Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Terima Kasih, Luka
Penulis: Hasif Rayyan
Mukasurat: 459
Genre: Keluarga, Slice of life
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: 2023
ISBN: 978-967-2459-66-8
Blurb:
"Aku abah dia!"
"Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?" Poji membentak, sinis.
***
Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja.
Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. Dek selalu tersepit dalam pergaduhan mereka, Naura semakin hari merasakan dirinya dibenci dan dilihat beban pada keluarga.
Hubungan antara Poji dan abah semakin tegang apabila Naura tiba-tiba menghilangkan diri. Abah langsung tidak boleh diharap! - Itu yang Poji rasakan. Sedangkan abahnya pula menyalahkan Poji kerana gagal menjaga Naura.
Luka yang selama ini dipendam, membuatkan masing-masing menyakiti tanpa sedar. Seandainya nyawa menjadi taruhan, masih adakah ruang untuk Poji, abah dan Naura saling memaafkan kesakitan lalu?
Pertama sekali, cover novel ni comeiii. Novel bergenre slice-of-life dan kekeluargaan with a bit touch of action-thriller and crime. Jujurnya, aku cuma tahu buku ni bertemakan keluarga dan air mata jadi aku terkejut juga bukunya tebal. Aku mula membaca tanpa harapan yang tinggi dan bila babak Naura lari rumah, it's not even half of the novel aku dah macam, whyyyyy? Bukunya tebal lagi???? Tapi, aku puas hati dengan keseluruhan cerita.
Tamat SPM, Poji merancang untuk keluar dari rumah dan keluarga. Keputusan yang dia buat, membuatkan abahnya, Karim melenting. Naura, si adik yang tak tahu apa-apa mengenai rancangan si abang, menjauhkan diri. Hubungan dingin antara Poji dan abahnya semakin mendingin apabila Naura melarikan diri.
Kenalah dengan tajuknya, aku pun ikut terluka dengan Poji dan Naura. Bijak penulis mainkan emosi dan penyampaian beliau sangat dalam dan terasa ke dasar hati. Penggunaan kata yang mudah difahami, even dengan dialek Kelantan dan penceritaan yang santai membuatkan aku susah untuk letakkan novel ni sampaikan pukul 2 pagi pun aku masih membaca walaupun mata bengkak.
Watak-watak sampingan seperti Ijat, Razlan, Rahayu dan Awut semuanya menambahkan rencah dalam kisah Poji sekeluarga. Babak-babak yang ada gandingan Poji-Ijat tak sah kalau tak mengarut sekejap. Situasi tengah serious pun sempat mereka melawak. Tapi, bab tolong-menolong, tak diminta pun mereka buat. Razlan, watak pendukung yang ada untuk Poji dan Karim. Kalau takde Razlan susah kot nak sedarkan Karim. Rahayu pula menambahkan rencah cinta dalam hidup Poji. Cumanya sangat unexpected ya watak dia ni. Plot twist yang tak terjangka. Awut pula masalah besar dalam hidup Poji dan cerita ni.
Tahniah dan terima kasih penulis untuk kisah Poji sekeluarga. Looking forward untuk projek seterusnya!
-thes
0 Comments