Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Bayang
Penulis: Siti Khadijah
Mukasurat: 609
Genre: Romantik, Aksi, Thriller
Penerbit: Penulisan2u
Terbitan: 2019
ISBN: 9789672102922
Blurb:
Ungkapan itu tidak akan dilupakan oleh SYADI ARSYAD buat seumur hidupnya. Diserang, diugut dan dipukul oleh lelaki misteri membuatkan ketenangan hidup Syadi sebagai insan seni, terganggu. Tanpa alasan yang pasti, nyawanya diancam bahaya. Syadi ketakutan. Lantas, keputusan dibuat. Syadi harus diawasi setiap saat dan setipa waktu. Cadangan untuk mengupah sorang pengawal peribadi diterima oleh Syadi tetapi bersyarat.
"Aku cuma nak perempuan ni jadi bodyguard aku. Dia atau bukan orang lain! Itu keputusan aku. Titik!" - SYADI ARSYAD
Keputusan yang dibuat oleh Syadi menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Namun, keputusan itu merupakan satu peluang yang terbaik bagi AINAN YUSRA. Dibelenggu dengan hutang yang ditinggalkan oleh ayahnya, memaksa Yusra bekerja keras. Dia sanggup menjadi pengawal peribadi kepada Syadi tanpa memikirkan maksud di sebalik tawaran itu.
"Aku tahu, banyak salah aku kepada kau dulu. Tapi tu waktu kita tak matang. Kau tak boleh libatkan perkara lepas dengan perkara sekarang. Kalau kau yang dulu bukan kau yang sekarang, aku pun sama. Aku tahu aku salah, aku minta maaf! Tak cukup lagi ke?" - AINAN YUSRA
Namun, kata-kata maaf yang diucapkan oleh Yusra seakan-akan tidak berbekas dalam hati Syadi. Kesalahan dahulu terus diungkit. Walaupun kemaafannya tidak diterima tetapi Yusra tetap menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin sehingga Syadi mengakui kepentingan Yusra dalam hidupnya.
"Aku ambil kau jadi bodyguard untuk lindungi aku daripada segala bahaya, jadi mulai sekarang aku nak kau jadi bayang aku. Bayang yang takkan tinggalkan aku walaupun dalam gelap, faham?" - SYADI ARSYAD
Yusra akur. Walaupun pelbagai bahaya yang datang, dia siap untuk menghadapinya demi Syadi. Tanpa sedar, rasa aneh mula menjalar dalam hati mereka. Tetapi, belum sempat rasa itu mekar, hati Syadi hancur berantakan! Rasa yang ingin mekar, layu kembali.
Mampukah Yusra menjadi bayang untuk Syadi buat selama-lamanya? Hati kedua-duanya ancur. Apakah sebenarnya yang terjadi? Mungkinkah, bayang akan lebih bersinar daripada cahaya?
"Anggap saja kesakitan yang aku rasakan setiap kali melindungi kau sebagai balasan untuk sikap aku terhadap kau dulu." - AINAN YUSRA
Adi Arsyad atau nama sebenarnya Syadi Arsyad menerima ancaman bunuh apabila seseorang telah memecah masuk ke apartmennya dan cuba untuk membunuhnya! Tak henti setakat itu, dia menerima surat yang mengandungi ancaman. Tanpa sebab. Atas gesaan pengurus merangkap kawan baiknya, Rafi untuk mengambil pengawal peribadi membuatkan dia alah. Tetapi kad nama Ainan Yusra yang tertinggal di bilik peribadi hospital yang menempatkannya membuatkan Syadi berubah fikiran.
Ainan Yusra, menjadi pengawal peribadi bukanlah rancangannya tapi dia rasakan pekerjaan itulah yang paling sesuai dengannya. Demi melunaskan hutang ayahnya, dia menerima jawatan sebagai pengawal peribadi buat Syadi walauapun lelaki itu dingin dengannya. Tak dia sangka, si 'apek' sudah berubah 180 darjah menjadi penyanyi popular di Malaysia. Kerana kesilapan lalu, Yusra terpaksa menjadi bayang Syadi walau dalam kegelapan.
Kerana dendam lama, Syadi mengambil Yusra sebagai bodyguard. Aku agak pelik kenapa Syadi ni berdendam sangat sedangkan Yusra langsung tak mengecam Syadi. Macam-macam yang Syadi arahkan Yusra buat walhal bukan bidang tugasnya pun. Tapi, lepas balik ke kampung Syadi, barulah terbuka mata Yusra dan mula kenal siapa sebenarnya Syadi.
Bagi aku yang memang sukakan cerita bergenre aksi romantik, aku sangat enjoy membaca buku ni. Identiti yang mengugut Syadi sangat misteri dan memang aku tak boleh teka. Ceritanya juga bersangkut paut dengan kejadian yang berlaku berbelas tahun lalu yang melibatkan orang tua Syadi jadi agak susah nak teka.
Babak aksi memang tiptop. Aku suka gila dengan watak Yusra yang bukan perempuan tipikal. Iyalah, dia pun kerja as bodyguard, mana boleh jadi damsel in distress, ye dok? Syadi yang acah-acah tak kisah kalau Yusra cedera, dialah yang terpaling risau. Hahaha. Tulah mulut aje kata benci tapi hati sayang. Gitchewww. Tapi, dia ni ego eee geram jugaklah. Plot twist, aku macam expect tapi macam tak expect haha. Kira terkejut jugalah plot twist tu.
Overall, aku enjoy baca buku ni and first time baca buku SK yang genre ni. First buku yang aku baca buku Rindu Dalam Sepi. Comfort book juga yang tu. Apapun, tahniah cik penulis! InsyaAllah lepas ni kita check buku-buku lain pula.
-thes
0 Comments