Thursday, 7 May 2020

# me and my life # thoughtless thursday

Thoughtless Thursday #028

Assalamualaikum semua... Apa khabar ? Rasanya lama sangat dah takde entry yang tak berkaitan dengan review. Entry yang guna tajuk Thoughtless Thursday ni pun dah berkurun tak update. Last time check, bulan tiga, sekarang bulan lima... Dasar pemalas suraya ! Harini pun kebetulan je tengok tarikh. Maklumlahh, kena kurung kan.. Hehe. So, puasa tak harini ?

Aku takdelah nak update apa pun memandangkan hidup aku memang tengah dull ni less colors ni, so kalau rasa-rasa bosan tu, stop jelah baca. Muehehe. Sepanjang Ramadan ni tak banyak pun yang aku buat, tapi memang rasala ketara beza dengan tahun tahun lalu. First, sebab jemaah tarawih dekat rumah. Nasib baik angah and family dekat sini, kalau tak empat kerat jelah yang jemaahnya. Itupun kalau semua boleh solat. Haha. Second, angah ni jenis yang rasa nak makan mesti buat sendiri, lagilah tengah MCO ni, lagi la kena buat sendiri kan, so memang buka tu makanan beli takdelah. Kalau tahun-tahun sudah memang kuih-kuih beli semua. So yeah, terasa lain Ramadan kalini.

tengok apa niiii

Hah, ni lagi satu aku nak cerita... haritu kan Iman Shoppe ada buat Pesta Buku Iman untuk ganti PBAKL2020 yang cancel sebab COVID-19 ni. Dorang buka pre-order untuk buku-buku yang patutnya launch masa PBAKL and antara buku-buku tu termasuklah buku baru by Teme ni. Awalnya, aku memang taknak beli pun. Yelah, aku ni pulak sejenis manusia yang akan baca review dulu baru decide beli. Tapi masa awal-awal MCO memang taktahu nak buat apa so aku pun belilah. Actually, ada je buku-buku lain yang aku nak beli tapi sis tak nak membazir lagi-lagi dengan keadaan sekarang ni. So, aku decide untuk beli buku Teme ni je.

Kalau ikutkan jadual asal pihak Iman, dorang akan post buku-buku pre-order ni on 20th April. Tapi, MCO extend, pihak dorang pun tak boleh nak buat apa melainkan extend tarikh pengeposan pada 1 May. Dan, sekali lagi harapan aku musnah bila MCO extend lagi. Akhirnya, pihak Iman ambil inisitif  untuk bagi buku-buku pre-order dalam bentuk e-book. Dan, inilah hasilnya !

Tapi, aku still tak baca buku-buku walaupun dah lebih seminggu ada dalam phone. Bukan apa. Aku lagi prefer physical book. Lagi-lagi buku ni wujud dalam keadaan fizikal dan bukan hanya e-book lagilah reluctant nak baca haha. Takat ni kalau tak tahu nak buat apa sangat, aku ulang baca lah buku-buku yang ada. Antaranya, buku-buku Teme yang ada dalam possession akulah. Rasanya yang pernah aku tulis review cuma Empayar:Hikayat Putera Tanpa Nama (err, betul ke ni tajuk dia ?)  je... Yang lain-lain tak pernah lagi... Untuk buku kalini, insya-Allah aku akan tulis once aku dah baca. Later later later.

Aku pun dah penat menaip, undur diri dulu. May Allah bless all of you !


p/s: dengarlah lagu collaboration IU dengan SUGA, best !


with me,
-thes

14 comments:

  1. Xpernah dgr thouhtless thursday biasa dgr wordless wednesday je hehe salam ramadan

    ReplyDelete
  2. awal2 pun tak nak beli buku ni tapi bila pikir promo dia murah sgt, tergoda juga..haha. tunggu buku sampai rumah, takde mood nak baca e-book.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan ! banyak kali gak la fikir before pre-order bukak

      Delete
  3. samaaaa, semalam try la jugak baca ebook tuu, tapi tak boleh proceed lah... rasa nak kena pegang real book jugak huhu

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sudahnya e-book tu jadi hiasan play bookstore je

      Delete
  4. haritu ingat nak beli buku Teme yang baru tu tapi time tu tengah kering + MCO PKP kan job pun kurang, so tak beli pun huwaaaaa. takpelah nanti nanti boleh beli kan cuma takdelah dapat cover special mcm pre-order tu sobsobsobbbbs.

    p/s: dah dengar lagu IU feat SUGA tuuu besttt! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pre-order just dapat dalam kotak je, dengn bookmark (kalau tak salah la)... nak tunggu available dekat bookstore mungkin lmbat lagi sebb pkp ni. tabahlah !

      Delete
  5. I also prefer physical book. Not really into E-book. I dunno, I just love holding and taking a book with me everywhere I go instead of a tablet or etc. My phone is small, so I don't read on my phone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. e-book doesn't give the justice of a book that's why i love physical book much more... or maybe i am just an old fashioned person hehe

      Delete
  6. sama lah tak suka baca dekat gadget, suka baca physical book je. Yes, lagu IU dengan Suga tu best, lagi emosi bila tahu dia buat untuk jong hyun & sulli

    ReplyDelete
    Replies
    1. gadget doesn't give the feels of how book does

      Delete