Tuesday 22 October 2019

# me and my life

Graduated !



made with canva.com

Assalamualaikum semua. Haa tengok tajuk pun tahu dah aku nak bebel apa. Kan ? Aku pun dah banyak kali hinted yang aku akan buat entry on this topic. So, here we goes.

Aku rasa, aku tak pernah mention dekat mana aku belajar (dulu aku ada buat entry pasal Taekwon-Do tournament yang mana aku as one of the exco and the journey of throughout that event yang aku dah pun delete, so some of you mungkin tahu) and I actually didn't want to tapi bila fikir balik, kenapa tidak ? Kan. Aku actually one of the university yang sering disebut these past months. UniSZA. 

Memandangkan UniSZA ni duduknya di Terengganu, so aku pun memang selalu la jugak travel 5 hours plus plus atas bas. Selalunya aku naik bas dekat Seremban or Pilah sebab hari cuti en, boleh la nak mintak akak or abang aku hantar ke station bas. Tapi this time, hari kerja so aku pun malas la nak menyusahkan orang yang jauh. Aku naik jelah bas dekat Gemas, aku mintak akak ipar aku hantarkan.

The things is, bas aku pagi 15 October. Aku memang dah bagitahu dia yang aku gerak pagi tapi dia ingat malam. Lol. Dah la pagi tu gelabah semacam. Bas aku pukul 11 pagi, aku ingat nak gerak dalam pukul 10 so sampai station sempatlah aku nak beli makanan sikit. Tapi sebab dia dah salah time, bas sampai stesen dulu daripada aku. Nasib baiklah orang dekat kaunter tu call aku, bagitahu bas dah sampai and nasib baik jugak la aku dah nak sampai. Kalau tak, memang burn la tiket dan duit gue.

Sampai ganu dalam pukul enam, tunggu Naz dengan Atina datang jemput. Malam tu makan-makan lepastu membuta. Oh, aku supposed to tumpang bilik Naz sebab I'm alone tapi tak jadi sebab Atina pergi bagitahu parents dia yang aku sorang so dorang pun book another room for us. So, sepanjang aku dekat Ganu, aku duduk dengan Atina la. Massive thanks to Atina's parents !

16 October. 

Plan asal, nak pergi makan, Zohor lepas tu pre-convo dekat pantai takpun drawbridge. Tapi sebab kawan Naz mintak tolong ambil kan jubah semua, and several other reason, tak jadilah nak pre-convo. So, lepas makan, lepak bilik Naz jelah sambil tunggu sidang petang habis, sebab aku nak jumpa kawan. But then, Miza pulak ajak pre-convo dekat padang new zealand, nak taknak kitorang pun pergi jelah.

Habis segala pre-convo, naik balik bilik Naz, lepak tunggu Asar. Ingatkan dapatlah pergi dewan tapi tak sampai 10 minit duduk, kawan Naz pulak mintak tolong ambil dia dekat Mydin sebab Grab takde. Kesian gila tengok Naz ulang-alik. Aku dengan Atina serba salah nak keluar gi dewan. Kitorang pun stay jelah bilik Naz sampai pukul 5 macam tu Naz hantar kitorang gi cafe, beli makanan malam. Lepastu, kitorang dua balik hotel dengan Maxim. Terkilan jugaklah sebab aku tak turun dewan petang tu. I mean, it was one last chance,  for now untuk jumpa Janah and Najah. Haih. Takpelah, ada rezeki, lain kali jumpa lagi.


17 October.

Aku punya sidang is the last one. Pagi tu relax lagi pergi sarap semua. Bila dah siap pakai tudung and everything, terus datang rasa cuak. Serious cuak gila walaupun tahu yang naik pentas tu tak sampai berapa second.

One thing yang selalu jadi dekat aku dalam masa-masa penting ni, kasut. Okey, aku bawak heels yang memang berkurun aku tak pakai. So, aku assume it is in a good conditioned sebab aku jarang pakai. Malangnya, tapak kasut sebelah kanan tu dah loose and by the time aku sedar, it was too late. Heh. Hadap. Dahlah aku tinggalkan kasut yang satu tu dekat hotel *facepalm.  Nasib baiklah kasut tu ada layer lain yang hold kaki aku. So, kira selamatlah.

