Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Bayang Sofea
Penulis: Teme Abdullah
Mukasurat: 490
Genre: Misteri, Suspen
Penerbit: IMAN Publication
Terbitan: 2024
ISBN: 978-629-7665-12-2
Blurb:
"Do you really think you can run from us, Sofea?"
*
Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.
Namun, pertemuan dengan Danny - seorang atlet tinju tersohor - mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya - tetapi dengan harga yang mahal.
Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.
"You've sold your useless soul. We bought it. Now, it's time for us to claim what's our."
Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.
"Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!"
Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan - turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?
Selain Siri Jalanan, karya teme kalini adalah yang paling dekat and relatable dengan hidup kita jadi nak membaca and menghayatinya pun mudah. Dan kalau korang pembaca tegar karya teme, mesti korang pun akan perasan yang buku ni adalah kisah terawal dalam garis masa dunia fantasi teme.
Bayang Sofea merupakan kisah biasa pada awalnya. Seorang pekerja bawahan yang berkaliber tinggi tetapi sering dipergunakan superiornya, Jess. Pertemuan semula dengan Danny, seorang ahli tinju bertaraf antarabangsa mengingatkan Sofea pada sisi lalunya. Perjanjian yang dia buat dengan sebuah organisasi rahsia untuk memajukan diri. Organisasi rahsia yang dahulunya dia berjaya larikan diri dan sekarang muncul menuntut hak mereka ke atas Sofea.
Kerana pertolongan mereka, Sofea perlu patuh dengan setiap permintaan organisasi rahsia itu. Mereka setiasa memerhati, tanpa dia sedar. Kata ganti nama yang lelaki misteri yang muncul untuk berkomunikasi dengan Sofea sangatlah membuatkan aku freak out tanpa sebab. 'Kita'. Ish, aku pun guna 'kita' kalau nak cakap dengan certain people. Ni mereka pulak yang guna kita. Tak comel okayyy.
Cubaan teme menulis genre misteri dan suspens bagi aku sangat berjaya sebab aku sangat hooked dari awal sampai habis. Dengan story pace yang laju tanpa babak yang meleweh, makin lajulah aku baca. Lagi pulak aku geram dengan Sofea yang langsung tak reti nak terang-terang melawan Jess yang sentiasa pergunakan dia. Boleh pulak dia ikutkan kehendak organisasi rahsia tu untuk jatuhkan Jess, ish geram sungguh! Dan bila sampai ke kemuncak yang mengubah segalanya, plot twist yang tak terjangka, aku tergamam dan terkaku sekejap. Barulah macam semuanya macam make sense.
Tak cukup dengan genre misteri, teme explore juga genre romantik yang jarang beliau ketengahkan dalam karyanya. Tolak STP, rasanya buku ni je yang ada kisah romance. Haruslah kita adore Danny yang penyayang dan lembut, berbeza dengan kerjayanya sebagai peninju yang lebih kasar. Dan momen ketenangan Sofea hanya ketika dia bersama Danny, just perfect.
Bagi aku, ending cerita Bayang Sofea, sempurna. Walaupun cerita mengenai organisasi rahsia yang mengejar Danny hilang begitu saja selepas plot twist, aku tetap tak ada complaint sebab my perfect ending was second theory (he died, they got to him, they gone). Aku tak setuju dengan teori ketiga sebab watak Bustamin juga akan hilang. Teori keempat pulak akan menghancurkan seluruh dunia fantasi teme ni. Sofea hanya mambayangkan, rantai leher tak wujud, STP gone, KTDD dan Empayar hanya akan jadi satu kemungkinan. Walaupun semua cerita boleh dibaca tanpa baca cerita yang lain dulu, aku lebih suka kalau setiap cerita nampak berkaitan seolah-olah dalam satu universe dengan timeline yang sangat panjang. So yeah, I trusted the safest theory for my peace of mind. Tapi tak dinafikan, ayat terakhir membuatkan aku termenung jauh mengira bintang.
Syabas dan tahniah teme untuk cerita Bayang Sofea ni!
p/s: design cover buku sentiasa membuatkan jantung aku langkau satu beat sebab ingatkan spine patah uhuk
-thes
0 Comments