha.



Buat yang diraikan; teme Abdullah, have a great rest! You have worked hard for the past two weeks. Jaga diri selalu! Apa-apa, up je story, kami sentiasa memerhati👀👀, selamat pulang ke London juga (ke raya haji pun di Malaysia?), dan selamat bekerja semula! Last but not least, jangan lupa sampaikan salam saya pada Ahmad!!! Fly high teme Abdullah and see you soon💜💜!


ps: if you're reading this, Empayar 4 dan sambungan KTDD kami jangan lupa temeeeee, dapat satu chapter sambungan KTDD tu pun bersyukur sangat dah haha. Harap telinga teme okay jelah dengar repetitive bell sounds tu. Saya yang tunggu turn dekat PBAKL haritu masih boleh dengar bunyi bell tu😭😭

pps: gelaran 'hang' yang suraya guna masa borak dengan 'Y' tak membuktikan suraya kedahan. Y kedahan, suraya sesumpah-an.

ppps: Y bukan nama sebenar, obviously. Guna Y sebab nama sebenar dia terlalu obvious and in case dia baca, dia akan tahu Y tu dia. For the sake of keeping this account away from my private life, dia kena jadi Y, walaupun setiap cerita kat sini Y tahu🤣.

pppps: IN CASE AWAK YANG BACA NI KENAL SAYA DI DUNIA NYATA, SAYS NOTHING TO ME. If you did say something to me, serious aku block korang untuk dua hari setengah (yang tahu tanpa sengaja dulu pun diam je pahammm). This is both reminder and warning😠😠


-thes

"Anak kedua"





Sekian, suraya dan Y 


To Y (kalau kau terjumpa posting ni), kan aku dah kata aku nak tulis dalam diari walaupun aku takde diari. Well, physical diary opseo. Virtual one, got hehehehehe.

Post a Comment

2 Comments

  1. saya pun minat karya abg teme kite ni. hehe. he is so talented! bertuah u dpt jumpa dia :)

    ReplyDelete