Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Bintang Tanpa Nama
Penulis: Ainulfarihah.
Mukasurat: 389
Genre: Slice of life
Penerbit: JIWA
Terbitan: 2024
ISBN: 978-629-7561-17-2
Blurb:
Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang.
Terpulang - dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.
Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya.
Ilham, penyeduh kopi di kafe 'Kita, Usai' punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.
Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat - kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.
Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga.
Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.
Selepas YPPAK yang mncarik-carik hati aku yang membuatkan aku susah nak move on dan sampai sekarang tak sanggup nak baca semula walaupun hati aku meronta-ronta, aku prepare hati dan akal untuk pick up buku ni. One thing for sure, naskhah kali ini bukan untuk semua. Genre slice-of-life yang dibawakan penulis kalini bergerak perlahan yang mungkin akan membuatkan sesetengah pembaca tak suka. Aku sendiri berhenti sekejap untuk kumpul mood.
Aya Sofia berpindah semula ke kota Kuantan atas tuntutan kerja sebagai seorang peguam jenayah. Perpidahan dia juga kerana seorang lelaki bernama Ilham yang bekerja sebagai barista di kafe 'Kita, Usai'. Perkenalan daripada sekolah rendah dan rasa suka yang terpendam lama dalam hati masing-masing merapatkan hubungan mereka. Namun, yang indah dahulu takkan selamanya indah. One turning point menjauhkan mereka yang kembali rapat. Sehingga, semuanya berubah, seharusnya keadaan.
Naskhah ni tidak menyajikan kita dengan plot yang berat mahupun menyayat hati. Ilham mahupun Aya, kedua-duanya menyimpan luka dalam diam. Kisah Ilham dan kisah Aya merupakan kisah cinta dan heartbreak. Kisah yang mereka simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Kisah yang jika diteliti, dekat dengan sekeliling kita. Pertemuan semula mereka membawakan ketenangan dan kegembiraan, walau sementara bak bintang di malam pekat. Naskhah ni, sangat bittersweet. Seolah kau tahu apa yang akan jadi dan bila terjadi, you just accept it because it doesn't hurt as much.
Walaupun naskhah slice of life dengan ketebalan hampir 400 muka surat, aku tak bosan membaca. Penulis bijak mengolah cerita dengan babak-babak yang relatable seperti bertemu guru lama, camping dengan kawan-kawan, dan meddling friends. Dihidupkan lagi dengan momen-momen di mahkamah sementelah Aya seorang peguam yang membuatkan aku sebagai orang awam sangat tertarik. Paling menyenangkan bila takde/kurang legal term yang digunakan without explanation. Jadi, pembacaan aku sangat mudah dengan babak berkaitan kerjaya Aya.
Overall, aku senang dengan kisah Aya dan kisah Ilham. Dan aku nak berterima kasih juga dengan penulis sebab kenalkan aku dengan lagu-lagu dari seberang yang aku tak pernah dengar.
-thes
0 Comments