Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: #Ghost
Penulis: Zura Rahman
Mukasurat: 614
Genre: Romantik, Thriller, Aksi
Penerbit: KarnaDya
Terbitan: 2017
ISBN: 9789674062606
Related title(s): #Ghost 2: The Redemption, Viper, Citiboy, Maddoc
Blurb:
Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Code namenya - GHOST
Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.
Budi yang ditabur, telah mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?
Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.
"If there's no one else you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself, you have to trust me." - GHOST
Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?
"Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.. penuh kedukaan. Dia... diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah." - DR DARYN AREENA
Siapa dia yang sebenarnya?
Perkenalan mereka bermula dengan ugutan dan rayuan. Rid yang cedera parah ugut Dr. Daryn untuk merawatnya sementara dia ketakutan dengan lelaki yang muncul dengan luka tembakan. Kerana satu pertemuan ini, Dr. Daryn turut sama diburu.
Cerita novel ni cerita klise yang "let's get married so that it'll be easier for me to protect you", tapi it's quite good. Identiti Rid yang bermula dengan seorang ahli kumpulan Gagak Hitam kemudian pembelot yang dikenali sebagai Ghost dan akhirnya Kimi Rafael, lelaki yang dinikahi Daryn di Thailand sangat menarik minat aku. Dia yang tak teragak-agak bunuh musuh, dia yang tak berperasaan, dia yang suka memaksa, dan dia melindungi.
Dr. Daryn aka Arin pulak biasa-biasa je bagi aku. Cuma dia punya kepala batu tu ya Allah, aku rasa nak hempuk-hempuk je. Dah kata jangan keluar, dia keluar jugak ish. Paling geram dengan babak merajuk nak lari daripada Kimi walaupun dah tahu bahaya dan setiap kali tu jugak dia ikut kepala dia. Panas hati ooo. Babak aksi tu sekadar memadai and berjayalah keep aku punya interest. Babak-babak sweet lagi ngam bila Kimi and Arin dedua boleh berdamai.
Satu yang agak kurang pada aku, bila ada certain babak tu intinya macam berulang. Contohnya, Pak Da cerita pasal asal usul kampung dia. Cara penceritaan lain tapi infonya masih sama. Agak tak best kat situ bila baca benda sama berulang kali.
Pertanyaan aku tentang identiti Jeffry dalam hidup lalu Arin sampai ke sudah tak terjawab. Soalan kenapa Arin anti dengan polis pun macam tu je. Harapnya terjawab la dekat #Ghost 2.
-thes
1 Comments
Geram dengan sikap Arin tu.. hahaha
ReplyDelete