Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Viper
Penulis: Zura Rahman
Mukasurat: 289
Genre: Romantik, Aksi
Penerbit: ZR Publishing
Terbitan: 2022
ISBN: 978-967-26785-0-2
Related title(s): #Ghost, #Ghost 2, Citiboy, Maddoc
Blurb:
Viper, yang merupakan pakar bahan letupan dan juga ahli Alpha Team, telah dihantar melakukan satu operasi tetapi dia telah melanggar arahan. Sudahnya, Viper telah digantung tugasan dan diminta untuk memberi latihan ketenteraan kepada perajurit muda.
Di situ, dia telah bertemu dengan Kapten Puteri Thalia Amanda, seorang jurulatih yang garang. Apabila Viper bertemu dengan Singa Betina, sesuatu yang tidak dapat dielak telah berlaku.
"Saya bukan perempuan. I am soldier." - KAPTEN THALIA
"You will regret this, captain." - VIPER
Apabila persengketaan telah tamat, timbul pula halangan lain. Tanpa pengetahuan Viper, Kapten Thalia bukanlah seperti yang disangka. Satu persatu masalah timbul dan rahsia yang tercungkil. Konflik berterusan sehinggalah Viper telah dihantar ke Afghanistan secara tiba-tiba dan dilaporkan telah hilang.
"Awak kelakar." - KAPTEN THALIA
"Saya memang kelakar, tapi saya sangat berbahaya." - VIPER
Pelbagai soalan telah timbul.
Siapakah Kapten Puteri Thalia Amanda? Apakah hubungannya dengan kehilangan Viper? Manakala Viper... adakah dia masih berbisa dan berbahaya?
Viper, pakar bahan letupan merupakan kisah Jed, kawan baik kepada Kimi Rafael aka Ghost. Novel ni merupakan spin-off siri #Ghost dan boleh dibaca secara stand alone. Cuma bagi aku, lagi best kalau baca ikut turutan. Dari #Ghost 2, aku ingatkan adalah harapan untuk Jed dan Sue tapi rupanya tidak. Dah namanya Viper, lawannya kenalah setanding dirinya yang gah. Err... tapi dia terpilih yang terlebih gah la pula.
Kapten Puteri Thalia Amanda, seorang jurulatih yang diberi jolokan Singa Betina. Semuanya gara-gara perwatakannya yang garang dan tegas serta kehebatannya dalam seni pertahankan diri. Setiap lelaki yang cuba mendekatinya, dilayan dingin. Termasuklah Viper. Salam perkenalan yang dihulur berkali-kali dijawab dingin sehinggalah dengan yakinnya dia mencabar lelaki itu di dalam gelanggang.
Viper. Jatuh cinta tidak asing pada dirinya. Geng Alpha memang arif dengan Viper yang terlalu mudah untuk jatuh cinta. Tapi, kali ini, lain. Dia yakin Puteri Thalia adalah untuknya. Untuk bersama Kapten Thalia, banyak halangan yang dia perlu lepasi. Yang terbesar, semestinya keluarga gadis itu. Tak habis dengan kisah mereka, tiba-tiba dia dihantar ke Afghanistan dan dilaporkan hilang.
Buku berketebalan kurang 300 mukasurat ni aku habiskan dalam masa 3 ke 4 jam saja. Untuk slow reader macam aku, ni consider laju gila dah. Cerita Viper ni memang berjaya hooked aku dari awal sampai habis, sampai rasa tak cukup nak lagi pun ada. Nak kata sweet sungguh tu tidak tapi aku suka dengan watak Viper ni yang sentiasa up to the challanges walaupun sebenarnya ketaq habis dah. Thalia pula walaupun luarannya sangat digeruni sebenarnya seorang yang manja. Comel je bila baca scene dua ketul ni.
Brotherhood dalam team Alpha ni lebih menyerlah dalam buku Viper ni compared to dalam cerita Ghost which aku suka. Baru nampak perangai masing-masing. Jed yang pelawak dalam Ghost pun terserlah sisi lain dia yang manja, insecure dan protective. Babak di Afghanistan yang melibatkan kesemua ahli Alpha untuk Ops Viper sangat mendebarkan, lagi-lagi bila mereka langsung tak ada petunjuk. An awesome read for me!
Anyway, congrats kak ZR untuk naskhah ni.
-thes
2 Comments
Menarik 👍. Saya suka juga buku dengan genre action seperti ini. Halaman tak terlalu tebal ya kak. Memang bisa dihabiskan semalam sajalah
ReplyDeleteIya, tak tebal pun.. kurang dari 300 muka surat. Buku ini lebih kepada romance, aksinya ada cuma sedikit aja
Delete