Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Aura Luf
Penulis: Syaz Sufiy
Mukasurat: 614
Genre: Romantik, Drama
Penerbit: Fajar Pakeer
Terbitan: 2023
ISBN: 978-983-822-211-2
Blurb:
Orang lain tidak akan tahu sesakit apa yang sedang menghentam dada kita kerana di luarannya kita nampak hidup dengan sangat baik di dalam kesempurnaan yang indah.
Itulah apa yang sedang dilalui oleh Luf Gabriel dan Aura Iman Thania.
Aura nekad mahu mencari tahu kisah sebenar di sebalik gahnya nama keluarganya. Dari Rusia ke Malaysia, Aura cuba menguatkan hatinya yang seringkali rapuh itu untuk membela nasib si ibu.
Setiap pertemuan pasti ada sebabnya bukan? Siapa sangka, di dalam perjalanannya Aura bertembung pula dengan jejaka misteri bernama Luf Gabriel.
"Oh, by the way... nice legs, Versace girl." - LUF GABRIEL
Entah sengaja dirancang atau memang kebetulan, Luf Gabriel seolah-olah sentiasa ada di saat-saat sukar perjalanan Aura.
Namun personalitinya yang sentiasa berubah-ubah itu membuatkan Aura semakin curiga. Malah Luf menjadikannya tawanan pula!
"Awak culik saya ke apa hah, Luf?" - AURA IMAN THANIA
Ya. Luf menjadikan Aura tawanan kerana mahu membalas dendam tapi semakin lama dia menghabiskan masa bersama-sama dengan Aura, bara dendamnya semakin terpadam. Dari rasa ingin memusnahkan gadis itu, ia bertukar menjadi satu rasa ingin melindungi dan mengasihi.
"Kau tak takut dengan aku?" - LUF GABRIEL
"Saya tak pernah rasa selamat seperti ini, Luf." - AURA IMAN THANIA
Namun, saat hati sudah dipenuhi dengan rasa cinta, realiti menampar mereka berdua.
Di antara dendam dan cinta, pihak mana yang akan diberikan kemenangan?
Benarkah kesempatan kedua itu patut diberikan walaupun teruk hati dilukai dan jika benar, apakah kesempatan yang oatut diberikan?
Di saat dia jatuh tersungkur dan di dalam kepayahan untuk bangkit semula, ada pula tangan yang menghulur membuatkan kisah mereka semakin mencabar.
Pertama sekali, terima kasih cik penulis untuk novel ni (hadiah giveaway bulan April/May lepas yang aku nak buat video unbox tapi tak teredit pun haha).
Aura Luf mengisahkan Aura yang mahu mencari kebenaran di sebalik kematian ibunya dan Luf yang mendekati Aura untuk membalas dendam... Or that's what written on the back cover. Tak hanya fokus dengan kisah dendam dan merungkai kebenaran, Aura Luf juga menceritakan tentang peluang kedua.
Jalan ceritanya sangat fast-paced. Aku tak expect untuk tahu kenapa Luf berdendam dengan Isaac, abang Aura seawal 200 muka surat pertama. Dan aku tak expect, rahsia pembunuhan Aurora, ibu Aura dirungkai sebelum pembacaan aku separuh novel. Laju ya, dan tiada babak yang meleret jauh-jauh. Cuma aku agak slow untuk perasan time skip, sampaikan kena baca balik page sebelum.
Luf Gabriel. Dialah semerah-merah bendera merah. Tak berkenan betul aku dengan perangai dia dalam bab-bab awal. Heck, bab-bab tengah pun dia tak nampak hijau walaupun irisnya emerald green. Semerah ceri I tell you. Geram betul aku dengan perangai dia yang suka memaksa, melenting tak tentu fasal, suka ambil kesempatan dan cakap tak serupa bikin. Sayang, tapi lepaskan? Whyyyyy?
Aura Iman Thania. A naive but strong-willed girl. Watak dia mulanya a bit annoying untuk aku tapi disebabkan determination dia untuk merungkai asbab kematian ibunya walaupun ditentang Isaac dan Tuan Megat, aku mula sukakan dia. The moment dia lari dari Luf? Cheff kiss! Walaupun kejam sikit untuk Luf, tapi salah Luf so who cares?
Kimia antara Luf dan Aura, aku tak berapa feel. Lagi-lagi masa Luf ni merah menyala. Aura yang captive masa tu pulak kejap bengang, benci dengan Luf, alih-alih dia suka kat Luf. My brain not braining masa ni. Tapi lepas mereka berpisah. That's another whole story. The grovel scenes! I loikeeee! Masa ni baru rasa Aura, Luf, made for each other. Villain? Saya sedih. He's soooo good! Kenapa dia jahat hmm.
Side characters semua best walaupun ada certain tu tenggelam timbul macam Luna. Dia punca pastu dia macam hilang ada hilang ada. Dean dengan Uwais, penghibur tetap. Bila ada si kecil Bella, makin kiyooot cerita ni! Lagi-lagi bila Bella dengan Luna bergaduh sebab nakkan perhatian Ziyad. Haha comel jeee.
Overall, aku enjoy Aura Luf so much. Thanks again kak Syaz Sufiy untuk novel ni. First time baca, memikat ya! InsyaAllah akan check out novel-novel lain juga.
-thes
0 Comments