Di Bawah Langit Biru by Broleecomel

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Di Bawah Langit Biru 

Penulis: Broleecomel

Mukasurat: 455

Genre: Romantik, Slice of life

Penerbit: Manes Wordworks

Terbitan: 2022

ISBN: 978-967-26602-4-8

Related title(s): Langit Biru Kita

Blurb:

Bagi Mikaeyl Lee, mencintai diri sendiri merupakan tugas terberat dalam hidupnya. Namun tragedi yang membekas parut di jiwa dan tak pernah sembuuh itu, membuatkan Mikaeyl sentiasa melihat dirinya serba kekurangan.

 

Pertemuan dengan Aireen Aniesha, merubah segala-galanya. Hadirnya gadis yang punya senyuman manis itu menenteramkan jiwanya. Bersama Aniesha, Mikaeyl berasa lebih hidup dan teruja untuk menghadapi hari-hari baharu. Di bawah langit biru, Mikaeyl berjanji untuk berdamai dengan dirinya sendiri.

 

“Tak berdosa pun ada broken family, Mika. Bukannya kita boleh pilih siapa jadi keluarga kita.”

“Boleh la. If you become my family in the future, that’s totally going to be my choice.”

“I jadi family you?”

“Ya. Isteri I pun nanti, keluarga I jugak.”

 

Namun, luka di hati Mikaeyl kembali berdarah dan membawa warna gelap ke langit mereka. Saat Mikaeyl benar-benar jatuh ke sudut paling bawah dalam hidupnya, dapatkah dia bangkit semula untuk menikmati indahnya langit yang biru itu lagi?

 

“Listen, Mikaeyl. If you start loving yourself the way I do, life won’t be as painful as this.”


Mikaeyl Lee, seorang lelaki budiman yang sejak kecil hidup berdikari. Ada mama, namun dia dilupakan saat mama ada keluarga baru. Ada papa, namun dia ditinggalkan demi business. Ada teman wanita, namun dah jadi ex sebab bakal mak mentua tidak jadinya tidak menyukainya. Jadi, apa saja yang Mika ada? Hidup dengan penuh insecurities dan low self esteem tidak menghalang Mika daripada terus berbuat baik dan berusaha. Jika semua yang dia tiada, dia masih ada sahabatnya, Haikal dan Najmi yang akan sentiasa mengharu-birukan hari-harinya.


Pertemuan tanpa sengaja dengan wanita dengan senyuman manis membuatkan Mika terawang-awang. Gagal kali pertama tak bermakna tiada peluang lain. Identiti wanita itu diketahui Mika selepas Haikal memperkenalkan mereka. Aireen Aniesha. Wanita bekerjaya yang perlahan-lahan mendapat tempat di hati Mika. Kehadiran Aniesha memberikan kekuatan buat Mika untuk lebih menghargai dan menyayangi dirinya.


Pertama sekali, aku suka dengan penulisan dalam novel ni. Santai dan tak baku, memudahkan pembacaan aku. Tambah lagi dengan watak-watak sampingan; Haikal dan Najmi yang sentiasa masuk air dan mengriuhkan setiap babak-babak mereka bersama, membuatkan aku enjoy membaca. Walaupun permulaannya datar pace cerita meningkat setelah babak imbau semula Mika pada zaman kanak-kanak. Aku yang sebelumnya duk ketawa-ketawa dengan keletah Haikal dan Najmi, tiba-tiba berdepan dengan babak mengejutkan. Dan towards the end, makin laju pace cerita dengan pelbagai konflik yang muncul.


Honestly, kalau aku baca buku ni masa mula-mula terbit, aku akan annoyed dengan ending. Mika yang mula nampak perubahan di pertengah cerita, berubah semula kepada Mika yang dipermulaan cerita. Tapi disebabkan aku baca buku ni sekarang dan tahu ada sambungannya, rasa annoyed tu takde. Mika dipermulaan cerita, aku boleh faham dan tolerate. Tapi, Mika di pengakhiran cerita sangat menyebalkan. Walaupun akal aku faham dengan perasaan dan tindakan dia, hati aku tetap geram.


Berbanding tema cinta, aku rasakan buku ni lebih fokus pada tema persahabatan dan kekeluargaan. Genre slice of life yang menjadi dan berjaya membuatkan emosi aku terumbang-ambing. Terutama sekali selepas Mika accident dan macam-macam masalah yang timbul dalam hidup dia. Aku sedih gila dengan ending empat ketul watak ni. Apapun, tahniah untuk penulis untuk karya ni!

-thes

Post a Comment

0 Comments