Masa tengah beratur nak masuk dewan, exco yang jaga barisan tu pun bagitahulah, "Last five nanti orang akan tepuk tangan untuk awak". And guess what, aku tergolong dalam last five tu. Haha. Bangga pun bangga tapi cuak tu lagilah. Memang masa aku atas pentas, lepas je ambil file daripada VC, cepat cepat aku turun. Haha. Segan la wehh.

After everything, aku rushing sebab nak bergambar dengan kawan lagi, pergi bayar gambar, pergi pulang jubah, ambil transcript lagi. Haih. Asalnya depa ajak bergambar satu course, tapi untuk kumpul 42 orang dengan keadaan yang ramai gila orang dengan semua entah kemana memang tak dapatlah kan.

Even nak kumpul geng aku je pun tak dapat. Bila sorang ada, sorang takde haih. Redo jelah. Last last memang kitorang tak dapat pun nak bergambar berlima (except for that one selfie before beratur). Lepas puas bergambar (tak, aku tak puas pun) aku dengan Alip (kebetulan dia pun nak pulang jubah) rushing nak pergi pulang jubah. Masa kitorang sampai je tempat nak pulang jubah tu, orang tu dah nak tutup pintu, kata dah tutup pastu suruh aku datang pagi esok. The problem is, aku nak transcript before gerak balik tapi bas aku pagi esok.

So, dengan muka cuak aku terus kata yang aku kena balik awal pagi esok. Terus brother tu bagi masuk. Lol. Thanks a lot bro. Kalau tak terpaksa gue susahkan Naz once again. Settle segala hal, aku dengan Atina gerak balik. Before that, kitorang singgah pantai dulu untuk post-convo photo session. Bila sampai Terengganu, pantai is a must visit (for me, at least) ! Then barulah isi perut yang lapar gila.


18 October.

One last day in Terengganu. Lepas aku bangun and solat, terus mandi and siap-siap. Walaupun bas pukul 9, aku still siap awal untuk tidur balik. Heh, pelik but this is the way I am. Lepas sarap, around 8.30 macam tu, barulah keluar hotel and parents Atina hantar ke station bas. After a bit of struggling and nervous, we exchange goodbyes and we part ways.

Honestly, sedih gak la nak tinggal kan Ganu and every memories. Lagi-lagi bila tak dapat jumpa orang-orang yang aku nak jumpa. Hm, mungkin bukan rezeki kali ni. Insya-Allah untuk lain kali. Even so, we need to keep going and move on. Once bas gerak daripada station, I felt somewhat proud of myself. Aku tak pernah sangka yang aku akan berjaya tamatkan diploma in business. Lagi-lagi bila jauh daripada family and aku rasa bangga sebab mampu bawak diri ke tempat orang. Alhamdulillah for everything.

Now, one thing down, I have to worry for my JPJ test this Thursday. Huwaaa. Cuaknya wehhh. Doakan yang terbaik untuk aku eh !
-thes

41 comments:

  1. Congratzz for graduated!! Saya minggu depan konvo naik pentas. Nervous nyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ! Nervous untuk beberapa saat atas pentas hahaha worth it !

      Delete
  2. Congratulations!!

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Congratulations for graduated. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya.. semoga dimurahkan rezeki lagi selepas ini.. Goodluck for test as well..

    ReplyDelete
  4. it may be late than never , congrats suraya !

    ReplyDelete
  5. Congratulations! dah graduated.

    ReplyDelete
  6. Congatulation for graduation :)

    ReplyDelete
  7. hi congrats !!
    btw jemput join ye https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for both the kind words and invitation !

      Delete
  8. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga terus berjaya dimasa akan datang

    ReplyDelete
  9. tahniah.. semoga berjaya dengan JPJ test. banyak2 doa suraya .. done follow ;)

    ReplyDelete
  10. Tahniah.. semoga terus sukses.. :)

    ReplyDelete
  11. tahniah2..moga berjaya dengan apa2 yang awak buat sekarang

    ReplyDelete
  12. congrats dah graduated! seronoknya! <3

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    ReplyDelete
  13. Bittersweet moments.
    Good luck in driving test.

    ReplyDelete