Citiboy by Zura Rahman

 Assalamualaikum, good day dearest!




Tajuk: Citiboy

Penulis: Zura Rahman

Mukasurat: 513

Genre: Romantik, Aksi

Penerbit: ZR Publishing

Terbitan: 2022

ISBN: 978-967-26785-1-9

Related title(s): #Ghost, #Ghost 2, Viper, Maddoc

Blurb:

Citiboy, aka Zaf dilihat sebagai ahli Alpha Team yang paling 'baik' dan kurang berbahaya. Siapa tahu, di sebalik rupa parasnya yang kacak dan nampak baik, dia jauh lebih berbahaya?


Multi spectrum.

Multi skilled.

IQ above average.


Dia telah dihantar untuk menyamar sebagai pengawal peribadi kepada Delaila, anak saudara kepada Tan Sri Yunos yang merupakan ayah kepada Miss MK iaitu seorang usahawan kosmetik yang terkenal di Malaysia. 


Dianggap sebagai 'pengawal peribadi Kpop', keupayaannya dipandang remeh. Serangan terhadap Delaila dan Tan Sri Yunos melimatkan hal-hal militari yang rahsia, tetapi hanya pengawal seperti Citiboy yang mampu menghidu.


"I tak ada apa-apa yang perlu I bagitahu you." - MISS MK

"I am not just a bodyguard. Not your average bodyguard." - ZAF


Keadaan semakin meruncing sehingga Miss MK juga diserang dan hampir terbunuh. Paling teruk, apabila dia telah jatuh cinta pada Miss MK yang hati besi.


"Marry me, Kayla. I can protect you." 


Dapatkah dia menyelamatkan mereka semua? Menyelamatkan cinta hatinya?


Zaf aka Citiboy, MIT graduate, a computer expert. Dia digelar Citiboy sejak dari latihan asas komando. Mukanya cerah dan kelihatan baik dan cute, tak 'segarang' yang lain. Kerana ingkar arahan Tuan Zain, dia didenda dan ditugaskan untuk menjadi pengawal peribadi kepada Delaila, anak saudara Tan Sri Yunos dan sepupu kepada Mia Kayla atau lebih dikenali sebagai Miss MK, founder MK Cosmetics.


Quoting Mike, "Kau ni... orang suruh pergi undercover, dia pergi jatuh cinta pula...". 


Ya, tugas asalnya cuma perlu menjadi bodyguard kepada Delaila dan Miss MK serta menyiasat kes yang melibatkan mereka bukannya jatuh cinta pada Miss MK yang serba-serbi jauh lebih hebat daripadanya! Miss MK lebih kaya, lebih berjaya, dan lebih berusia berbandingnya. Tapi, dia tetap tak peduli dengan semua jurang yang memisahkan mereka dan terus berusaha untuk ambil hati Miss MK yang dikatakan wanita besi itu. Parah sungguh bila Zaf ni jatuh cinta. Dari seorang yang antara paling riuh dalam Alpha suka menyakat dan menceriakan orang, yang yakin dengan kebolehan diri, tiba-tiba jadi seorang yang insecure. Belum masuk babak merajuk. Aduh comel!


Watak Miss MK ni seperti yang digambarkan; wanita besi, cerewet, dan sangat tegas. Awal-awal lagi dia dah letakkan jurang antara dirinya dengan Zaf. Sedikit pun dia tak pernah cuba untuk mendekatkan diri dengan lelaki itu. Namun, kerana keadaan yang memaksa, Zaf dijadikan bodyguardnya dan perlahan-lahan dia mulai jatuh cinta dengan lelaki itu. Tapi masih ego. Ya, heroin kita ni sangat ego untuk meluahkan perasaan. Banyak perkara yang dia fikirkan. 'Others' yang dia kisahkan.


Awalnya, aku tak rasa chemistry antara Miss MK dan Zaf. Tak terasa pun dorang ni sesuai. Tapi lepas je kes dekat KLCC tu baru rasa umph! Barulah dapat dalami lebih lagi perasaan perempuan besi tu. Baru rasa chemistry antara mereka. Lagi-lagi bila penulis cipta 'our thing' untuk mereka - melihat langit, bulan dan bintang di belakang rumah.


Compared to Viper and Maddoc, buku ni jauh lebih tebal dan tentunya lebih banyak aksi. Bagi aku, haruslah suka gila. Dari awal cerita lagi, aku dah tertarik nak tahu siapa yang berdendam dengan keluarga Tan Sri Yunos dan Miss MK ni sampaikan berbelas nyawa bodyguard dan polis menjadi ganti. Belum lagi cerita perangai Delaila yang suka cari masalah walaupun tahu keluarga mereka dalam bahaya. Geram je aku dengan perangai budak tu.


Aku suka dengan garapan penulis dalam novel ni. Semuanya teratur cantik. Setiap babak tu sangat seronok untuk dibaca. Lagi-lagi babak aksi yang memang penuh dari awal sampai akhir. Sampai aku pun rasa berdebar dalam setiap babak aksi. Lagi-lagi yang terakhir. Emosi betul part tu! Kebenaran di sebalik kes dendam ke atas Miss MK dan Tan Sri Yunos sangat tak terjangka punya rahsia yang dalam. Rahsia yang melibatkan Miss MK dan Delaila. Unexpected betul.


Kalau ada satu yang aku harap dalam cerita Zaf ni, aku teringin nak tahu apa reaksi Tuan Zain lepas tahu Zaf kahwin dengan MK. Nak bayang pun dah rasa kelakar🤣🤣 Anyway, congrats and thank you kak ZR untuk cerita ni!

-thes

Post a Comment

4 Comments

  1. belum pernah baca tulisan zura rahman

    ReplyDelete
  2. Ok, saya akan ingat nama penulis ini. Nak carilah bukunya nanti . Penuh konflik juga ya . Seru nampaknya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cari di shopee, penulis ni bukunya tak masuk ke kedai, dia publish sendiri🤭🤭

      Delete