Tajuk: Silat Warrior
Penulis: Sharina Elisa
Mukasurat: 136
Genre: Slice of life, Sukan, Novela
Penerbit: Bookiut
Terbitan: 2022
ISBN: 9789563696253
Related title(s): Silat Warrior: Government Special Agency
Blurb:
Meen tidak memilih untuk menjadi pendiam tetapi terpaksa diam kerana apa yang terlintas dalam fikirannya tidak pernah sama dengan apa yang bibirnya lontarkan. Pada ketika mereka di sekeliling menuduhnya biadap, Kamarul bertindak memahami meski mereka tidak pernah sebulu.
Meen pernah memenangi pingat emas pada Kejohanan Silat Peringkat Negeri ketika usianya 12 tahun. Disebabkan insiden kecelakaan, Meen dihurung trauma. Dia menjauhkan diri dan enggan bersilat lagi. Bahkan, tegar membiarkan sahaja dirinya dibuli biarpun, tubuhnya disakiti.
Kamarul tidak betah membiarkan Meen tersungkur jatuh. Dia tidak mampu berpejam mata membiarkan Meen semakin jauh. Dia perlu lakukan sesuatu agar semangat Meen untuk beraksi di gelanggang kembali riuh.
"Dia mungkin lebih hebat daripada abang. Maafkan saya sekali lagi. Saya tak cakap kosong. Kalau dulu, dia mungkin saingan saya tapi sekarang, serangannya seperti kilat. Sedar-sedar, lawan dah berada di tanah. Tersungkur tanpa orang tahu apa yang berlaku." - KAMARUL
Kerana trauma, Meen meninggalkan silat walaupun datuknya merupakan guru silat di kampung. Kamarul, jiran merangkap pembuli kelasnya yang juga anak murid datuknya suka mengganggunya walaupun dia buat tak layan.
Masa mula-mula baca, aku keliru betul dengan gender si Meen ni hahaha. Gambar dekat cover lelaki, namanya macam perempuan, cerita awal-awal takde pulak meng-gender-kan dia sampailah adik Meen, Humaira panggil dia abang hahah. Barulah tahu Meen ni lelaki. Untuk sebuah novela, banyak tema yang penulis bawakan dan memadatkan cerita. Paling aku suka adalah persahabatan antara Meen dengan Kamarul.
Kamarul dan Meen sangat matang untuk budak sekolah menengah. Kamarul terutamanya. Dia tak pentingkan diri sendiri dan sanggup tolong Meen untuk keluar daripada traumanya. Well, approach dia tu ajelah yang tak matang. Aku suka cara penulis gembarkan setiap gerakan silat, membuatkan aku terbayang-bayang macam mana gayanya.
Disebabkan tema kesihatan mental dan buli, aku tak rasa aku boleh letakkan buku ni dalam kategori bacaan santai sebab memang tak santai haha. Agak berat juga temanya tapi diseimbangkan juga dengan kisah persahabatan Kamarul dan Meen. Ditambah juga dengan dua orang kawan baik Kamarul, Ijat dan Mut yang kadang-kadang masuk air. Memang terhiburlah dengan mereka.
Apapun, tahniah penulis untuk novela ni. InsyaAllah nanti saya baca SW:GSA pula. PBAKL haritu terlupa nak beli hahaha.
-thes
0 Comments