Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Anak Perempuan Dato' Pengarah
Penulis: Rehan Makhtar
Mukasurat: 510
Genre: Romantik, Keluarga, Kesihatan mental
Penerbit: Karyaseni
Terbitan: 2024
ISBN: 978-967-469-219-3
Related title(s): Takdir Untuk Aku, Seseorang Untuk Aku, Dia Untuk Aku
Blurb:
Kata orang, masa akan mengubati segalanya. Kerana itu, sehingga kini Tiani masih berharap waktu itu tiba. Kejadian itu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya. Dia terus membalut resah dan gundah dengan senyuman dan tawa kerana tidak mahu mereka yang disayangi turut sama menderita.
Namun, dia sendiri tak pernah menduga apabila Tuhan menghantar seseorang yang mendengar biarpun dia tidak bersuara. Yang melihat dengan jelas walai dia terus bersembunyi. Yang memahami biarpun tak pernah dia luahkan rahsia hati.
''Eh... kenapa ni, awak?'' - LUKMAN
''Maaf... tapi tolonh. Selamatkan saya...'' - TIANI
Ketenangan Lukman terganggu. Tak pernah disangka, dalam perjalanan hidup yang mana dia tak pernah kesag tentang cinta, seorang wanita asing tiba-tiba sahaja jatuh ke dalam pelukan. Dia ingin menolak. Tapi, merasakan tubuh halus itu menggigil ketakutan dan melihatkan air mata daripada mata redup itu mengalir lesu, Lukman relakan diri.
''Saya patut suruh awak pergi daripada saya sejak awal...'' - TIANI
''Mana lagi saya nak bawa diri kalau awak halau saya pergi sedangkan awak dah ikat mati hati saya?'' - LUKMAN
Berdepan dengan wanita yang sentiasa ketawa menutup kesedihan, yang sering senyum menafi keresahan; Lukman tahu semuanya tak mudah. Kerana dia tahu keresahan, kesedihan malah ketakutan itu jelas tergambar di balik pandangan mata redup itu.
Lukman tahu, masalah telah hadir dalam hidupnya. Tapi, apa nak dikata, kan? Ini adalah masalah yang dia mahu hadap buat seumur hidup.
Another 5 stars read untuk tahun ni (walaupun aku tak keep track berapa banyak 5 stars read dah hahaha)! Pertama sekali, thank you kak Eyqa sebab berjaya hasut saya baca novel ni secepat mungkin walaupun plan asal nak baca lepas exam haha. Novel kalini merupakan kesinambungan dan juga penutup untuk siri 'Untuk Aku'.
Tiani, disebalik keceriaan dan senyuman yang dia berikan, terselit ketakutan dan trauma dari kejadian lalu. Jodoh? Semenjak abangnya bernikah dengan cinta hati, Taini reda sendiri andai tiada untuknya dan bertekad untuk teman mama sampai ke hari tua.
Lukman. disebalik keseriusannya, terselit kemanisan yang tak berpenghujung. Pertemuan pertama dengan pemilik kasut tumit tinggi merah jambu membuatkan dia berkelakuan luar kebiasaan. Jeritan hati ingin melindungi Tiani, wanita yang baru dia kenali. Tanpa sebab, tanpa amaran.
Aku sangkakan APDP ni ceritanya bunga-bunga saja tapi rupanya berduri juga, walaupun tak sesakit TUA dan SUA. Tiani yang ceria sentiasa menyimpan sakit sendiri. Tak mahu membuatkan mama dan abangnya risaukan dia, maka dia senyap menyimpan rasa. Perjuangan Tiani untuk keluar dari fasa PTSD tu tak mudah, lagi-lagi dia sendiri seolah menidakkan. Dan aku tak expect langsung plot twist. Pedih yaa.
Nasib baik, Lukman ada. Lukman yang setia menunggu walau mereka tak terikat. Lukman, kawan keempat yang sentiasa ada mendengar dan melihat. Memberikan semangat saat Tiani lemah. Yang tak mengeluh walau sedikit apatah lagi putus asa. Chemistry Tiani-Lukman💜🥰💥🌻🤌🏽🌸🌠🥳
Tiani yang terlebih lurus, sangat menghiburkan. Lukman yang tak henti-henti bagi pick-up line aduhh. Comel! Paling aku suka they had one thing moments yang dorang share. All those conversations yang, "in legal we say...", terasa special and are so them! Comel sungguhlahhhh.
Dan sebagai penutup, haruslah tiga pasangan pertama buat cameo! Suka betul dengan babak-babak yang ada dorang ni. Masing-masing dah ada anak-anak, menguruskan anak-anak, ahhh I feels like a proud mommy🥺🥺 Dan tak lupa babak paling popular, Lukman kena 'culik' dengan Taufiq, Qadr dan Ziyad, walaupun Qadr dengan Ziyad tak tahu apa-apa. Miscommunication at its finest hahaha.
Tahniah kak Rehan untuk buku ni dan terima kasih kerana tamatkan kisah mereka dengan buku ni.
-thes
0 Comments