Assalamualaikum, good day dearest!
Tajuk: Taranum Lelaki Rambut Perang
Penulis: Usako Princessz
Mukasurat: 485
Genre: Romantik, Drama
Penerbit: Fajar Pakeer
Terbitan: 2020
ISBN: 978-983-822-108-5
Blurb:
"Bodoh! Kalau Dayang Senandung tu sukakan percaturan gila kau ni, dia takkan lari dari dewan tu! Aku berani bersumpah, kau takkan jumpa gadis itu lagi!" - SYED MUHAMMAD SYAHMI
Dayang Senandung? Apakah hanya kesilapan lalunya yang terlalu berani membuat permintaan khas tersebut sehingga sanggup menghukumnya sehingga kini? Gelaran sinis yang mengejek warna kulit hitam manisnya membuat Fadillah tertekan.
Segalanya berubah dengan sekelip mata. Jiwa Fadillah mula berbunga mekar. Pesona Naifi bagai seorang hero yang berjaya membasuh luka nuraninya. Dia suka bila mendengarkan nada dan alunan taranum itu. Kala yang lain enak berfoya-foya membuaikan halwa telinga dengan lagu-lagu rentak terkini, dia pula selesa dengan taranm yang indah daripada sang pujaan hati.
"Game apa? Kau dah tengok sendiri malam tadi kan, aku dah proposed dia depan semua. Itu pun kau cakap game? Kau jangan tahu nak maki aku! Kau tak dengar ke semalam, dia juga sayangkan aku! Kau yang tiba-tiba memekak kenapa?" - SYED MUHAMMAD NAIFI
Hubungan cinta yang terjalin menjadi keruh tatkala gadis itu terasa dipermainkan. Fadillah mula mengatur strategi membalas semua kesumat yang dicampak lelaki itu ke jiwanya.
"Aku dengan dia tiada hubungan istimewa pun. Apa yang kau lihat itu hanyalah lakonan semata-mata. Kalau ada sesuatu yang sangat menyakitkan kau nanti, percayalah segalanya berbayar." - FADILLAH MARISSA
Segalanya yang berawal sebagai suatu permainan akhirnya menjerut diri sendiri. Naifi bagai tersungkur di dalam perangkapnya sendiri.
Bila rasa dendam menguasai, untuk apa mempertahankan sebuah kejujuran yang tak pasti?
Adakah cinta yang sejati antara Fadillah dan Naifi itu benar-benar ada atau angan-angan yang berlalu pergi?
Hanya kerana 99% perasaan benci, melenyapkan baki 1% dek dendam.
Jika dibuang yang di benci, sekelumit baki sayang yang tersorok itu pasti akan bercambah mendominasi seluruh rasa menjadi satu yang suci.
Ni merupakan pertama kali aku dengar nama penulis ni dan pertama kali membaca karyanya. Bagi aku, gaya penulisan beliau memang sesuai dengan aku dan aku berjaya habiskan novel ni dalam masa 2 hari je.
Mengisahkan Fadillah Marissa, pelajar jurusan pengurusan perniagaan tahun akhir yang terpaksa menerima tutor untuk menyiapkan final year projectnya. Malangnya, setiap kali Fadillah bertemu dengan tutornya, Nine, dia juga akan berjumpa dengan senior zaman sekolah menengahnya, Syahmi yang gemar mengusik dan mengejeknya. Disebabkan kulitnya yang sedikit gelap berbanding orang sekeliling, dia digelar Dayang Senandung oleh Syahmi.
Syed Muhammad Naifi, aka Nine, pelajar tahun akhir jurusan perakaunan yang menjadi tutor kepada Dilla diam-diam jatuh suka kepada gadis itu. Sedar ketidakselesaan gadis pujaan hatinya dengan Syahmi, dia berusaha melindungi Dilla daripada Syahmi yang merupakan sepupunya juga.
Jujurnya, aku tak berkenan sangat dengan watak Fadillah ni. Mungkin aku terlalu triggered dengan sikap dia yang lepas tangan tentang pembelajaran dia. Dah masuk tahun akhir tapi setiap step untuk buat paper pun kena ajar dari A, habis selama ni siapa yang buat kerja dia? Aku sangat tak boleh terima yang paper dia ended up bukan dia yang buat pun. Ish, geramlah. Kalau kecewa sekali pun, janganlah abaikan terus pelajaran. Meratib harapan ibu tapi tindakan dia tak selaras pun dengan apa yang dia cakap. Nasib baik ada mak cik yang ada business tudung, bolehlah dia menumpang mencari rezeki.
Watak Nine pula, aku tolerate. Biasa-biasa saja wataknya bagi aku. Sikap protektif dia menyerlah juga setiap kali dia pertahankan Fadillah daripada Syahmi. Tapi itulah, Nine ni pun membawa masalah sendiri juga. Dah tahu keluarganya nak jodohkan dia dengan Jasmin, dia pun tak adalah nak beritahu dengan Fadillah. Dah cetus salah faham pula. Dengan Jasmin pun suka cari pasal dengan Fadillah.
Penceritaan yang santai dan garapan ayat penulis bagi aku sangat sedap dengan ceritanya yang boleh dikata klise membuatkan aku mudah untuk habiskan buku ni. Cuma, aku sangat terkilan bila tajuk buku dengan isi buku tak selari. Cerita berkenaan lelaki rambut perang yang bertaranum tak ada sangat pun. Cuma dinyatakan kenapa Fadillah suka dengar taranum daripada budak lelaki yang berambut perang yang dia sempat jumpa semasa di sekolah rendah. CD budak tu bertaranum pulak menjadi milik dia. Bagi aku, mungkin cerita ni akan ada lebih added value kalau penulis cerita juga the arts of taranum tu sendiri di samping kisah cinta mereka ni.
-thes
0 Comments