Terang Bulan by Fakhrull Halim

 Assalamualaikum, good day dearest! Lama dah ek tak update blog huhu




Tajuk: Terang Bulan 

Penulis: Fakhrull Halim

Mukasurat: 293

Genre: Misteri, Psikologi

Penerbit: Prolog Media

Terbitan: 2019

ISBN: 978-967-15370-8-4

Blurb:

Setiap manusia ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.


Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...

...

Sin mempunyai segalanya; kemasyhuran, kekayaan, dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki, ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?


Antara Badar dan Sin, ada satu garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!


Aku salah timing betul masa mula baca buku ni. Bilik kosong sebab rumet balik rumah. Asrama sunyi sebab musim exam. Jam pulak dah dekat dua pagi. Konon nak membaca kasi ngantuk eh terover drive otak sendiri pulak dengan segala senario-senario ciptaan bila takut. Macam-macamlah yang dibayangkan. Makanya teruslah tutup lepas bab 1, buka lampu common area lepastu play yasin sampai pagi hahaha.


Ini kisah Badar, seorang pelajar universiti yang secara tiba-tiba mengalami peristiwa mistik. Dia diganggu oleh makhluk halus yang menyerupai kawan-kawannya. Keadaan semakin buruk apabila dia sedar yang kawannya mati seorang demi seorang. Kunci kepada segala persoalan Badar hanya ada pada Zamir. Ini juga kisah Sin, penyanyi popular yang sinonim dengan simbol seksual yang punya segalanya. Dalam kemeriahan hidupnya, Sin terasa kosong dan tekad untuk membunuh diri. Pertolongan yang dihulurkan Zarul disambut baik. Dan antara Badar dan Sin, ada satu garis halus yang memisahkan. 


Aku cuma tahu cerita ni berkenaan dengan addiction, jadi aku sangka tag 'Bacaan Matang' tu merujuk kepada apa-apa yang berkaitan dengan addiction. Tak sangka pulak aku ada babak seram borderline gore yang dah serupa cerita fixi haha. Sangat descriptive ya babak-babak kematian kawan-kawan Badar. Kalau movie ni aku tengok dari celah jari, ni nak membaca cemana hahaha. Pasrah je la nokk.


Untuk sebuah novel yang membawakan tema yang tabu, aku ucapkan tahniah kepada penulis atas keberanian dan kejayaan novel ni. It was executed nicely. Dalam takut-takut aku, tetap gigihkan diri habiskan buku ni sebab ceritanya sangat gripping. Paling aku suka, tiada babak yang meleret-leret dan ceritanya yang fast paced dengan hantu yang mengejar Badar, Sin yang mahu lari dari realitinya, identiti sebenar Zamir dan juga pertolongan Zarul, semuanya disusun dan diceritakan dengan cantik. 


Untuk sebuah naskhah yang kurang dari 300 mukasurat, buku ni berjaya menimbulkan pelbagai rasa. Seram dengan hantu yang mengejar Badar, geli-geleman dengan Sin, bengang dengan Raden Mustafa, bersyukur dengan Zarul dan Rahman, kesian dengan Badar dan akhirnya gembira untuk Sin. Cukup, lengkap segala rasa. Kudos penulis! Looking forward for your next project!


Buku ni sangat worth reading and tak menyesal aku baca! Cuma kalau korang jenis penakut macam aku, bacalah waktu siang hari haha. Done pesanan khidmat masyarakat. 





ps: cover lawa gila!

-thes

Post a Comment

2 Comments

  1. best novel ni. awal tu seram giler..tak expect part tu kat permulaann cerita..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaaaa!! dia masuk je lif, hati kita dupdapdupdap dah... tak expect betullah babak-babak seram

      Delete