Master Angelo by Hyzwayne

 Assalamualaikum, good day dearest!



Tajuk: Master Angelo 

Penulis: Hyzwayne

Mukasurat: 531

Genre: Romantik, Aksi

Penerbit: Fajar Pakeer

Terbitan: 2023

ISBN: 978-963-822-232-7

Blurb:

Meski digenggam kuat, disimpul rapi namun akan terlepas jua. Walau ditolak ke tepi, dibuang jauh-jauh, andai sudah tertulis milik kita, tetap jua akan jadi milik kita.

 

“Aku bagi dua pilihan sama ada dengar cakap aku atau mati kena tembak.” – ANGELO LEONARDO

 

Harta dan kuasa menjadikan Angelo seorang Master. Jangan cari pasal, kelak akan dicari sehingga ke lubang cacing, kerana bagi Angelo Leonardo... darah perlu dibayar dengan darah.

 

Pertemuan pertama membuka ruang pengenalan. Namun pertembungan yang berlaku secara tiba-tiba mencetuskan perang dunia ketiga! Bahkan percakaran itulah juga menjadi titik utama mereka saling mengenali yang akhirnya membongkar rahsia yang membelah badai.

 

“Awak ingat awak master saya takut ke? Memang taklah! Silap hari bulan awk lebih takut dengan saya nanti.” – MIRZA ALFEE

 

Seberani mana pun Mirza Alfee, dia masih akan dianggap gadis nerd pada mata Angelo. Mirza Alfee bagai seekor arnab yang perlu dibelai. Comel, gebu dan manja. Tetapi andai tersalah pegang, pasti akan digigit! Gadis naif itu adalah sebenar-benar topeng.

 

Segalanya berubah ketika mana satu per satu rahsia terbongkar.  Daripada seekor arnab, dia berubah menjadi seekor singa. Takkan hilang taring di jiwanya... hanya tunggu untuk mengaum. Petunjuk telah membawa kebenaran, pada hakikatnya, Angelo sama sekali tidak mengenali siapa sebenarnya gadis itu. Sehinggalah...

 

“If you know who I am, will you hate me?” – MIRZA ALFEE

 

Queen of Assassin, di sebalik rahsia ada rahsia. Kejadian hitam itu telah membawa dia msuk ke dunia gelap dan mengheret Master Angelo untuk mengenali dirinya.

 

“Let the games begin.” – DRAGONFOX

 

Dengan terciptanya kisah bersimpang-siur, dapatkah Angelo menerima takdir yang bakal berlaku ke atas dirinya? Dapatkah kemaafan ditagih dan bencana dihindar sebelum musnah kehidupannya?

Black Eyes, Master Angelo, Red Blood, Queen of Assassin, rahsia apakah di sebaliknya?

Mencintai seseorang, namun hilang ditelan waktu. Kehilangan itu bagai racun yang tidak akan pernah sembuh... sehingga sedekt nadi pun, semesta sudah mengetahui rahsia sebuah takdir.

Never assume by the way someone looks. Even the most innocent face can hide the most unexpected side!


Mengisahkan Mirza Alfee, seorang gadis yang berhijrah ke Itali untuk mencari kerja tapi kerana satu kejadian, dia terpaksa berkahwin dengan Master Angelo, pemilik hotel dan ketua kumpulan Black Eyes, sebuah kumpulan yang digeruni.


Mirza, gadis yang ceria dan berani. Dia ke Itali, tempat yang asing padanya tetapi sikit pun dia tak gentar. Semuanya demi misi merungkai asbab kematian ibu dan ayahnya. Disebalik seorang Mirza yang nampak polos dan naif, terselindung satu identiti lain yang lebih berbisa. Angelo Leonardo, lelaki yang tegas dan dingin setelah satu kejadian yang meragut nyawa adiknya. Lebih suka menyendiri daripada bersosial dengan ahli kumpulan Black Eyes yang lain. Tetapi, kehadiran Mirza telah mengubah seorang Angelo.


Jujurnya, aku confuse dengan cerita ni, terutamanya yang berkaitan dengan Red Blood, Black Eyes dan DragonFox. Nak kata mafia, bukan mafia tapi macam mafia. Mungkin lebih kepada corporate world mafia? Sebab ada cubaan untuk sabotaj Global Billion World (GBW), syarikat yang ditubuhkan oleh keluarga Angelo. Although, aku tak boleh deny yang aku enjoy membaca kisah Mirza dan Angelo ni.


Ni merupakan first time aku baca karya penulis dan aku rasa mudah serasi. Gaya penceritaan yang santai dan pace cerita yang agak laju membuatkan aku mudah untuk teruskan bacaan. Tambah pula dengan watak-watak yang pelbagai ragam yang sentiasa menghiburkan aku, agak susah jugalah nak berhenti baca. Zalfill and Zalfriq, si kembar yang sentiasa macam umur 4 tahun sering buat aku terhibur. Belum masuk Zill dan Marteen yang sentiasa jadi mangsa kena melayan perangai si kembar. Plot cerita senang untuk aku ikut, despite the earlier confusion. Plot twist datang berkali-kali juga tapi mudah untuk diteka.


All in all, aku rasa senang dengan cerita ni and bagi aku, ada ruang lagi untuk penulis improve, terutama yang berkaitan dengan tiga kumpulan tu. Tapi aku definitely will check out buku-buku penulis yang lain (I have my eyes on Qalb for so long).

-thes

Post a Comment

0 Comments