Signature Jalanan by Teme Abdullah

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Signature Jalanan 

Penulis: Teme Abdullah

Mukasurat: 227

Genre: Slice-of-life

Penerbit: IMAN Publication

Terbitan: 2019

ISBN: 978-983-2423-73-7

Related title(s): Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Penulis Jalanan

Blurb:

"Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula-mula tadi...


Rasa macam seakan-akan dilahirkan bodoh daripada orang lain.


Orang lain boleh score exam. Aku pulak tak boleh score. Dahlah lambat membaca. Huruf-huruf pun aku tertukar-tukar. Gagap pula tu...


Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diorang tak lalui. Diorang ingat aku memang malas. Diorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi sama macam orang lain."


Buku ni antara buku yang lama gila dalam TBR aku. Kalau tak salah aku beli hujung 2019/awal 2020 dan nampaknya pertengahan 2024 baru aku mula membaca. Pernah buka tapi aku berhenti selepas baca dedication atas sebab tertentu. All in good time, I guess. Kebetulan cuti raya puasa haritu aku teragak nak baca lepas habis exam jadi aku pun bawalah balik KL. Rezeki juga sebab tiba-tiba teme announce M&G teruslah kita bawa jumpa penulis. Rasa macam fitting pulak dengan title haha.


Aku habiskan bacaan dalam satu hari je sebab susah betul nak letak ya. Lagi-lagi kisah siri Jalanan kalini berlatar belakangkan di asrama dengan watak-wataknya merupakan pelajar tingkatan 5. Rasanya setiap bab ada aja yang menggamit memori. Aih, rindu pulak dengan zaman tu.


Menelusuri kisah lima sekawan yang masing-masing punya personaliti dan latar belakang berbeza membuatkan kisah persahabatan dalam siri Jalanan kalini sangat cantik. Ben, seorang pelajar bijak dari aliran sains teknikal, kata orang gifted kerana walaupun sibuk dengan aktiviti kokurikulum masih mampu cemerlang dalam peperiksaan. Joe, seorang atlet bola keranjang yang lemah dalam pelajaran terutamanya addmath. Oki, salah seorang pelajar bijak yang menjadi mentor kepada rakan-rakan setingkatannya dan banyak membantu Joe. Zack, pelajar aliran sains agama yang juga merupakan seorang ketua BADAR yang terkenal dengan ketegasannya. Alif, seorang pelajar yang terkenal dengan masalah disiplin dan tidak mengambil serius dengan pelajarannya.


Naskhah yang menyajikan cerita ringkas tapi ada pengajarannya. Setiap watak dalam SJ ni ada satu perkara yang kita boleh ambil iktibar. Ben, belajarlah untuk kata tidak. Joe, usaha selagi belum sampai ke garisan tamat. Oki, sentiasa ada untuk sahabat. Zack, belajar untuk menerima nasihat walaupun terpaksa akui kesilapan. Alif, bermimpilah setinggi langit, berusahalah sekuat seladang. 


Setiap watak ni hidup mengingatkan aku dengan beberapa orang batchmates, jadi cerita ni terasa dekat dengan aku. Lagi-lagi si Joe ni. Sebagaimana Joe, aku pun tak suka addmaths. Sepanjang belajar addmath, dua kali je aku pernah lulus haha single digit mark pun aku pernah merasa. Sampaikan cikgu addmath aku pernah tanya aku berdendam dengan dia ke sebab math mod aku boleh score A, A+ sekali addmath nak lulus pun payah uhuk. Dan sampai sekaranglah aku tak ada jawapan untuk soalan cikgu tu. Alhamdulillah SPM dapat B. Berkat telek past year, baca soalan baca jawapan agaknya. Tapi itulah, masuk higher education baru nampak function addmath ni celah mana.


Aku seronok sangat baca karya teme yang ni sebab tak berat dan penuh dengan memori-memori zaman sekolah. Banyak betul benda yang relate membuatkan aku rindu betul dengan zaman tu. Kisah persahabatan mereka berlima ni walaupun tak nampak keseluruhannya, tetap indah dengan cara mereka. Turun naik persahabatan, itukan biasa. Semoga Allah merahmati mereka, di mana pun mereka berada. Untuk adik-adik yang nak SPM tak lama lagi, best wishes to you!


p/s: dalam banyak-banyak buku teme, cover buku ni paling aku suka

-thes

Post a Comment

2 Comments