Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Maddoc
Penulis: Zura Rahman
Mukasurat: 285
Genre: Romantik
Penerbit: ZR Publishing
Terbitan: 2023
ISBN: 978-967-26785-2-6
Related title(s): #Ghost, #Ghost 2, Viper, Citiboy
Blurb:
Apabila delegasi saintis yang baru pulang dari Wuhan, China diserang, Team Alpha diarahkan unntuk memberi kawalan keselamatan kepada Dr. Hailey, satu-satunya saksi di dalam kejadian tersebut dan orang terpenting di negara pada waktu kini. Dr. Hailey merupakan seorang saintis muda yang berbakat yang diberi tanggungjawab untuk mencipta vaksin Covid-19 untuk Malaysia.
Di Safe House, Dr. Hailey tidak menyangka bahawa dia akan bertembung kembali dengan bekas kekasih tidak jadinya. Masalahnya sekarang, Dr. Haidar sudah bergelar MadDoc. Scalpel sudah bertukar dengan pistol. Jubah doktor berganti pakaian taktikal.
"Apa yang telah berlaku sepanjang tempoh mereka berpisah?" - DR. HAILEY
Safe House menemukan mereka semula, namun... Dari bahasa tubuhnya sahaja dia dapat meneeka bahawa wanita itu masih menyimpan dendam. Dr. Hailey senantiasa di hati, namun dia ada satu masalah. Nak buat misi kamikaze atau nak kekal cool, dan merisikokan satu-satunya peluang yang ada?
"Masih adakah peluang untuknya?" - MADDOC
Cinta tak semestinya bersatu; bersatu tak bermakna cinta.
Safe House mengungkap segala-galanya...
Maddoc aka Haidar merupakan seorang doktor tentera dan abang long dalam Alpha yang sentiasa menjaga kebajikan rakan-rakannya. Code name Maddoc merujuk kepada Mad Doctor atau doktor gila kerana reputasinya yang berani melakukan pembedahan dalam keadaan serba kekurangan di medan perang. Atas sebab-sebab tertentu, Tuan Zain telah mengrekrutnya ke dalam team Alpha walaupun dia tiada latar belakang tentera atau polis.
Kisah Maddoc ni merupakan sebuah kisah cinta dan peluang kedua. Kekasih tak jadinya di zaman universiti telah menjadi seorang individu yang perlu dilindungi. Dr Hailey merupakan salah seorang saintis yang telah berjaya mencipta vaksin untuk wabak COVID-19. Kepulangannya di Malaysia telah disambut dengan insiden serangan oleh pihak yang ingin merampas formula vaksin itu. Oleh itu, team Alpha telah diarahkan untuk melindungi Dr. Hailey.
Aku baca buku ni dengan expectation buku ni akan fokus kepada hubungan Maddoc dan Dr. Hailey, macam mana dia tackle balik Dr. Hailey sebagaimana Viper. Rupanya, kisah Maddoc dan Dr. Hailey ni tak semudah yang disangka. I did not see it coming. Plot twist tentang Maddoc yang membuatkan aku termenung seketika. And another plot twist yang mengubah perjalanan cerita membuatkan aku susah nak tulis review, takut terspoil cerita.
Mengikut kefahaman aku, buku ni asalnya sebuah ebook dan kemudian dibukukan dengan penambahan beberapa babak. Untuk buku Maddoc ni aku habiskan dalam masa 2-3 jam saja sebab tak terlalu tebal. Lagipun, aku memang suka dengan penulisan Kak Zura. However, I have to say, buku ni banyak yang boleh dikembangkan lagi sebab ada beberapa bahagian yang aku rasa lompong. Cerita zaman lampau Haidar dan Hailey pun aku rasa tak berapa kuat sampaikan Hailey marah sangat dengan Haidar. Other than that, sebagaiman buku-buku dalam spin-off Ghost series, Maddoc ni penuh dengan babak aksi yang membuatkan aku tak senang duduk. Dan semestinya babak usik-mengusik antara team Alpha dengan Maddoc. Mike haruslah ambil peluang mengenakan abang long. Tak kering gusi la kalau baca babak mereka. Hoot macam biasa, paling senyap, paling misteri antara mereka.
Apapun, tahniah kak Zura untuk Maddoc ni! Tak sabar nak dapatGhost 3 & 4 yang akan datang pulak.
-thes
2 Comments
nampaknya mcm kena cari buku ni nnt
ReplyDeletecariiii!! Cuba tengok dekat shopee tapi lagi senang kalau beli dekat penulis sebab buku ni self-published. Kalau dah habis physical copy, boleh beli yg ebook version. Sama aja jalan ceritanya. Nak order dekat kita pun boleh! (Cuma tahun depan baru buku order untuk ebook huhu)
Delete