Lili Buat Najah by Nazurah Aishah

 Assalamualaikum, good day dearest!


Tajuk: Lili Buat Najah 

Penulis: Nazurah Aishah

Mukasurat: 527

Genre: Romantik, Keluarga

Penerbit: Penulisan2u

Terbitan: 2020

ISBN: 978-967-2321-21-7

Blurb:

Di kota penjajah itu, Tasha pertama kali kenal cinta. Tuhan kirimkan lelaki yang baik, elok paras rupa seperti dari syurga untuknya. Cinta bertaut sejak mata bertentang mata dan hati mulai menyimpul rasa kasih yang amat mendalam antara mereka berdua.


"Sebagai ratu hati abang, Tasha perlu mendapat tempat yang paling tinggi... Nak tinggi punya pasal, abang jadikan wallpaper bilik ni... Tasha selalu dekat dengan abang, bila abang rindu abang tengok dinding tu. Tiap kali tengok Tasha abang, rindu jadi lenyap... Bertukar menjadi cinta." - SYAHRUN NAJAH


Janji disulam untuk setia selamanya. Namun, kebahagiaan yang dicari tidak mudah seperti yang disangka. Dan... Berani Najah berkahwin di sana tanpa pengetahuan mamanya, lebih berani lagi dia memilih jodohnya sendiri bukan dengan perempuan pilihan mamanya. Syahrun Najah memang anak yang selamanya menguji kasih sayang mama.


"Awak pilih dia atau mama? Pilih salah satu, Najah... Kalau awak sayangkan mama, awak ceraikan dia tapi kalau awak pilih dia, awak jangan panggil mama lagi, awak anak derhaka!" - TUNKU HELENA


Sebahagian hati Tasha memujuknya untuk memulangkan Najah kepada mamanya dan dia sanggup berkorban untuk kebahagiaan mamanya tetapi hakikatnya Tasha sedar dia hanya melukakan hati Najah.


"I can't live without you... And I am so down when you left me... Tak terbayang macam mana hidup abang jika Tasha betul-betul pergi tinggalkan abang. I need you here with me, you are my strength... Don't leave me ever again, sayang. Abang boleh mati kalau Tasha tak ada..." -  SYAHUN NAJAH

"Tasha janji, bang... Apa pun terjadi lepas ni, Tasha tak akan tinggalkan abang... Maafkan Tasha..." - TASHA


Cintanya yang suci terhadap Najah membuatkan dia untuk tidak berputus asa mempertahankan rumah tangganya. Namun, hatinya tiba-tiba runtun apabila mendengar permintaan daripada wanita paling tinggi darjat dalam hidup Najah. Sudah puas dia menabur usaha, namun hati Tunku Helena masih tidak menerimanya.


Demi cintanya terhadap Najah, dia tidak boleh menyerah kalah dengan membiarkan perkahwinan mereka musnah sehinggalah dia dikejutkan dengan satu hakikat yang amat memeritkan Najah, telah kau tunai semua janji tapi satu kau mungkiri... Untuk hidup bersamaku.


Novel yang pernah diterbitkan pada tahun 2008 di bawah rumah penerbitan Jemari Seni ni mengisahkan tentang cinta antara dua insan, Tasha dan Najah yang mendapat halangan daripada ibu Najah, Tunku Helena. Sedar dengan tentangan si ibu, Najah nekad menikahi Tasha semasa di UK. Sekembalinya mereka di Malaysia, status mereka dirahsiakan sementara Najah berusaha memujuk si ibu. Namun, segalanya tepat dengan sangkaan mereka. Tunku Helena tidak dapat menerima perkahwinan mereka. Najah, anak bongsunya yang manja dihalang daripada memanggilnya mama selagi dia bergelar suami kepada Natasha. Parah!


Tasha, wataknya hanyalah perempuan biasa yang menangis bila sedih, merajuk bila terasa, dan senyum tatkala gembira. Dia perempuan yang membesar hanya dengan keluarga kecil bersama umi dan kadang kala berjumpa dengan keluarga mak long di Muar. Bertemu dan berkahwin dengan Najah merupakan kebahagiaannya. Punya seorang lelaki yang menjadi pelindung, yang menyayanginya dan sentiasa sabar melayan kerenahnya. Perpisahan dengan Najah adalah sesuatu yang dia tak mampu bayangkan.


Najah, wataknya sangat teliti, perancang dari A to Z dan juga perahsia. Teguh hatinya hanya pada Tasha. Hormat dan sayang dia kepada mamanya tidak membalikkan keputusan dan tanggungjawabnya pada Tasha. Mungkin sedikit terburu-buru tetapi dia kenal dan faham pe'el ibunya jadi semuanya dia rancang sehabis baik. Watak Najah ni memang senang untuk aku jatuh suka. Tetapi, perahsianya dia membuatkan aku sedikit geram.


Cerita ni merupakan slice of life yang sedih dan penuh dengan angst. Lepas satu, satu ujian yang datang menguji rumah tangga Najah dan Tasha. Penceritaan daripada pov 1 - Tasha ni membuatkan aku lebih menjiwai cerita ni. Dengan watak Tasha yang selalu diuji, lagilah terasa macam argh sakit! Kisahnya cukup realistik membuatkan aku sukar untuk menidakkan pengakhiran itu. Perpisahan yang tak dirancang namun tak mungkin boleh dielak.


Jujur kata, aku sangka aku kuat untuk tidak menangis tapi aku kalah dengan buku ni. Setiap emosi  yang penulis cuba sampaikan, memang sampai ke hati aku. Apatah lagi dengan babak terakhir pertemuan Tasha, keluarga Najah dan Najah sangat meruntun. Tahniah kepada penulis untuk karya ni!


-thes

Post a Comment

0 Comments