Saturday 10 March 2018

# interest # me and my life

Second Grading Experience !

Assalamualaikum everyone ! So here, now, aku nak cerita pasal pengalaman kedua grading untuk taekwon-do which happened on 9 March, semalam. For those yang tak tahu, aku sejak masuk U ni aku join Teakwon-Do (ITF). Ni memang first time join Taekwon-Do and korang boleh la check first time grading aku dekat SINI.

Okay, untuk second time ni, sir tak buat dekat kampus Gong Badak, tapi sir buat dekat kampus Tembila. Tembiland sooooo beautiful tau ! Tapi bila tengok jarak faculties building dengan asrama jauh ngat !

we as whole

Back to the topic, kitorang gerak dari sini pukul 9 then sampai sana dalam pukul 10. Okay, grading start pukul 3 petang. So, masa yang ada tu kitorang training lah dulu kan, macam biasa sampailah waktu solat Jumaat. Seksa training kat situ sebab dewan tu besar, like tiga court badminton, kau rasa ? Masa warming up tu sir suruh jog sepuluh round ikut 3 court tu.  Penat woih ! Second challenge is, selalu training dekat Gong Badak ada air-cond ni, kipas pun takdak. Memang lepas lari tu lencun habis la belakang.

Masa training taklah rasa nervous sebab rasa macam alah lambat lagi ni, lek luuu. Masa nilah sirs and seniors check stance, power and so on. Kaki kiri aku dah rasa semacam masa training tu, mungkin sebab non-stop and kaki ter pressure. So, aku takdelah training dengan semangat, buat ala kadar je. Hahahaha, kalau sir tau ni habis la.

Then, break pukul 12.30 something, stop then gi makan. Masa aku dok jaga meja, sir datang kat aku. Dia cakap, "nanti masa buat kicking jangan gopoh sangat, jangan slow sangat. Kalau boleh jaga balance. Awak punya pattern lawa dah, power tu lebihkan." Time ni, aku senyum je dengan sir haahaha sebab semua benda tu memang dia banyak kali tegur aku. Cuma nak fix tu yang aduhai susah. Lepas makan, kitorang gi dok surau, rehat sementara tunggu Zuhur.

okay, aku dah kedepan masa ni 

Dalam pukul 2 macam tu, lepas hujan stop, kitorang terus pergi dewan balik, setting kan sparring gear and practice sikit lagi. Masa ni aku dah tak tentu arah. Seram sejuk badan. Kaki tangan memang gigil habis la. Dah la tiba tiba sir yang akan check grading tu datang awal. Huwaaaaa. Masa dalam barisan tu jantung memang marathon 100 meter berkali kali ah. Habis greet semua, senyap kejap. Lepas dia cakap, "Okay kita start dengan grade 9," makin sejuk tangan aku hahaha. Then start panggil nama, and my name is the second name ! Masa lari lari anak ke depan tu rasa nak menangis tahu tak. Teruk betul penakut aku ni. Macam mana lah time tournament nanti *facepalm

Dah berdiri depan tu, aku memang tak pandang depan. Kenapa ? Sebab aku memang berdepan dengan sir tu ! Takut woiii. Then start la kicking, pattern and three set sparring. Masa kicking tu, mind aku still bersama aku. Tapi masa pattern, masuk je gerak 2,3 mind aku dah terbang jauh ke Korea. Itu yang habis je pattern, aku macam in daze hahahah. Aku buat apa pun aku tak tau dah. Masa three set sparring, aku bersyukur aku dapat geng yang aku biasa. Kalau tak, memang takut tak serasi je.

during pattern i think ? ke tak start lagi ? entah la 

three set sparring

Habis je semua tu, aku masuk balik barisan , fuhhh masa tu lega gila gila dah habis. Then tengok la seniors punya performance. Part paling best masa breaking. Kenapa ? Sebab masa nilah kau nak tengok kehebatan teknik senior pecahkan papan hahaha. Kali ni tak dapat nak tengok dekat dekat. Tapi mostly senior berjaya pecahkan papan papan sekalian. Wuuuu.

Habis je semua dah perform(?) dekat depan, masa yang ditunggu - tunggu pun tiba. Masa untuk sir umumkan siapa yang berjaya dapat double promotion and komen dia untuk kitorang. Banyak jugak la yang dia tegur secara general. Then, dia sebut nama aku and dua lagi nama yang dapat double promotion. Yeayyyyy *throwing confettis everywhere and everytime. Gila ke tak happy dapat double ? Of course la aku happy, tapi dalam masa sama aku sedih. Sebabnya sofi, yang selalu training ngan aku tak dapat double. Serba salah pulak aku dengan dia.

Dia kata dia ada salah step masa pattern. Aduhai spoilnya. Kalau tak boleh double sama-sama.  So, habis semua tu, masa untuk selfie ! Hahaha sir semua pergi makan, kitorang memang buat bising dalam dewan tu. Selfie, huhahuha. Then, bila semua ready, kitorang pun nyanyi la lagu "Allah selamatkan kamu" and "Happy birthday" untuk 3 orang sirs.
selfie my seniorssss

Plan asal dari kami untuk buat surprise birthday untuk sirs semua. Walaupun birthday diorang dah lepas lebih kurang sebulan lepas, tapi sebab nak kumpul sama-sama tu susah, tu yang buat time grading. Kitorang janji dengan pokcik bas lepas Maghrib, tapi habis awal pulak. Pukul 5 macam tu dah habis. So, rileks dulu, makan makan. Then asar. Pukul 6.15 kumpul balik dekat dewan, tunggu bas. Masa ni memang dah penat gila, badan dah lekit lekit memang tak selasa lah senang cerita. Mata pun mengantuk gila-gila dah.

tunggu pokcik tak datang lagi

once a stranger, now a family =D

Sepanjang tunggu bas memang dok borak, buat benda pelik pelik lepas tu gelak-gelak, photoshoot hahahha. Memang masa tu masa untuk merapatkan ukhuwah. Senior semua mintak belanja KFC sebab aku dapat double promotion hahaha. Rasa nak belanja tu ada tapi, bila dan di mana serta bagaimana.

Bila pokcik bas sampai dalam pukul 6.40, pokcik kata nak gerak lepas Maghrib. Kami pun rasa nak menangis sebab dah penat tahap gaban ni. Tapi apakan daya, nak drive bas takde sapa reti, so tunggu jelah. In the end, sampai Kampus Gong Badak pukul 9. Then, aku yang lapar ni gi kafe, tunggu makanan and pukul 10 baru makan. Harini memang malas yang amat la. Niat nak buat homework pun sadaqallah je. Maaf la ya.

So, that's all for today entry, till then ~

-then

p/s : I'm green tip now, still got a long way to go but still couldn't believe this.

15 comments:

  1. salam ..kak wani singgah sini.. wah hebat lah dik.. kalo akak join taekwando, akak pengsan dulu.. hihi.. salam kenal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, hihi taekwondo tak susah mana pun, warm up je yang mencabar =)

      Delete
  2. uwaaaaaaa you are amazing!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, i'm still a beginner , thanks btw

      Delete
  3. Haik! Bestnya join seni pertahanan diri

    ReplyDelete
  4. Best en taekwondo 🤭 rindu pulak, sebelum ni join kelab jer tak serious pun now rasa rugi gilerr 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelab or persatuan still sama, cuma tengoklah aktif ke tak kelab tu.. why berenti ? sayangnyaa =(

      Delete
  5. Wah tahniah thes! Dah naik pangkat tali pinggang la lepasni ye

    ReplyDelete