Assalamualaikum, good day dearest!

Tajuk: Langit Biru Kita
Penulis: Broleecomel
Mukasurat: 405
Genre: Romantik, Kesihatan Mental
Penerbit: Manes Wordworks
Terbitan: 2023
ISBN: 978-629-97848-5-2
Related title(s):Di Bawah Langit Biru
Blurb:
Bersaksikan langit biru, Mikaeyl pernah mengimpikan seluruh hidupnya bersama Aniesha. Dia juga pernah membayangkan hari-hari tua bersama sahabat baiknya, Najmi dan Haikal. Perselisihan antara empat jiwa itu memaksa Mikaeyl pergi membawa diri. Aniesha dilepaskan bersama luka yang menyakitkan. Najmi dan Haikal ditinggalkan tanpa khabar berita.
Dan selepas tiga tahun, pertemuan semula lewat sebuah insiden mencantumkan kembali jalan-jalan hidup mereka. Di persimpangan itu, dapatkah Haikal dan Najmi menerima semula Mikaeyl?
“Beri aku ruang, ya? Untuk tebus satu-satu kesalahan aku pada kau dulu.” – MIKAEYL
“Kita semua boleh berjanji, Mika. Tapi tak semua boleh tunaikan janji.” – ANIESHA
“Jangan lepaskan peluang untuk bersama orang yang kau sayang. Nanti kau menyesal.” – HAIKAL
“Dan aku tahu sesusah macam mana pun aku cuba, kita takkan jadi macam dulu.” – NAJMI
Lalu, bersaksikan langit biru itu juga, apakah akhirnya akan ada bahagia untuk setiap mereka?
Pengakhiran DBLB bittersweet. Aku sangat mengharapkan ending yang lebih baik untuk empat ketul watak ni. Terlalu banyak salah faham dan miscommunication antara mereka yang membuatkan mereka berakhir sebegitu. Dan LBK memberikan peluang untuk mereka membetulkan setiap silap mereka dan bermula semula.
Tiga tahun berlalu sejak Mikaeyl membawa diri. Tiga tahun dia merindui setiap seorang sahabatnya. Kemalangan kecil semasa balik kerja menemukan dia dengan Haikal. Pertemuan yang tidak disengajakan digunakan sehabis baik kedua-dua pihak. Maka, tautan silaturrahim yang dulu terputus, disambung kembali. Malam tu juga, Mikaeyl, Haikal, dan Najmi kembali bersahabat setelah puas meluah.
Friendship tiga serangkai Mika, Haikal dan Najmi masih lagi menghiburkan. Tiga tahun berpisah ditebus setiap saat bersama-sama walaupun dua daripada mereka dah mendirikan rumah tangga. Pantang bersama, memang chaoti habis! Kadang aku pun pening nak gelak ke nak hempuk buku ni sebab perangai depa.
Mika yang dalam LBK bukan lagi Mika yang sama. Dia yang dulunya terlebih baik, kini lebih matang dalam menilai manusia. Pertemuan semula dengan Aniesha, menguatkan lagi kata hati Mika untuk berjuang demi kebahagiaan sendiri. Bab-bab permulaan seolah-olah sambung cerita sedih bab-bab penghujung DBLB. Cuma, kali ini sedih tu tak membuatkan aku menung dan lebih kepada kelegaan kerana mereka semua berjaya mencapai bahagia bersama.
Konflik yang ada dalam buku ni muncul hujung-hujung bila Mokhtar decide to surprise us with his shitty existence. Serius, aku bangga dengan Mika yang akhirnya stand up to his mom lepas segala-galanya dia korbankan di DBLB dan choose to protect himself and his happiness. Love story Mika-Anisha had a rough start after everything that went down before tapi akhirnya flowery juga, which what we expect.
Tahniah cik penulis untuk kisah mereka dan terima kasih juga sebab bagi happy ending untuk mereka semua.
-thes
0 Comments