Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Nama Aku Syaiful Rizal
Penulis: Rina Khan
Mukasurat: 346
Genre: Jenayah, Keluarga
Penerbit: Anaasa Publication
Terbitan: 2018
ISBN: 978-967-0870-64-9
Blurb:
Kehidupan Syaiful Rizal berada di titik sempurna. Di usia belum mencecah 30, Syaiful memiliki segalanya. Malah ura-ura untuk melangkah ke alam perkahwinan juga telah bermula. Namun di sebalik semua ini, Syaiful mempunyai satu rahsia hitam yang tak pernah diketahui sesiapa.
Syaiful bukan lelaki biasa. Dia adalah anggota kumpulan perompak yang mengganas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur sekian lama. Namun demi masa depan yang cemerlang, Syaiful mahu mengubah hala. Dia beriltizam untuk cuci tangan dan kambus terus rahsia hitamnya dari mata dunia.
Takdir hidup tidak seperti yang dirancang. Nyawa anak saudaranya menjadi taruhan. Musibah yang menimpa Amira secara tiba-tiba memaksa Syaiful sekeluarga mencari dana sebanyak RM200,000 dalam sekelip mata. Suatu jumlah yang Syaiful tak punya.
Eddy, ketua kumpulan rompakannya telah sedia dengan satu 'projek besar'. Sasaran mereka Dino, pengedar dadah terbesar Kuala Lumpur. Bagi Eddy, tiada salahnya mereka 'mengorbankan' pengedar dadah yang telah lama 'membunuh' bangsa Malaysia.
Haruskah Syaiful meneroka semula jalan hitam yang hendak ditinggakan itu? Wajarkah dia mengorbankan masa depannya yang telah tersusun cantik demi menyelamatkan anak abangnya yang mungkin telah tercatat ajal? Bagaimana pula kalau dia kantoi kali ini?
'Nama Aku Syaiful Rizal' adalah kisah marhaen yang tak didendang. Kisah kasih sayang dan pengorbanan. Kisah kesetiaan dan keikhlasan di dalam kehidupan yang bersalut noda dan dosa. Kisah kau dan aku yang boleh terjadi pada bila-biila masa.
Syaiful Rizal, di Kedah dia hanyalah seorang pemilik gim biasa yang mempunyai seorang kekasih, Dahlia. Tapi, apabila dia turun Kuala Lumpur, dia seorang ahli kumpulan rompakan. Kerana niatnya untuk berkahwin dengan Dahlia, Syaiful nekad mencuci tangan walaupun Eddy, ketua kumpulan mereka khabarkan operasi baru yang mungkin menguntungkan mereka berjuta. Berita pembedahan untuk membuang ketumbuhan di kepala anak buahnya, Amira memakan kos sebanyak RM200,000 memaksa Syaiful setuju dengan rancangan Eddy. Rahsia yang selama ini disimpan ketat, terungkai kerana desakan Syaiful Azam, si abang yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anaknya.
One misstep, the whole plan crumbles. Di mana salahnya? Aku dah lama tak baca naskhah yang berfokuskan jenayah dan keluarga. Rancangan Eddy untuk merompak Dino, si tokan dadah yang mempunyai ramai konco jadi mereka sepasukan, Eddy, Syaiful, Azam, Jed dan Pya menyusun strategi sebaik mungkin.
Buku ni penuh dengan debaran dan setiap babak diatur rapi tanpa cela. Semasa mereka pecah masuk banglo Dino untuk mendapatkan peti besi, tangan aku sejuk! Seram jika mereka tersalah langkah. Dan tersalah langkah tu tetap berlaku. Dan kerana itu, geng Dino retaliate! Lagilah mendebarkan. Dan yang jadi selepas itu, aku speechless, tak expect pun berlaku.
Novel ni banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Pertama, the end does not justify the mean. Sebagai muslim, semua yang dalam kumpulan rompakan Eddy tu tak sepatutnya pun setuju dengan rancangan gila Eddy. Tak kantoi tapi masih salah di sisi undang-undang dan agama. Walaupun hasil rompakan tu ada yang diagihkan kepada asnaf. Kedua, terdesak macam mana sekalipun, jangan sesekali mencari sumber haram. Azam yang perlukan duit untuk surgery anaknya terpaksa membayar harga yang tinggi. And last but not least, rendahkan ego. Untuk semua yang terjadi selepas Dino, Syaiful masih tak mahu mengaku salahnya. Hukuman dunia dia mungkin terlepas tapi di sana, tiada sapa yang tahu. Geram jugalah aku sebab dia hilang kawan-kawan dan abang tapi masih tak mengaku penglibatan dia yang sebenar. Fuhhh. Dan agak tak logik jugalah kenyataan saksi yang mestilah taktahu apa yang Syaiful cakap pada pihak polis tapi boleh selari. Entahlah.
Overall, puas hati dengan novel ni walaupun saya tak setuju dengan ending. Nakkan cerita jenayah yang full of suspense but also filled with humor? Bolehlah pick up novel ni. Gerenti tak menyesal😏😏
-thes
2 Comments
Review yang menarik buat saya nak mencari buku ni. hahaha
ReplyDeleteihiii terima kasih! trylah cari kot-kot ada
Delete